Followers

Friday, November 26, 2010

Sy telah di TAG oleh incek saipool n ini adalah jawapan dari sy

1. Nama blog anda dan kenapa letak nama tu?
blog sy: kuntuman nailofar
kenapa sy letak nama tu: erm.. nailofar andalah sejenis bunga.. pernah denga?? jarang sekali yang tahu nailofar adalah bunga... kadang2 org akan bertanya balik pada sy.. nailofar tu apa..
=) nailofar adalah sekuntum bunga,. yang berhabitat seperti tetatai.. ianya.. tidak wangi seperti ros.. tidak jgak cantek seperti dahlia,, tapi ia tetap segar..

2. Nama URL blog anda dan dari mana datangnya idea tu?
http:// kuntumannailofar.blogspot.com..
idea: dari buku "sesegar kuntuman nailofar" sy sukakan sifat yang diberikan kepada bunga tersebut.. tidak istimewa sepert ros dan mawar yang digemari oleh ramai wanita.. tapi nailofar punyai kekuatan dan tarikan.. jadi sy meletakkan diri sy seperti nailofar... bsederhana =)

3. Apakah method dalam penulisan anda?
bahan dan penulisan sy tidak terbatas.. sy bukan lah penulis yang hebat.. sekadar meluahkan rasa.. untuk kepuasan sendiri.. apa yang terlintas difikiran sy.. di sekeliling sy.. akan sy tulis.. sekadar untuk meluah rasa.. berkongsi bicara.. bertukar pendapat =)


4. Apa perasaan anda bila lihat blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak ( kdg2 blog sendiri cantik tapi merendah diri)
hehehe x xpandai nak bt blog sy cantek macam org lain punye neh.. nge.. jeles jgk.. hehehe tolong buat kan blog jadi cantek mcm blog anda bole?? ngeeeee xpe.. sy xrendah diri pon.. yang penting isi yang mau sy kongsi tu (ceeewah.. cover hahahaha)

5. Bilakah blog anda diwujudkan?
tah la.. lupe tarikh yang tepat.. tp seingat sy.. awal januari 2009 kot.. xpn awal lg.. cume xpublish je
6. Siapakah orang pertama yang tahu dan menjadi follower blog anda?
siapakah??
ngeeee yang ni pon sy ta dapat jawab dengan tepat.. lupe lagi... erm.... ikin kot..

sekian ye anda


Thursday, November 25, 2010

hish.. ape ni??

tgk tajuk atas tu?? da bace tajuk entry sy kali ni?? urm.. tajuk tu da jelaskan yang sy sedang tidak puas ati atau sedikit kesal...

oke. jum ikot sy ke fasa yg seterusnya..
ceritanya begini.. sy adalah seorang pelajar yang gila bekerja.. =)
jadi mengenangkan status gila bekerja itu..sy akan berasa resah apabila tidak mendapat kerja sepanjang cuti sem...
haih.. ini antara halangan-halangan sy perlu tempuhi sebelum mendapat kerja:

