Followers

Monday, August 31, 2009

xde tajuk lagi

hitam dan kelam

aku tunggu waktu untuk hapuskan

sepi dan sunyi

aku perlu kekuatan untuk indahkan

dingin dan hening

aku mahu abadikan untuk ketenangan...

Wednesday, August 19, 2009

buat ingatan dan amalan

"ALLAH" nama bagi Tuhan Yang Maha Esa. Perkataan Allah ini mempunyai erti yang meliputi seluruh pengertian yang terkandung dalam serluruh Nama ALLAH (Asmaul-Husna), iaitu Tuhan yang Tunggal yang mempunyai segala sifar kesempurnaan dan kepimpinan Yang Maha Besar, Maha Tinggi serta Maha Kuasa.



Lafaz ALLAH ini bukanlah manusia yang menamakannya, bahkan zat-Nya yang Maha Esa yang memberikan nama itu bagi diri-Nya. Kalimat ALLAH tidak dapat diterjemahkan dalam mana-mana bahasa kerana tiada satu kalimat atau kata-kata yang lengkap yang dapat mengumpulkan pengertian kalimat jalallah ini.



ALLAH, Tuhan yang mempunyai segala sifat kebesaran, Maha Esa dan Maha Kuasa. Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya, yang menjadikan alam semesta ini. Lafaz ALLAH ini juga disebut ismudz. Zat, yakni Zat yang menciptakan seluruh isi langit dan bumi. DIA la Tuhan seru sekalian alam. DIA lah yang mengeluarkan sesuatu daripada tiada kepada ada. ALLAH hanya satu (tunggal), tidak ada sekutu bagiNYA. Antara nama ALLAH yang berjumlah 99 atau lebih itu, lafaz ALLAH inilah yang paling banyak disebut dalam Al-Quran iaitu 2696 kali.



tidak ada Tuhan selain ALLAH. Jika ada ianya ternyata palsu dan pasti alam ini telah lama binasa atau musnah.



Firma ALLAH s.w.t yang bermaksud:



"Kalau ada Tuhan selain ALLAH, di langit dan di bumi maka langit dan bumi itu pasti jadi binasa"

(surah al-anbiyaa' 21:22)


dari segi amalan, manusia terutamanya umat islam perlu bergantung harapan memanjatkan doa hanya kepada ALLAh. segala yang lain tidak mampu memberi mudarat atau manfaat tanpa izin ALLAH s.w.t
KHASIAT DAN CARA BERAMAL
  • Barang siapa yang melazimkan membaca "ya-Allah" 5000 kali pada setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dan tawaduk (merendah diri kepada ALLAH), insyaALLAH segala hajat terkabul.
  • Barang siapa berzikir "ya-Allah" 5000 kali tiap-tiap hari, insyaALLAH rezekinya datang mencurah-curah.
  • Barangsiapa berzikir "ya-Allah" 66 kali selama 66 hari tiap-tiap lepas solat fardhu, insya-Allah dirinya memperoleh kemuliaan dan kebaikan yang banyak dalam ilmu duniawi dan ukhrawi. oleh itu, lebih baik diamalkan terus setiap hari.
  • Barang siapa berzikir "Ya-Allah-ya-Haiyu" 1000 kali pada setiap hari, insyaALLAH dirinya diberi sifat yakin yang sempurna.
  • Barang siapa berzikir "Ya-Allah-ya-Haiyu" 100 kali pada setiap hari jumaat sebelum solat jumaat, dalam keadaan dirinya suci daripada hadas dan najis serta menghadirkan hati (khusyuk), insya-ALLAH dimudahkan baginya segala yang dituntut dan diperjuangkan.

