Followers

Monday, December 26, 2011

kenduri kesyukuran dan cukur jambul

assalamualaikum dan selamat petang..

saya baru je sampai dari kampung "assam jawa", dekat area kuala selangor kot tmpat tu... heee tak berapa nak past.. ade kenduri kesyukuran untuk anak rakan sekelas.. glurppp da ade anak da kamu ye... alhamdulillah.. cepat betul mase berlalu.. kawan-kawan kelas time sekolah dan universiti ni.. ramai da kawen.. tak kurang jugak yang dah bertunang dan bakal menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat.. alhamdulillah. tahniah buat kalian (T_T saya juga yang masih single ye heeeeee )

RAYYAN ZAFRAN nama sikecill comel ini...  moga kamu menjadi anak soleh ye sayang

  
tiba-tiba teringat... si kecil ini la yang dibawa rakan kami dalam perut.. pegi kelas, harungi test, event. sungguh pengorbanan seorang ibu terlalu tinggi nilainya.. tiada kata yang terucap.. tahniah untuk si mama awin.. kerana berjaya mengharungi ujian ini dengan tabah... semoga anak ini menjadi anak yang soleh.. dan semoga saya juga menjadi anak yang solehah.. menjadi bakal ibu yang solehah. =) 

we visit our rayyan ^_^

 the aunty ^_^

Sunday, December 25, 2011

hijrahkah saya?

Assalamualaikum dan selamat petang…

Jam digital menunjukkan pukul 6.54petang.. dan saya masih lagi ralit berteleku di bangku ini.. sambil jari lincah menaip butiran huruf ini…  alunan bacaan ayat suci al-Quran dari masjid negeri, Shah alam memberikan sedikit ketengan kepada hati saya yang sedang runsing,.. 

Keletah kanak-kanak dan sibapa bermain di padang ini kadang-kadang turut membuat saya tersenyum. Sungguh saya rindu pada zaman kanak-kanak saya.. membesar sebagai kanak-kanak kampung memberi saya pengalaman yang banyak.. =)


Petang ini saya pilih untuk beriadah di sini… walhal.,..pada awal saya keluar dari rumah saya masih tidak mempunyai lokasi untuk dituju. Saya hanya mengikut langkah kaki ini  membawa saya..
Hati bergolak. Jiwa ini seakan sudah mulai tenang.. memujuk hati menerima ketentuan seredha yang mampu.  Walaupun, sebenarnya… saban dinihari saya sendiri gagal mengawal esakan saat terjaga dari tidur. Sungguh perit ini gagal saya singkirkan sepantas kilat dari hati saya.. ianya sungguh terkesan.

Kalau sebelum ini, tugasan wajib saya ialah menelefon mak saya.. berborak itu dan ini.. tapi tidak untuk 3 hari kebelakangan ini..  saya seakan tiada kudrat untuk berbicara dengan beliau. Bimbang kalau-kalau air jernih ini mengalir tanpa sempat diseka lantas mengeluarkan esakan yang bakal menggusarkan hati si ibu. Lalu saya memilih untuk diam dan menunggu hati saya pulih dan kuat.
Meski saya sendiri akui… dugaan yang sedang diberikan kepada saya tidak lah seberat mana pon… tapi saya masih tercungap menahan lelah menepis dan menadah “semua itu” dengan kudrat yang entah berapa banyak lagi sisanya..

Mengenang wajah si ibu… dengan sinar mata yang meyimpan seribu rahsia kesedihan hati ini menebal. makin sebak dan sayu. Masih terngiang pesanan dan nasihat tulus dari si ibu.. agar saya tidak leka dan lalai menjalani hidup sebaga muslim dan mukmin. Mahukan jannah sebagai balasan dan hadiah dari ALLAH di sana nanti.. ternyata penghijrahan ini sukar.. penuh pergolakan dan kerumitan. Meski hati sentiasa memesan agar sentiasa kuat dan redha… tapi terkadang masih rebah tiada kudrat menahan musibah. ALLAH.. musibah yang diterima ini.. ianya fadilatkah??  Andai ia fadilat, aku rela terus menerinya demi penghijrahan ini..  
Perasaan rindu, sedih dan runsing bersatu saat ini.. membuat kekuatan yang saya cuba sandar semakin goyah dan bimbang ianya rebah.
Pergolakan itu juga membuat saya menjadi seorang yang tidak mudah mengaku kalah. Walhal hakikatnya.. saya sendiri tiada kudrat menangkis kesukaran demi kesukaran yang menimpa kami.. pergolakan itu membuat saya yang dulu, hilang sifat lembutnya.. tinggallah ego menapak dihati.. pergolakan itu turut mengheret semua perasaan. Kadang-kadang saya menjadi seperti seorang yang berhati kering. Tidak mudah menistiskan air mata meski saat itu saya dirundum kesedihan kehilangan orang yang tersayang.. lalu perasaan ini juga mendera saya.. membuat kehilangan nilai-nilai kesantunan. Membuat saya hilang nilai kefahaman terhadap kesusahan orang disekitar saya.. turut membuat ego saya sekali lagi melambung tinggi.. tidak mudah menyerah walaupun hakikatnya saya perlukan pertolongan orang..