* waktu exam tu.. sy ni dah sibuk mencari kerja di puncak alam (walaupun sy sebenarnya tak rela menetap di puncak alam itu oke)
* orang lain duk study.. sy sibuk duk cari kerja hahaahah (penyalahgunaan waktu ini jangan ikot ye adek-adek)
* oke da penat-penat cari kerja.. jadi berbaloi la bile da dapat kerja kan..
-----> sy da dapat kerja tau
-~~~jawatan= retail assistant at frozen department
~~~jawatan yang dimohon=cashier
tp org kat econsave tu tak bagi sy jadi cashier sbb housemate sy pun mohon jgk.. lupe nak ckp sy mintak kerja kat econsave ye.. bagi yang tidak tahu,.. itu adalah satu-satunya pasaraya yang agak besar di puncak alam ni..

* da dapat kerja.. sy dengan senang hati balik la umah.. raya haji.. lalalaalalala

tapi
tapi
tapi
tapi

rupenye.. waktu kerja sy tak sama dengan naem.. naem ni.. adalah housemate sy.. dia pon kerja part time.. die kerja kat sini gara-gara oke.. hish kesian naem

waktu kerja sy:
~~ 8.00 pg - 11.00 mlm

waktu kerja naem:
~~ 10.00 pg - 10.00 mlm

jelas lagi ketara kan.. waktu kerja kami memang berbeza.. jadi bagaimana sy nak pergi kerja sedangkan sy berhajat untuk menumpang naem..

nampak
nampak
nampak

konflik sedang bermula

itu baru permulaan ye anda!!

jadi sy cuba memohon untuk menukar jawatan sy.. tapi percubaan adalah gagal ye anda.. sbb die cakap kawan2 tak boleh jadi cashier takut nanti curi duit (huh xkuasa aku nak curi duit ko)

maka.. keciwa la sy.. sbb tak dapat kerja situ... jadi demi kesenangan bersama..sy buat keputusan cari kerja lain.. (walaupun sy rasa terkilan yang teramat sgt)

sy pun mula la aktiviti yang seterusnya...
--misi mencari kerja--

1) kat cc.. tempat kwn sekelas sy kerja.. tapi sbb sy lewat bagi jawapan.. majikan dia da ade org baru. :'(

2) kat pasaraya speedmart

3) digital kiosk --- staff dia akan berenti bulan 12..tp bila sy call bos dia.. dia ckp stakat ni tak perlu kan org :'(

4) kedai kasut -- ada.. tapi dia nak transfer sy kat kedai satu lagi kat sujana utama..
(kak maaf ye,sy bukan tak nak kerja.. tp jauh.. sy da la menumpang org)

haih sy penat nak senaraikan kedai2 sy yg pegi.. banyak lagi..

tp

usaha sy gagal

dalam kebuntuan ni.. kawan sy ckp die dapat kerja kat terengganu.. gaji bole tahan.. ade hostel.. aaa hostel ni yang sy nak dengar,, oke
kawan sy ni pon ajak sy kerja kat tempat die.. die dah mohonkan untuk sy.. berkali-kali sy tanya betul ke sy "sure" dpt kerja ni.. kawan sy cakap "sure" jadi sy pon.. dengan berat hati... cakap pada naem.. sbb.. sy tinggal berdua dengan naem je kat umah sewa puncak alam ni.. jd.. sangat la kejam kan kalau sy tinggal die sorang-sorang kan???

jadi sy cuba untuk tidak bertindak kejam.. dengan menumpangkan die kat rumah classmate sy.. berbagai rintangan jgk nih..
oke setelah hampir seminggu menunggu jawapan.. akhirnya masalah selesai..kawan kami sanggup tumpangkan naem kat umah sewa diorg..

satu lagi masalah.. sy perlu call mak sy kat kg,, cakap pd die la sy nak balik kan..
~~~ aaaaaa ape lagi memang ngeri la kena marah~~~
"kejap nak duk puncak alam.. kejap nak duk terengganu.. mana satu kau ni"

tengok
tengok
tengok

haaaa kan dah kena marah... erm.. da la tak de duet.. sebok ke hulu hilir.. ingat puncak alam dengan terengganu tu belakang umah kau je??

gedebuk!! gedebuk!!

huish tahan telinga la kene ceramah,,, salah sendiri kan

urm... mak sy marah sbb kesian kan naem,, sy yang janji dengan naem..tibe2 sy yang buat banyak masalah.. mak sy tak suke sy tak tepat janji....
jadi,, sy yang buat masalah ni kan.. kena la terima padah... bingit telinga sy mak ngeeee

sy pon.. beli la tiket.. (duit sponsor dari ===>incek al-faizal bin che wahab)
balik la sy dengan hati yang tidak tenang...

tibe tibe Dalam bas tu.. (bas baru je betolak oke)

kawan sy call dari terengganu.. die cakap.. manager die bgtahu pg tadi ade org masuk kerja.. ambik tempat sy.. (APAKAH!!!!!!???) bos yang tetapkan.. jadi manager tak dapat nak campur..

huish..
sy waktu tu.. rase nak je pegi kat pak cik driver tu... cakap nak berenti.. tapi.. kalau sy turun nak balik puncak alam tu satu hal pulak.. haih.. dah la nak datang klang sentral tadi p0n dah tebalkan muka mintak tolong orang hanta kan..