Sunday, August 16, 2009

sambungan lagi..

maaf xberkesempatan lagi coretkan pasal perjuangan bangsa.

tp di sini ingin di kongsi pasal sedikit penjelasan mengenai persoalan jumaat baru ni.

jumaat baru nih balik dr ofis.. sampai umah lbh kurang 5.30 (traffic jam yang bt aku lwt lg huhuhu)

penat gle... 3 ari cuti bt aku btambah penat sbb keje tertangguh...
sampai je umah...xsempat nak duduk, tibe-tibe aku teringat perbualan aku dengan "hamba ALLAH" tu..

haih...aku perlukan jawapan..jadi aku mesti balik jumpa mak aku.
dengan tak pikir panjang aku terus solat asar..nekad mahu balik kemaman petang nih!!
pas solat...lebih kurang kul 6 lebih sket. get ready tuk gerak, then tibe-tibe lagi. my best fren call cakap die de kat kuantan prade.. alamak cane nih...tak pe aku terus gerak ke kuantan prade... mesti jumpa die nih... time park moto dpn KP tu aku ternampak lak de kunci kat moto ex5 merah.. mak ai aku nak buat pe nih.. rushing gle time tuh... kang kalau aku bia je kunci tu, nanti ade plak "orang yang tak berkenaan" dapat moto free ari tu.
ok, aku pun bt keputusan tulis nota n tinggalkan dalam helmet dak tu. kuncinya??
kuncinya aku tinggalkan kat seven7!!!
kawan aku tnya, apsal tak bagi pd guard??
eheheheh
tah tak teringat kat guard lak time nak bagi tu!!
hrp2 selamat la erk kunci tuh ka.

ok stop cite sal ni... da panjang melalut nih..

pas jumpa kwn kat kp tu,, aku terus gerak balik ke kemaman.. merempit lagi...
xsempat nak beli makanan tuk buka pose..tak pe beli air je la....

dari kuantan aku terus ke dungun... (de tugas yang perlu di selesaikan di sana)
ahad pagi, dari dungun gerak ke kemaman (misi mencari jawapan)

..................................................

sampai kemaman pegi shoping dlu...heheheh

then baru balik umah..
tengah masak tuh aku selitkan soalan demi soalan yang aku perlukan jawapan.. (antara my mum n me)
_____________________________________________________________________

aku: mak, rabu baru ni org de jmp sorg hamba ALLAH ni...

mak: abis tu!!

aku: orang nih de bercakap pasal "ORANG TUHAN" tau mak.

mak: orang Tuhan?? lagi..

(berminat nampak... ehhehe eh jap)

aku: awalnye sembang biase je mak. pastu hamba ALLAH ni cakap pasal bantahan ISA. dia cakap ISA perlu dihapuskan. org cakap la kenapa nak hapuskan. kerajaan wujudkan ISA mesti ada sebab musabab..adal alasn yang kukuh. penahananya isa pun mesti ada alasan. orang tu bangkang mati-matian.. penat nak cakap mak. org cakap la ... kerajaan wujukkan isa bukan tuk zalimi umat islam d malaysia...kt kene faham dengan jelas perkara ni. dan jangan bercakap kalau kita sendiri tak tahu apa yang kita cakap.

mak: awak kenal orang tu kat mana?

aku: kawan time keje kat optimal, petronas kerteh dulu... xrapat tapi just kawan je la..

mak: lagi...ape lagi yang die cakap?

aku: mak tahu tak, die cakap die tak percaya pada parti-parti di malaysia... orang tanya la kenapa tak percaya..ape yang awak percaya... pastu die cakap die pengikut (...................)

mak: ape tu??

aku: tah.. mak kenal tak orang nih (............................)

mak: heh tu bukan ke orang yang jais cakap ketua ajaran sesat?

aku: aaaaa... baru orng ingat (..........................) ni yang kawin 10 orang skali tu kan mak??

mak: tak pasti la... tapi kalu tak silap dulu kecak dalam surat khaba...berita....

aku: hah.. mak tahu tak kawan orang tu cakap.. (.................) tu la ketua "orang tuhan" tu...

aku pun cite la segala benda yang orang tu cakap pada aku..start dari bantahan isa, orang tuhan, pengikut tuhan, jadi penyampai wahyu ALLAH, bani tamim. kegemilangan islam.... sume bende la aku cite pade mak aku.

mak: subahanallah....awak tahu tak..percakapan die pun kita dapat rasa salah...salah..salah. awak tahu tak.

aku: nape mak?

mak: tiada orang yang ALLAH lantik untuk menyampaikan wahyu selain dari malaikat..... Mana boleh isytiharkan kite sebagai orng tuhan... kita semua ni hamba ALLAH... hamba... hatta malaikat sekalippun adalah hamba ALLAH... ALLAH tidak bersifat orangang.... tidak bersifat manusia...jangan samakan ALLAH dengan makhluk...

