Followers

Wednesday, November 4, 2009

...

sakit,
kecewa..
sedih.
benci!
xsuke!!
merajuk.,
kecik ati.......
bia la..

lalu bagaimana aku harus ketepikan segala gundah gelana ini
lalu pada siapa harus aku tumpangkan sedikit beban yang berdakapan ini
lalu atas dasar apa perasaan ini berumah di hati ini
lalu haruskah aku biarkan sengsara dan kesakitan ini bertuan dalam hidup ini

dan

aku rasakan, tiada guna lagi sayang ini aku kekalkan untuk kamu
aku rasakan, tiada erti lagi ikhlas ini aku tetapkan untuk kamu
aku rasakan, tiada makna lagi pengorbanan ini aku berikan untuk kamu
aku rasakan, tiada kesudahan kesabaran ini buat kamu.

tapi,
aku masih tidak mampu benamkan segala rindu, buat kamu
aku masih tidak mampu hilangkan segala sayang ini buat kamu
aku masih tidak mampu lemparkan segala setia ini buat kamu

lalu
aku izinkan kesakitan ini berteman di hati
tanpa rela
tanpa keikhlasan
tanpa senyuman

aku masih tidak mampu mampu membuang derita ini
dan aku tidak mahu menanggungnya lagi

lalu bagaimana

TUHAN,
tunjukkan aku jalan
berikan aku peluang
aku mahu kekuatan