bas pukul --->10.00 malam

sy turun dari puncak alam ke dalam uitm---> 5.45 petang

naik bas dari uitm ---> 6.00petang

nampak tak.. betapa susah dah awalnya sy..

erm.. terdiam jgk la sy dalam bas waktu tu.. kalau la dia ckap awal.. musti sy tak balik..
1
2
3

opppsss jangan menangis..

sy cuba tahan

tettt
tett
tettt
dah jangan menangis oke.. sy diam je...

diam sampai balik rumah..
dah lam malam tu bas rosak kat hiway..

haih dugaan betol la..

lepas ni sy tak tau apa lagi yang sy kena hadapi..,

banyak yg saya korbankan demi sesuatu yang tak pasti ni..
--naem terpaksa sy bebankan
--kenduri awin (classmate) 28hb ni terpaksa sy luputkan dari hati.. hati jangan berhajat lebih

pesan sy pada dri sendiri:

le'a,
tolong kuat dan jangan putus asa..
tolong terus berusaha mencari..
tolong jangan mengalah

ini dugaan kecil saje

=)


(tawa dalam tangisan)

Monday, November 22, 2010

isu ini sangat sensitif..

entry sy pada kali ini...

~~~isu ini sgt sensitif~~~

jadi betul kan kalau sy silap.. ini adalah pendapat sy..apa yang otak sy simpan...dan hati sy bermonolog selepas di proses oleh minda yang waras...

baru2 ini.... hari raya aidiladha...
pagi tu sy pegi tengok abg sy buat korban..




2 lembu yang berbeza kan?? satu untuk abg sy yang sulung.. dan satu lagi untuk abg sy yg no.5

pertama kali sy tengok dan rakam lembu di sembelih.. sebelum ni tgk kambing je... sy rase kesian.. sudahnya sy tak makan pun daging kambing tu... sbb itu kambing sy sy jgk dari kecik huhuhuhu sy tak kan mkn..

eh.. ini bukan ape yang sy nak bincang kan ari ni,.. eheheh ini namanya introduction for the begining..

mari kt pegi ke fasa seterusnya.. apa yang sebenarnya sy nak kongsi..

~~terlebih dahulu.. sy ulangi.. apa yang sy tulis ini adalah pandangan melalui pemerhatian mata sy..dan logik akal sy memproses bahan maklumat ini.. jika silap..betulkan sy..~~

ok.. selepas siap melapah daging dan agihkan pada org.. kami satu keluarga.. pergi ke hospital.. kuantan..

tujuan:
-----> sudah tentu melawat org sakit kan?? hehhe

eh sebelum pegi hospital.. kami menjamu sup tulang dulu waaa best itu kegemaran sy!!!

sampai di hospital.. sedang semua rancak berbual termasuk sy.. (heheh sy kan peramah) tiba-tiba mata sy terpandang pada tag nama pesakit..

sy terus diam.. sy toleh ke arah pesakit tu.. ok sebelum tu sy maklumkan pada anda pesakit tu adalah kanak-kanak yang berumur 5thn 11 bulan.. ringkasnya 6thn kan?? sy perhatikan wajah pesakit itu.. kemudian sy toleh ke arah mak dan bapak kanak2 tersebut..
persoalan demi persoalan muncul dalam minda sy.. ligat berfikir.. (minda sy sgt aktif ok) hhahaha

(di sini sy tidak boleh menyatakan maklumat terperinci mengenai keluarga mereka kerana sy bimbang ini menjadi isu yang "berat" dan menimbulkan kerumitan jika org berkenaan membaca post sy heheeh maklumat di rahsiakan)

jom kt sambung...

nama yang telah menyebabkan ? besar dan semakin banyak dalam minda sy ketika itu adalah:

(nama) A/L (nama)
contoh: Ravi A/L Maniam


sy pandang kakak sy.. memberikan isyarat...supaya dia nampak nama tersebut.. kemudian sy maklumkan pd mak sy..
ibu dan bapa kanak2 ini islam ok.. ibu dia adalah mualaf.. sbb tu kami sekeluarga cuba sedaya upaya memberi sokongan supaya mereka rasa di hargai apabila memeluk islam agama yang cuci ini..