(banyak kali jugala mak aku beristighfar...)

aku: orang pun ade tanya orang tu mak. kenapa sebut "ORANG TUHAN" kenapa buka HAMBA ALLAH..

aku: mak tahu tak. die cakap orang tuhan ni akan mengubah pemerintahan di malaysia... diorang siap ada kalendar perancangan lagi...

mak: kite tak boleh cakap die sesat ke ape.... tapi melalui percakapan die... memang die terpesong... nauzubillah... awak doa la smga ALLAH jaga iman dan hati dia...kembalikan die pada jalan yang benar... tapi kalau jumpa die lagi, bile die cakap lagi pasal ni.. awak cakap la awak tak thu sangat pasal tu... awak tak boleh bercakap sebab takut salah...

aku: org sendiri rase ragu..

mak: baru semalam kami bincangkan masalah ni, baru ni dalam surat khabar ade sebut pasal (.................) akan kembali bangkit dan bergiat aktif.

mak: baru semalam kami bincang pasal ni.. bimbang anak-anak muda yang bergiat aktif dalam gerakan-gerakan macam ni... anak-anak muda kite skarang ramai yang jahil pasal ilmu agama... bila ilmu agama kurang... terjebak pulak dengan gerakan macam ni ... memang la diorang akan percaya bulat2...

mak: baru ni la...tak ingat bulan brapa... kalau ahli agama negara kita labelkan pertubuhan ni sebagai ajaran sesat. perkara ni mestilah jelas. kite kena tahu bukan senang jabatan agama nak isytiharkan sesuatu... perkara yang berkaitan agama ni bukan perkara remeh..bukan benda mainan yang kita boleh perlekeh..

aku: lagi satu, mak tahu tak, orang tu cakap , negara kita ni tak pernah berlaku peperangan..bencana alam. pengeboman.musibah... sebab golongan orang tuhan ni ade.. dan diorng yang jaga keselamatan.

mak: subahanallah.... kesian die...

aku: nape nak kesian pada die plak??

mak: awak tahu tak .. ape yang die cakap tu pun dah salah... ALLAH maha berkuasa... dia tak perlukan manusia untuk mengawal bahkan DIA la yang maha berkuasa atas segala.... tiada nabi dan rasul lagi selepas nabi muhammad s.a.w. AL-quran dan hadis adalah wasiat..kazanah yang nabi tinggalkan untuk umat muhammad.. kenapa mesti pertikaikan!!!
tiada orang yang dapat tolong kita di masyar melainkan muhammad!!
itu pun bagi orang-orang yang benar-benar layak....
bukan senang semua ni...ingat... tiada orang yang boleh membantu kita di sana melaikan amalan yang baik dan syafaat nabi muhammad s.a.w
nauzubillah... mintak kita di jauhkan dari ajaran yang syirik kepada ALLAH...

aku: abis tu cane..

mak: kalau la terjumpa lagi orang tu... tak salah cakap dengan die... tp doa la dlm hati, minta ALLAH pelihara hati dan iman kite... jangan dipesongkan ke jalan yang sesat..doalah untuk die skali.. tapi jangan la awak cakap pade die terang-terang die sesat.. memang la die tak boleh terima... kite pun tak boleh buat keputusan,, kita buka ulama..bukan arif dalam ilmu-ilmu ni... jadi lebih baik diam kan...

aku: ok

____________________________________________________________________

sebenarnya banyak lagi yang aku bualkan dengan mak aku...

jadi jawapan bagi persoalan-persoalan tu ada yang terjawab..