Namun. Ada sesuatu yang telah membuat saya tersedar, yang saya perlu buang keegoan saya itu jauh ke jurang dalam. Saya perlu mengakui yang saya juga manusia yang punya hati.. yang kadang-kadang apabila sedih saya perlu menangis.. apabila bahagia saya perlu tersenyum. Apabila sukar dan tidak mampu saya perlukan pertolongan orang.  Nahh.. ini adalah fitrah yang selama ini saya cuba nafikan..  yang saya cuba selindungkan segala kesedihan daripada dketauhi orang terdekat saya.. Tanya sahaja kepada ahli keluarga saya.. pernah mereka melihat saya menangis sekali pun dihadapan mereka?? Tentunya tidak jawab mereka. Saya yang dulunya egois ini.. mana mungkin bisa membiar titis-titis kesedihan mengalir dihadapan mereka!!dan hingga saat ni pun,, masih belum pernah saya tunjukkan saya sedang bersedih.

sesuatu” yang berlaku ini juga punyai hikmah.. yang menyedarkan saya.. bahawa hakikat kehidupan yang saya tidak patut lupakan ialah.. perkongsian nilai-nilai hubungan kerohanian dengan TUHAN dan keluarga. Lalu saya mula menyedari.. bahawa saya yang ego itu sebenarnya lemah lagi tidak terdaya.. saya yang bengis kononnya sebenarnya punyai perasaan sebaliknya.. pelajaran yang saya dapat dari “sesuatu” itu sebenarnya terlalu mahal nilai harganya.. tidak mampu saya perloleh dari mana-mana sekolah didunia ini.. lantaran itu, saya palingkan hati saya pada DIA… menyerah tunduk penuh keinsafan.
Moga ada lagi peluang untuk saya dalam penghijrahan ini.
Moga saya terus diberi NUR oleh ALLAH..
Moga saya terus mendapat cinta murabbi..kerana hati ni sebenarnya terlalu rindukan RASUL..kekasih ALLAH..yang juga pernah merindui umatnya sebelum kewafatan baginda.. walhal.. baginda belum pun bertemu umatnya..diakhir zaman ini. ~~sungguh mulia cintamu padaku MUHAMMAD RASUL ALLAH..~~
Moga saya adalah umah yang bertaqwa, yang pernah dirindui Nabi suatu ketika dalulu.. amin..



Pss: tertunai jugak keinginan nak makan californian almond, =) alhamdulillah 


~~dataran, Shah alam~~
sesegar kuntuman nailofar, ingatanku padamu kekal begitu ^_^

Tuesday, December 20, 2011

californian almond

asslamualaikum dan selamat petang....


ari ni mood saya touching lebih sket.. biase la tgh-tgh bulan ni ade hari yang bt mood takmenentu..
da 3 minggu saya teringin nak makan big apple.. -- californian almond--
da 3 kali jugak sy pegi donut tu abes.. mood keciwa dan patah ati,..
kadang-kadang sy balik keje lewat malam.. ternyata la kedai tu da tutup kan.. so
HAMPA LAGI
waktu kerja berlambak di ofis ni,. saya lupa skejap.. tbe-tibe ni datang balik rasa teringin tu.. uhuk 
sob sob.. duk usha-usha gamba donut-donut tu.. mmg mendera perasaan sendri kan.. 
terus tertouching sendri hahaha sebak..emosi mmg tak stabil time cam ni.. nak makan itu ini..mcm2 ragam (tak tau motif tibe-tibe nak sebak bagai walhal sbb tak dapat makan big apple je pon.. eee geli je kan wuwuuwuuuuu
 ini adalah objek yang mendera perasaan saya T_T californian almond (badam suda :P )
 
OK TITIK..