sy kembali berfikir.. mungkin kanak2 ini.. anak tiri si bapa itu.. sbb.. si bapa itu adalah islam.. jadi mana mungkin anaknya tidak ber "bin" kan namanya kan??
sy tidak bertanya kepada mereka terus kerana ini adalah isu sensitif.. jadi sy diamkan dulu dan terus membiar andaian sy kekal diminda untuk sementara..

kemudian bila balik.. sy tanya pada abg sy.. owh memang tepat andaian sy... kanak2 itu adalah anak tiri kepada si bapa td.. sebelum memeluk islam.. si ibu telah berkahwin dengan lelaki lain..
kalau begini kesahnya.. sy fahamlah kenapa nama kanak2 tersebut masih begitu..
bukankah dalam akta perlembagaan malaysia.. kebebasan beragama adalah apabila individu tersebut berusia 18thn dan ke atas..
jadi.. kanak2 tersebut menghadapi masalah pertukaran agama di pejabat pendaftaran..

perkara ini membuat hati sy luluh.. kata abg sy.. sebelum si ibu tersebut memeluk islam.. dia telah menghadapi kesulitan dalam proses pertukaran agama,.. permohonan ditangguhkan berkali2.. masalah maklumat tidak lengkap lah.. tersalah borang la.. ianya telah memakan masa berbulan2.. hingga kan ayah perempuan tadi merungut.. macam ni ke pejabat agama islam buat kerja?? proses lambat.. kalau mcm ni.. baek tak payah tukar agama.. owh sy rasa tersentap.. malu... seorg penganut kristian telah memberi pandangan peribadi... yang menukar seluruh persepsi keluarga mereka terhadap islam..

mereka marah kepada pihak jabatan agama kerana menyusahkan anak mereka.. proses begitu lambat dan anak mereka perlu berulang kali naik turun pejabat... hanya untuk mendapat surat kebenaran menukar agama.. apa semua ni??? mereka adalah org asli,.. sudah tentu menetap di kawasan pendalaman.. mereka menghadapi banyak masalah untuk berulang alik ke pejabat.. jadi tolong la mudahkan urusan mereka,, bagi khidmat kerana ALLAH.. ini adalah tanggujawab yang ALLAH amanahkan..

for the staff.. u was give bad impression for the whole islamic organization.. im very sad... if i can be an employee at the organization.. i'll give good service to them.. to let them feel we appreciated them and welcome them to be our family in islam.

sy rasa.. masalah yang sama berlaku pada si anak perempuan td.. permohonan pertukaran agama bagi si kanak-kanak tersebut telah menghadapi masalah.. dan kerana itu lah.. nama tersebut masih kekal di gunakan.. mungkin kerana kanak2 itu belum berusia 18thn.. jadi dia tidak boleh menukar agamanya lagi.. (mungkin juga) mungkin jg.. permohonan itu dalam proses.. erm.. jadi sampai bila la agaknya mereka perlu menunggu permohonan diluluskan??

ini bukan soal politik.. ini bukan isu harga minyak naik.. ini bukan soal global warming.. ini bukan soal kejatuhan economi.. ini bukan soal gejala sosial yang tak terbendung.. ini bukan soal kemiskinan tapi ini adalah soal agama.. ini adalah soal tanggujawab kita.. pada ALLAH.. ini adalah soal tugas kita sebagai kalifah...

sy menangis apabila sy terkenang perkara ini.. apa yang sy boleh buat untuk memudahkan urusan pertukaran agama bagi kanak2 ini.. kalau la sy mampu.. atau kalau la sy kenal org yang boleh menyelesaikan masalah ini.. :'(

alhamdulillah..sy lahir dalam keluarga islam.. syukur yaALLAH..

dulu ade satu kesah...

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

ALLAH... sy tak mampu menjadi org hebat seperti itu..