1) sesat dan terpesong ke??

- kalau tak sesat, macamana ketua (.............................) boleh kawin 10 orng dalam satu masa...
-tak kan berani nak mengaku mereka adalah utusan Tuhan... kita hanya manusia biasa
-banyak lagi penjelasan yang ak dapat..

2) orang Tuhan..

- kita semua adalah hamba ALLAH... tiada istilah orang tuhan.. hatta nabi muhammad sekalipun adalalah Hamba ALLAH... kekasih ALLAH... ALLAH mengangkat kedudukan seseorang dengan kuasanya.... bukan kita yang tentukan...kita hamba yang tidak punya kuasa

- tiada orang yang boleh memberi jaminan syurga kepada kita melainkan amalan yang kita buat dan ALLAH..

3) bencana di malaysia

- ALLAH tidak menurunkan bencana di negara kita bukan kerana lindungan orang tuhang ni... jangan kita salah tafsiran...

- ALLAH jaga negara kita bukan kerana barisan-barisan orang tuhan ni.

- ALLAH akan lindung sesebuah negara kerana beberapa sebab...kerana ada lagi haiwan peliharanan....keranan ada lagi...anak-anak kecil yang tak berdosa..

4) pilihan

- kembali lah kepada tinggallan Rasul... alquran dan sunnah... nescaya kita tidak akan tersesat...

-tiada pilihan bagi kita... bukan antara alquran ATAU sunnah,, tetapi Kita mesti berpandukan ALQURAN dan SUNNAH...



kegemilangan islam akan lahir di timur.... itu janji ALLAH... kemenangan abadi adalah milik islam yang mutlak.. jangan ragu dan sangsi... kegemilangan islam akan bangkit selepas kejatuhan islam... itu pasti!!

bersama kita ingatkan diri...kembalilah pada ajaran ilahi.

-aku biarkan sedikit persoalan yang berbaki beku di minda..moga mendapat peluang untuk diperjelaskan.
aku biarkan rasa gerun menetap di hati...moga aku mendapat hidayah..
aku biarkan rasa gentar di kalbu..moga aku tidak terus selesa dengan nikmat kesenangan yang aku kecapi hari ini..
aku biarkan rasa pilu di hati...moga aku terus mendapat kekuatan untuk terus memuntah bicara...

dan aku biarkan tinta berbicara

Thursday, August 13, 2009

sambungan semalam

resah semalam aku tersalah bawak lagi ke hari ni
ati ni duk pk2 lagi aku de bcakap dengan seorang hamba ALLAH ni
"tibe-tibe"
die bercakap soal pengikut Tuhan...
"pengikut Tuhan?"
aku biarkan soalan tu singgah skejap kat otak aku nih
aku bia die bcakap dulu..tak salah kan kite dengar dulu... ilmu mungkin..
hamba ALLAH tu bercakap soal keadaan di Malaysia sekarang
kepincangan umat islam, kegoyahan pentadbiran,pergolakan antara penduduk dan banyak lagi

erm...jadi aku diam...

diam..

mendengar

hamba ALLAH: saya tidak menyokong mana-mana parti di malaysia tapi saya adalah pengikut .........

(maaf aku tak boleh nyatakan nama..bimbang kalau-kalau menjadi pencetus masalah)

aku: hah pengikut ape tu?

dan Hamba ALLAH tu ulang lagi..

emmm aku tanya dan bertanya

Hamba ALLAH: negara kita hanya merdeka pada istilah sahaja hakikatnya tidak

(aku mengangguk..bersetuju pada kenyataan itu..dan aku bia kan dia berbicara)

hamba ALLAH: dunia kita hari ini bukan zaman nabi, jadi pasti ada orang yang di lantik Tuhan untuk mentadbir negara dan jadikan negara kita tempat kebangkitan islam. seperti yang di nyatakan dalam Al-quran. pada akhir zaman akan lahir kembali kegemilangan islam dari sebelah timur. dan negara kita akan menjadi tempat kelahiran kembali kegemilangan islam itu.
(aku berkata dlm hati insyaALLAH mudah mudahan)

hamba ALLAH: orang yang dilantik Tuhan tu akan mengubah dan mentadbir negara mengikut acuan agama. orang yang di lantik Tuhan tu bukan dari golongan yang besar, tapi golongan itu yang akan menghapuskan segala kejahatan dan kekacauan. dan kembalikan kegemilangan islam itu. siapa lagi yang akan memimpin negara kita sekarang dengan betul kalau bukan orang Tuhan. sebab kita sudah tiada nabi untuk menyampaikan wahyu dari Tuhan. mereka adalah golongan yang akan menyampaikan ajaran yang benar...

aku: orang Tuhan? kenapa mesti sebut orang Tuhan? bukankah kita semua adalah makhluk ALLAH? yang di jadikan sebagai kHalifaf untuk menyampaikan ilmu? dan bukankah wahyu ALLAH itu hanya boleh di sampaikan oleh malaikat kepada Rasulnya. macamana awak boleh cakap orang Tuhan ini membawa wahyu dari Tuhan kerana dia telah di pilih. saya pelik. mungkin saya tidak tahu sangat pasal orang Tuhan ni. tapi kenapa panggil orang Tuhan. bukan ALLAH?

hamba ALLAH: sebab orang-orang ni telah di pillih Tuhan.

aku: macamana nak tahu orang-orang ni di pilih Tuhan?

hamba ALLAH: mereka ada cara mereka yang tersendiri.

aku: cara yang bagaimana?

hamba ALLAH: petunjuk dari Tuhan. mereka akan mengamalkan sistem Tuhan, bukan demokrasi, sbb demokrasi bukan sistem yang baik untuk semua. orang-orang Tuhan ini akan mengambil alih tapuk pemerintahan negara ini suatu hari nanti dan kegemilangan islam itu akan muncul di negara kita di bawah pimpinan orang Tuhan ni.

aku: saya masih ragu-ragu dengan konsep Tuhan. dan saya masih tertanya-tanya mengapa Tuhan yang di sebut. bukan ALLAH. segala yang termaktub dalam Quran dan Hadis adalah yang benar sebenar-benarnya, pasti dan tiada kemusykilan bagi kita sebagai mukmin. bercakap mengenai orang Tuhan, saya masih keliru dan ragu kerana apa yang saya tahu islam memang dijanjikan oleh ALLAH akan bangkit kembali selepas kejatuhan. tapi saya tidak pernah tahu bahawa ALLAH akan mengutuskan orang Tuhan yang diberi wahyu untuk mengambil tapuk pemerintahan negara kita. walaupun telah di nyatakan islam akan bangkit di sebelah timur, tapi masih tidak di nyatakan bawaha negara tersebut adalah Malaysia.

tapi, kalau la betul negara itu adalah Malaysia, saya sebagai umat islam di malaysia, sudah tentu rasa bersyukur yang teramat sangat kerana menjadi sebahagian dari penduduk malaysia. bersyukur sangat, bercakap mengenai orang Tuhan ni buat hati saya ragu, tap tak pe, saya akan bertanya pada mak saya..pada orang-orang yang lebih arif.

hamba ALLAH: ni laman web ............... tengok la bila punya masa lapang,. tengok la bagaimana pengikut ................ mengamalkan ajaran islam yang betul-betul dalam hidup mereka. cara hidup mereka tak sama dengan kebanyakan orang.

aku: insyaALLAH, saya akan tengok.

hamba ALLAH: terpulang pada awak samada mahu percaya @ anggap ini ajaran sesat. tapi ini apa yang saya percaya. saya beritahu awak hari ini, agong sekarang adalah sultan terengganu yang terakhir, dan anak agong sekaran tidak akan menjadi sultan. percaya atau tidak. tunggu la.