perundangan negara hari ini,,, kadang2 menjerat kita.. islam khususnya.. soal islam.. soal agama.. ini adalah isu rumit.. yang jika silap di bacara boleh meruntuhkah tamadun.. jika di salah adilkan boleh menghancurkan umat.. jika di salah bincang boleh membunuh masyarakat..
sy beruntung menjadi rakyat malaysia.. segalanya mewah di sini.. segalanya bebas di sini.. hingga kebebasan beragama juga turus mendapat pelepasan di sini... sy juga masih beruntung di lahirkan sebagai anak malaysia.. aman dan sejahtera.. semua di peroleh dengan mudah...

tp sy tidak pernah tenang tiap kali memikirkan gelodak dalam masyarakat kita hari ini.. keruntuhan akhlak umat merunsingkan sy.. membuat lena sy terjaga.. dan kadang teresak mengenang generasi sy akan datang.. mampukah sy mendidik zuriat dan keturunan sy sebagaimana sy di didik hari ini.. sy bimbang kalau2 kebebasan hari ini menjerat diri sendiri... tiapn kali membaca berita di dada akhbar.. sy mulai gerun kadang2 sy rasa tidak selamat di rumah sendiri.. pembunuhan dimerata tempat.. jenayah seolah rutin yang tidak lagi kita hairankan jika ia memenuhi dada akhbar..

sy bimbang diri sy.. sy bimbang akhlak sy.. sy bimbang keluarga sy.. bimbang kalau2 tak terjaga akhlak dan agama.. bimbang kalau2 terjerat dalam kemewahan.. sy bimbang kalau2 sy jenayah itu berlaku pada sy dan keluarga serta kenalan..
menangis sy mengenangkan semua ini.. ketakutan ini membuat sy menggigil lagi..

sy tidak mampu mengubah semua.. dan sy juga tidak mampu berbakti lebih hebat seperti kalian..

tp sy hanya berharap.. jiwa sy kuat dan gigih mencari kebenaran..
sy berharap sy lebih berusaha dan ikhlas untuk mencari jalan yang lurus..

sy menangis lg kerana takut janji sy pada ALLAH di tuntut di akhirat kelak... sy takut nanti tak terjawab di muka pengadilan.. sy takut.. sungguh takut..

ALLAH.. berikan aku hidayah dan pertolongan.. jangan butakan hatiku untuk menerima hidayah .. dan jangan kau palingkan hatiku setelah Kau berikan hidayah itu..

ALLAH..

berikan kanak-kanak itu dan keluarga mereka kesenangan dan rahmat yang berterusan..agar mereka kekal dalam islam..agamaMu..

ALLAH..berikan kami kekuatan untuk terus berdakwah kepada mereka.. berikan kami peluang untuk melindungi mereka.. berikan kami ruang untuk membuat mereka senang dalam agamaMu..


ALLAH..

aku mohon padaMu petunjuk yang berpanjangan.. :'(

Friday, November 19, 2010

mari ikut sy pegi ke album kenangan

mood: tak menentu + sedih

pagi ni.. perkataan pertama yg terlafaz dalam hati sy..
sy dah puas jadi miskin..
tidak tidak.. bukan sy tidak bersyukur... sy bersyukur sangat2.. jgn labelkan sy manusia yang tidak mensyukuri nikmat TUHAN..
sy masih mencari2 kerja.. tolong la temukan sy..
banyak sungguh halangan.. apakah hikmah di sebalik suatu kebetulan ini..
sy runsing bila sy terpaksa membuat pilihan..

naem... maaf.. sbb menyusahkan anda..
tp kamu mesti faham kan.. keadaan sy..
sy resah..
sy mahu kerja..tp halangan terlalu banyak.. maaf ye naem,..
:'(
but.. i think i cant stay here... with you.. it is difficult to saying out..
semuanya menjadi ssh.. bila kita miskin dan tak berduit kan????
sy bukan berkata mengikut emosi.. atau ego yang meninggi..
ini realiti..
jika anda.. tidak mempunyai duit,. sudah tentu anda tidak boleh menaiki bas untuk mencari kerja..ianya remeh bukan?? tapi ini adalah fakta,

meski duit bukan segala.. tapi duit itu perlu,.. kerana kemiskinan juga bisa membawa kemungkaran..