aku angguk. walaupun dalam hati aku masih ragu dan keliru. aku minta diri dari Hamba ALLAH tu untuk balik. sepanjang perjalanan dari kemaman ke kuantan.. sambil bawak moto tu aku masih terngiang-ngiang tiap butir bicara orang tu. "orang Tuhan" bunyi macam pelik..erm... ajaran sesat ke. tibe-tibe aku rase bodoh dan jahil yang teramat sangat dalam bab-bab agama ni. xpe nanti cuti ni aku balik jumpa mak aku. moga aku dapat kepastian dan jawapan bagi kekeliruan ni.


semalam aku ada bercerita soal kebangkitan islam sewaktu di kem.dan aku mendapat sokongan dari kem komander tu. bila balik dari kem tu, dengan izin ALLAH aku terjumpa Hamba ALLAh tadi, pun bercakap soal kebangkitan islam....kebangkitan islam di Malaysia.... erm... aku bia kan soalan demi soalan terus beku dalam otak, akal dan hati. tak pe tunggu aku akan rujuk pada orang yang lebih tahu.

cukup la dulu setakat ni.. jawapan pada persoalan tu aku akan kongsi lagi selepas dapat jawapan dan penjelasan.

tunggu!!!!!!!!!!!

belum habis lagi.. aku ingin sambung pasal semalam.... soal ketuanan melayu dan bangsa aku...

Wednesday, August 12, 2009

no title

em... smalam 12/8/09

fes time after more than 1 month ago...

aku ketemu sama dia

nnti aku cite pas ni

huhuhu

smlm bru abis kem btn.

3day at there

alhamdulillah...dpt ilmu yang sangat bernilai, yang tak boleh di beli

tibe-tibe semangat tuk pertahankan martabat melayu melonjak-lonjak.

rasa sedih dengan keadaan bangsa ku

bangsa melayu.

yang semakin hari semakin di pijak-pijak bangsa lain

kerana angkara bangsa sendiri



cuba kita ingat kembali sejarah kesultanan melayu melaka.

betapa gemilang dan gahnya saat pemerintahan itu di bawah pentadbiran bangsa melayu yang berpegang teguh pada ajaran kalam ALLAH



tapi runtuhnya kegemilangan itu kerana siapa?

kerana bangsa melayu yang menjadi pembelot!!!!!!!!

aku benci pembelot bangsa sendiri!!!!!!!!



bila bercakap soal ketuanan melayu

isu ini sangat sensitif

tp aku perlu kongsikan di sini

mahu atau tidak

hendak atau tidak

segan atau tidak

aku perlu nyatakan

aku sedih dengan nasib bangsaku

aku takut mengahadapi hari-hari yang mendatang



ketuanan melayu.

hari ini makin dipersoalkan oleh bangsa lain

mengapa?

kenapa?

apa hak mereka?

sejarah ada merungkainya

dan hari ini aku sedih

kerana bangsaku

bangsa melayu diperkotakkatikkan

dan lebih sedih

bangsa melayu diperkotakkatikkan oleh bangsanya sendiri..

emmmm...
teringat aku pd kata2 nabi kita,
ketika insan tersebut mengetuk besi (untuk bt pe xpasti.jd xleh nyatakan tkt jd fakta yg salah= auta)
ketika insan tersebut mengetuk besi keluar cahaya terand dari timur
dan insan tersebut bertanya pada rasul
wahai rasul cahaya apakah itu
ketuk lagi kali ke-2
keluar lagi cahaya
dan seterusnya
lantas insan tersebut bertanya kepada rasul
cahaya apakan itu
lalu rasul menjawab
itu lah cahaya yang terbit dari timur selepas kebangkitan umat islam
cahaya itu menunjukkan kegemilangan umat islam akan kembali bersinar seperti cahaya itu di akhir zaman nanti.
cahaya itu menunjukkan kegemilangan islam terbit dari timur
lantas aku terfikir, mungkinkah negara kita negara itu
timur....
aku berfikir lagi

diam
diam
diam

kelu

aku dapat kekuatan untuk berdiri dan bersuara

debaran di dada beri aku kekuatan untuk bangun dan berjalan ke pentas

dan bersuara

"aku nyatakan kepada mereka
pewaris bangsa,
jadikan kita sebahagian dari mereka yang berjuang untuk bangsa dan agama
jadi lah kita sebahagian dari mereka yang berjuang untuk alif ba ta
agama bangsa dan tanah air
dan untuk perjuangan itu
tidak memadai sekadar laung-laungan
tidak memadai sekadar perpaduan dan semangat yang kita tidak tahu entah bila akan luntur
aku tegaskan perpaduan mesti diadunkan dengan kekuatan jasmani
dan kekuatan jasmani adalah dari kekuatan iman dan islam yang terbit dari hati yang tulus
aku tekankan lagi andai solat itu kita pandang mudah dan enteng
apakah mungkin kita mampu menjadi pewaris bangsa yang kuat dan tegar mempertahankan maruah agama dan bangsa
agama bukan perkara yang mudah untuk diperkotakkatikkan
bukan perkara yang mudah untuk diuar-uarkan
aku tegaskan
siapa lagi yang akan pertahankan bangsa kita kalau bukan kita sendiri
siapa lagi yang akan pertahankan agama kita kalau bukan kita sendiri

jadi tugasnya adalah kita
pewaris bangsa
mahu atau tidak
hendak atau tidak
kita mesti menjadi sebahagian dari mereka yang memperjuangkan alif ba dan ta

aku diam...

diam...
diam

aku teruskan kata-kata
tanpa skrip tanpa persediaan tanpa rangkaan
tapi ikhlas dari hati

aku luahkan kesedihan terhadap bangsa sendiri
apakah mungkin kita mampu menjadi sebahagian dari mereka yang berjuang untuk kembalikan kegemilangan islam itu
andai kita sendiri leka dan lalai
mampu kah kita
mampu kah aku??

mampukah?
andai solat yang asas yang wajib yang mudah itu pun kita enteng-entengkan
andai puasa pun menjadi beban yang memudaratkan
andai syahadah itu pun gagal diucap
andai quran itu sekadar hiasan di dalam almari mewah
mampukah??
mampukah kita menjadi sebahagian dari pejuang yang ikhlas itu..

aku ungkapkan segala yang terbuku..
moga dapat jadi sebahagian dari mereka

aku mahu jadi sebahagian dari mereka yang berjuang untuk kembalikan kegemilangan islam itu


jap...wait..be continue





Wednesday, August 5, 2009

aku mohon padamu

aku tersungkur lagi
entah untuk kali ke berapa

aku menangis lagi untuk kesekian kalinya
tapi tangis ku tetap sama
tangisku tiada air mata
esakanku tanpa suara
aku kelu untuk bersuara
aku penat untuk berbicara
kerana aku yakin dan pasti
bicaraku tak ingin didengari
aku,aku tunduk dengan linangan air mata

aku sujud dengan penuh penyerahanaku ,
aku diam untuk membenamkan segalanya
aku menangis lagi, saat dahiku mencecah sejadah
aku menangis lagi, saat sujudku menjamah hati
aku menangis lagi,
saat hatiku mencecah ruang kosong
lantas terbit keinsafan saat hati menyerah memohon pertolongan dari DIA
aku, menangis lagi,

kali ini dengan linangan air mata.
kali ini dengan esakan yang kian menjadi
aku menangis lagi

kali ini aku serahkan seluruh jiwaku pada DIA yang berkuasa
aku titipkan doa padaMU Ya RAHMAN
aku mohon kekuatan untuk aku bersandar
aku mohon ketenangan untuk aku terus berjalan
aku mohon keredhaan untuk aku terus beriman
aku mohon,

aku mohon dari mu,
untuk terus menjadi mukmin sejatia
ku mohon dariMU.
pilihlah aku antara orang yang KAU berikan NUR
izinkan aku terus memohon dariMU