apa yang membuat kan sy berkata jujur
-----> sy rase ssh sgt

sbb sy dh puas idup ssh la sy gigih blaja sampai ijazah,.. walaupun sy bukanlah senarai budak pandai..
mari sy cerita kenapa sy perlu belajar sampai tahap ini
---> sy anak bongsu.. yang memegang harapan keluarga..
---> sy anak bongsu.. yang dapat lebih sedikit berbanding kakak dan abang
(hanya sedikit)

zaman sekolah

dari zaman sekolah rendah..sampai la sekolah menengah.. seterusnya diploma.. dan ijazah..
mari kita mula dengan sekolah rendah dan menengah:

dulu.. waktu sekolah sy bukan lah budak yang bijak.. sbb sy selalu dapat math n science
D kadang2 E kalau bijak sgt baru la dapat C..
tp sy selalu dapat kelas no.1 sbb BM sy yang backup result sy..
A yg sy dapat tu la yang buat sy layak masuk kelas no.1..

tp,
kata cikgu sy kalau setakat dapat
A BM kemane la sangat result sy nanti..
jadi sy balik rumah,.. sy cakap pada mak sy..

sy: mak adek xdapat A pun matematik dengan sains.. nape adek bodo sgt..

mak sy senyum je.. kemudian die jawab

mak: bukan bodo.. kene usaha lebih skt.. nanti UPSR mesti dapat A

ari-ari sy pegi sekolah naik basikal.. umah sy jauh..jauh sgt.. sy turun 6.30pg.. sampai sekolah mesti pagar dah nak tutup.. jauh kan.. sejam lebih sy kayuh basikal.. tp waktu tu sy seorang yang tekad (nge sory puji diri sket)

kami bukan kaya.. apa yg mak masak itu la yg sy makan..
sy paling suka mkn nasi+air suam+ikan masin.. itu lauk yg paling best waktu tu
sy mesti bawak bekal.. kadang-kadang teringin nak makan kat kantin macam kawan2.. tp sy pendam je.. mane cukup duit.. jadi .. jangan nak mengada-ngada teringin itu ini..

sy beruntung masih sempat iron baju guna sterika arang.. hehehe beratnye... nak tecabut lengan..
sy jg masih sempat mandi perigi.. mengigil sampai kancing gigi hahah sejuk punye pasal
sy boleh merasa makan nasi yang di masak dari dapur kayu.. abis baju bau asap api.. hehehe
sy sempat merasa bace buku guna pelita.. idung hitam sbb kena jelaga... rambut hangit dek api pelita ahhaah seronok bila kenang masa tu..
susah memang susah.. tapi kurang-kurannya.. saya sempat merasa.. hidup kekampungan itu,..
itu yang mengajar sy menjadi lebih gigih dan sedar akar umbi keturunan sy..


walaupun waktu tu sy baru 10thn.. tp sy rase sy dah 14thn.. semua perkara sy pk.. sy nekad mahu dapat 5A.. ari-ari sy pegi sekolah.. sy hafal sifir sambil kayuh basikal.. tapi sy jadi lupe balik tiap kali lori balak @ traler bg hon yg kuat kat sy..
PONNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
eheheh

xpe sy hafal balik.. hafal sampai sy igat..
tiap kali kelas math.. sy la org yang selalu kene cubit perut smpai merah...sebab xsiap keje math.. sy la org yg selalu kene junjung kerusi pusing bangunan sbb tak lulus ujian heheheh muke sy wajib ade kalau kena denda..

(OWH math.. smpai hari ni sy cinta anda)

sy dpt 4A je upsr.. sy rase ini sbb ALLAH kasihankan sy... DIA bg sy byk A.. bkn sbb sy bijak.. sbb sy TAK PERNAH DPT byk A sebelum ni tp sy banyak dpt D dan E eheheh maaf ye mak

lepas tu..
mula la sekolah menengah.. sy dapat kelas depan lagi depannnn sekali 1Elit..
(uuuuhhhh)
sy xsuke dapat kelas depan ni... tolong la faham..

sbb sy tak pandai.. sy rase tersisih,,.sy selalu kene marah sbb tak pernah lulus math..
PMR.. alahai kenape la ade byk A.. sy bukan xsuke dpt byk A.. tp sy kene masuk kelas depan.. aliran sains tulen..

sbb sy tak suke aliran sains tulen??
---->>> sy perlu jumpa lagi dengan math, add math, urh.. kimia..fizik n bio jgn la cerita kan.. mmg cari nahas je...

aaa cerita pasal math.. mmg tak penah abis.. sy mane penah lulus a
dd math.. kimia sume tu.. G tu wajib ye.. A ooohhh jauh sekali... tolong jgn bermimpi..
waktu tu.. semangat nak pegi sekolah memang bukan sebab nk belajar.. tp sebab:

1) sy perlu belatih sajak untuk pertandingan
2) sy perlu hafal skrip pidato
3) sy perlu cari idea untuk perbahasan
4) sy perlu berlatih nasyid
5) sy perlu turun padang untuk latihan olahraga
6) sy perlu belajar BM dan komsas
7) sy perlu hafal quran untuk pertandingan hafazan..
8) sy perlu tengok seorang jejaka yg memberi semangat (teeettt siapakah itu)
9) sy perlu siapkan projek pendidikan seni sy..

tengok!!!!!!! dalam senarai di atas secubit name math xtersenarai.. sory ye incek math.. subjek sains tulen lagi la... out of list ehhehe kecuali fizik.. sy suke fizik... =)

kalau sy diberi pilihan waktu tu..sy mmg nak tukar kelas.. tak nak belajar aliran sains tu.. eee serabut.. sakit tau kene rotan bepuluh kali sebab tak lulus addmath..
kene ketuk ketampi beratus kali sebab tak lulus addmath..
kene mrh sbb xlulus kimia...
tp..semangat sy kuat..sbb mak sy..
kalau tiap kali nak exam.. mesti mak sy akan kejutkan sy bangun.. pukul 3 pagi bace buku..
kesian mak sy kan.. semangat nak suh sy jadi pandai..tp.. sy tetap dungu... xpandai jgk..
kawan2 yg rapat dengan sy ari2 aja sy math....fizik.. kimia tu... tp sy xjgk pandai..
persamaan kimia yg kate kawan sy mcm kacang goreng tu... pn sy xpnh boleh buat.. haha xpenah pandai nak samakan.. sampai sekarang kot.. heeeeee owh kawan yg tu name die encik saiful imran.. n cik suhada wahab.. erm.. sory ye anda.. malang la anda dapat pelajar macam sy.. lembab.. ehheeh tapi anda gigihkan.. tetap ajar saya walaupun waktu menginjak ke dinihari.. tak mampu sy balas kebaikan anda..

jadi sape kate sy tak pernah berusaha untuk dapat keputusan yang baek..
cume usaha sy tu tidaklah di uar-uarkan di kelas,,. atau di seluruh sekolah.. supaya cekgu2 tau sy ni telah berusahan sebenarnya...

sy pun macam kawan lain jgk.. pegi sekolah.. pegi tusyen al-bukhari kat skolah.. sampai pukul 5..
pukul 5 anda semua dah balik.. tapi.. sy.. masih menunggu bas.. kadang-kadang tunggu hingga pukul 7.. kadang-kadang.. bas tak datang.. sy jalan kaki balik umah.. jauh?? huih jangan la tanya jauh ke tak,. balik rumah.. rase mood nak ulangkaji.. sudah tentu letak bawah bantal.. simpan untuk tidur bersama kepenatan..
bukankah itu semua usaha sy?? erm,.. owh kalau itu tidak usaha.. jadi apa ya..


zaman sekolah.. zaman yg paling best.. tp sy xseronok.. sbb tiap kali msk kelas sy rase stress.. sy xpandai mcm kwn sy..
sy selalu kene mrh dgn ckgu.. sy rosakkan reputasi kelas.. terukkan sy...


tp.. sy selalu doa.. supaya dpt msk U.. same mcm2 kwn2 yang lain


zaman keuniversitian


sy dpt msk u jgk.. mcm kwn lain.. tp diorg dari matrik terus degree.. sy.. erm.. diploma dulu... org kurang pndai.. mmg lambat kan??

haih.. diploma.. perjalanan sgt ssh.. sbb?? sbb sy tak pandai english.. tp when studying at uitm.. we use full english in all subject,, alahai..