-nailofar, jangan kau gugur sebelum sempat aku mencium wangimu-
-siramilah air kasihmu agar kuntuman nailofarku tetap segar dalam pasu kehidupan-

Tuesday, August 4, 2009

HITAM DAN KELAM

ramadhan..
kau dtg lagi…
kutunggu kehadiranmu…
hatiku rindu pada hidupnya barakah itu…
tapi apakah aku mampu hayati dalam kealpaan ini
ramadhan…
hadirmu kuharap bakal menyinari kelam dan kusam hati ini
ku harap sinar lailatulQaddar turut menyuluh suram dan tandus jiwa ini
wahai hati yang kelam…
kutunggu cahaya dari KEKASIH yang abadi
apa hati ku yang pekat kehitaman ini masih bisa diberi ruang??
apa hati yang kusam dan kelam ini masih harus diberi jalan??
ramadhan..
ku menangis menanti hadirnya sinarmu dalam hati ku
agar yang kelam dan pekat ini terhapus menjadi suci
agar yang gersang dan tandus
menjadi subur dalam rahmat keampunan dari DIA..
jiwa yang kelam….
aku….aku hampa memilikimu
izinkan aku melempar hitam noda,
pekat dosa jauh ke nerakajahanam!!!!
izinkan kujejak firdausmu…
kerana aku ketandusan gelaran mukmin sejati!!!
aku!!!!aku kah yang mencipta kehitamanyang menjerat ini!!!!!


2 ramadhan…

maafkan aku

maafkan aku
andai titis-titis yang meniti tubir mata ini tak dapat aku seka,
tak dapat aku hentikan...
maafkan aku..
andai aku tak mampu tamatkan rasa sakit ini,
maafkan aku
kerna aku masih hidup bersama memori semalam...
maafkan aku,
kerna terlanjur membiarkan hati ini terpaut di dahan cintamu...
maafkan aku,kerna biarkan rinduku berlabuh di pelabuhan kasihmu...
izinkan aku hidup bersama kapal-kapal sayang di pelabuhan kasihmu.
maafkan aku ,
kerna aku tak bisa menghalang hatiku
dan,
izinkan aku...

Monday, August 3, 2009

BEBAS

AQandai aku bisa bebas
menjadi rama-rama
andai aku bisa lepas
menjadi burung yang terbang kesana sini diruang angkasa
alangkah indah hidup ini..

andai aku bisa bebas
menjadi rama-rama
mahupun burung..
aku ingin terbang.. menyaksikan
keagungan YA RABBI..
andai aku bisa lepas..
aku ingin mencari
seluas lautan ilmu kalam..
jika aku mampu bebas..
aku ingin takluk seluruh dunia
menjamu mata dan akal ku
dengan keagungan MU..
aku…
aku mahu menyaksikan bagaimana bumi ini
begitu bertuah dangan kurniaanMU..

yaRABBI…
andai aku rama… aku
hanya mampu terbang rendah..
setaraf mata-mata dunia..
cuma sedikit lepas ..

YAKHALiD

andai aku jadi burung..
aku mampu terbang bebas
setaraf mata-mata dunia
yang sedikit tinggi tarafnya cuma..
barangkali aku mampu
lihat lebih byk keagungan mu..

YA RABBI..
walau sebebas mana aku terbang
aku fikir
mana mungkin aku bisa
menyaksikan
seluruh…segalanya dan semuanya
sebagaimana KAU bisa melihat
dan MENGETAHUI

Ya RABBI..kini aku mengertibebas tak semesti aku lepas
bebas tak mampu buat aku lapang
bebas aku tak sehebat mana cuma secebis saja
bebas cuma barangkali
mampu buat aku jauh berfikir
melapangkan akal yang waras
dalam mencari hakikat kehidupan
moga bebas mampu buat kau dewasa
moga bebas bisa buat aku buka mata dan minda
moga bebas mampu buat aku tajam minda
agar aku bisa mentafsir
hakikat kebebasan yang aku miliki
sementara….