tiap kali nak exam.. sy mesti call mak sy.. menangis.. sy xbole belajar.. susah sgt.. sy tak faham nk bace ape.. sy tak suke bahasa omputeh ni... sy penah rase nak quit.. sbb?? sy dpt result teruk time part 3.. sy repeat 1subjek,.. result xsmpai 3.00 pointer.. dan sy kene tukar kolej.. skali lagi sy di sisihkan.. sape la nak amek msk group assignment kalo xpndai.. padan muke sy kan??
akibatnya.. sy terumbang ambing lompat2 cari grup yg sudi terima sy....

then masa tu sy jumpa kawan sy.. fana.. die baek.. die ajak sy msk grup die.. waktu tu ade farah n sha.. thanks fana coz u always be there when i need.. n until now u still stand together with me... support me,. i cant pay it with money.. may ALLAH give u firdaus to pay it..

waktu sy down.. selain mak sy.. fana n lin.. adalah org yg sentiasa bersama sy. they give me support.. they help me.. thanks alot my dear coz give me your hand.. =)

alam degree,,,
ianya tidak kurang mencabar,,
tp TUHAN temukan sy dengan kwn2 yang banyak membantu sy.. saat sy kesusahan..
to all my housemate.. thanks for everything.. and thank you because always give your hand..


sy mmg tak nak smbung belajar lagi..
tp..
sy dah puas idup ssh.. sy xnak ssh lagi...
sy dah puas naik bas.. sy nak naik kete plk
sy dah puas keje part time jadi kuli org.. sy nak jadi top management
sy dah puas berhutang cari duit nak blaja sy nak tolong org ssh
sy dah puas bt mak sy menangis xde duit bile sy mintak duit.. sy nak bg mak sy duit..
sy dah puas idup jadi cacian org.. sy nak jadi org hebat... yang boleh berbakti pada masyarakat
sy dah puas pendam segala keinginan.. sy nak dapat ape yang sy nak.. sy nak bagi ape yg sy ada
sy dah puas idup miskin!!!!!
jadi
sy tekad untuk belajar setinggi2 yang sy mampu!!!!
sy mesti ubah kehidupan keluarga sy...
sy mesti tolong mak sy!!
sy mesti balas pengorbanan kakak dan abg yang banyak mengalah sbb nak bagi peluang adek2 belajar..
sy mesti balas pengorbanan mak sy.. yg akan puasa tiap kali sy exam..
sy mesti bayar lelah dan keringat mak sy.. sy mesti kuat!!!!

dan
kerana ini lah sy terus belajar..belajar dan belajar,.. walaupun payah..
sbb sy bukanlah pintar..
sy masih gigih.. biarpun xtidak cemerlang..
sy perlu teruskan usaha.. biarpun harapan untuk memegang ijazah kelas pertama terkubur dalam impian..

sbb sy dah puas idup miskin...
mak sy ckp.. tiada apa yang dapat ubah nasib kt.. melainkan pendidikan..
mak, sy pegang kata mak,. dan sebab kata itulah.. sy masih berdiri di menara gading ini!!!!!

when u leave me alone.. i know u want me know that one day i'll never together with them except u
when im feel down.. i always remember.. there are some star smile to me.. to give me something...
when im failed in my subject.. i always remember.. there are many people success because they failed for the first..

ALLAH..
aku masih perlukan kekuatan dari-Mu..
jangan biar aku terleka..dalam kemewahan yang tidak seberapa..
tolong
tolong berikan aku semangat yang luar biasa... agar aku teguh mencari kesenangan dalam taQwa..

sy tidak mahu.. kesusahan ini melemah kan semangat sy..
sy juga tak mahu.. kesusahan ini membuat sy menjadi hamba yang mungkar..
sy mahu menjadi org hebat..
yang boleh berbakti pada masyarakat dan agama
biarpun sy tidak cemerlang dalam pelajaran seperti kalian..
sy juga teringin menabur bakti dalam perjuanan..


~~~~luahan hati sy masih tidak terlafaz seluruhnya..~~~~
apa yang sy mampu katakan.. sy merasakan kesakitan ini untuk kesekian kalinya