Monday, December 19, 2011

tak sabar nak balik

assalamualaikum dan selamat malam...

petang ni tibe2 ade seorang ni buat mood saya "terbang" tiba-tiba...
eee faham tak awak tu da banyak kali buat kami macam ni..
faham tak????
faham tak tindakan sangat tak beretika dan bole mengundang rasa "terhina" kepada orang yang terkena..
awak faham tak yang awak selalu buat kami jengkel??
kami bukan tidak berotak sampai awak perlu herdik-herdik..
motif? nak tunjuk hebat?? I DONT CARE!!! nak tunjuk hebat sangat?? yes take it awak hebat.. amek la SEMUA KEHEBATAN TU!!

buat pertama kali, sy mengigil menahan marah.. cepat-cepat istisghfar... dan bangun dari tempat dudukk.. ALLAH.. bisik pada hati ini.. jangan biar amarah memuncak..

ok tak nak cerita pasal beliau lagi...

disebabkan itu juga,, hati saya terus MEMBUAK-BUAK dan MERONTA-RONTA nak balik kampung...

 tgk jam, 5.28 petang.. ok da lepas waktu kerja... mari pulang..
alahai,... da jenguk kat luar.. tengah gerimis..
tapi tetap saya abaikan..dan terus memecut laju moto kesayangan saya...
DAN
TARRAAAA

GOT IT... 

saya dapat jugak beli tiket...  
uhuuu HUJAN... 
balik dengan basah lencun.., xpe demi tiket.. berhujan pon takpe..=)
da bebulan tak balik kampung... tak sabar nak jumpa mak..
sy harap saya tenang sket lepas jumpa mak saya.. =)





Wednesday, December 14, 2011

battery exhausted

assalamualaikum dan selamat malam..

saya baru je sampai dari selayang.. jumpa classmate.. amek report yang telah di marking oleh lecturer dan perlukan pembetulan sebelum dihantar jumaat..

subahanallah,.. penat tak terucap, balik ofis sekitar pukul 7mlm.. solat magrib dan gerak terus ke ktm padang jawa.. sampai di stesen batu cave 9.30 malam. xsampai 30minit jmp kawan saya,.. dia terangkan apa yang saya perlu buat dengan laju dan pantasnya... sbb takut tlepas train pukul 10.05mlm..
saya terus bergegas ke atas, beli tiket dan balik. 11.58mlm sampai stesen padang jawa.. begegas balik rumah..

kadar kepenatan sangat tinggi.... limit tenaga yang saya gunakan maximum.. huhuu
dan sekarang berperang dengan report. T_T, owh masa sangat mencemburui saya.. keletihan menguasai minda,

this is the last stage for degree, i need to sacrifice my time. my energy, my social time, my sleeping time. i hope i stay strong enough for it.
battery exhausted  -------> charging for 2hours. and wake up back for this report.

untuk kawan-kawan yang sedang gigih, chaiyok2,..
untuk saya yang xberapa mampu gigih.. selamat bertahan. a reward waiting for u. =) keep smile.

doakan saya, pelajaran ini amanah saya,. moga amanah ini menjadi ibadah.
ibadah yang diberkati ALLAH...amin

0052am_15122011

Monday, December 12, 2011

event da selesai

assalamualaikum dan selamat petang.,
alhamdulillah.. masih diberi ruang oleh ALLAH untuk menumpang dibumi barakah ini...

semalam event da selesai.. alhamdulillah.. syukur.. walaupun saya tak rasa event tu berjaya di manage oleh saya tanpa team saya yang bagus.. saya tetap bersyukur kerana dapat peluang sebegitu.
event tu da pon berlalu.. bermakna saya sudah tidak lama lagi disini.. hanya ada lebih kurang 2minggu untuk menghabiskan sisa-sisa praktikal disini.. meskipon tempoh menjalani praktikal ini banyak perit tapi saya heppy dengan sebahagian team saya.. sokongan padu anda sungguh saya hargai. tanpa anda.. saya tiada apa.. =)

maaf saya tak dapat memberikan sumbangan yang banyak seperti mana kalian berikan untuk event tu..
apa pun.. terima kasih untuk anda.. atas kenangan ini.

Tuesday, December 6, 2011

penghargaan sebuah ukhwah.

assalamualaikum dan salam dini hari.. (errr. ade ke heeeeeee)

jam digital telah menunjukkan pukul 3:17 pagi. saya masih bertungkus lumus menyiapkan  report.
hari ni satu hari saya diam.. kawan-kwan kat ofis pon tegur muka saya sangat teruk dan nampak penat.. owhhh sory...  hari ini saya pilih untuk diam. perasaan penat dan sedih bercampur.. jadi saya pilih diam.

semalam, saya balik agak lambat dar ofis, hampir 11 lebih baru saya sampai umah. gara-gara itu saya kepenatan, namun terpaksa menyambung tugasan yang tak selesai.. kepala sy semakin memberat dan bedenyut.. tapi saya tak  ada pilihan..makan ubat dan teruskan kerja...

faktor-faktor ini jugak mungkin membuatkan saya rasa terlalu letih.lalu " termenangis"

- saya terlalu takut tak dapat siapkan semua tugas yang lecturer bagi sebelum kamis. 
- saya tak cukup waktu nak buat semua tugasan praktikal dan company dalam satu masa yang ditetapkan
- saya takut tak dapat jayakan event 3hari tu dan tak dapat beri komitment yang bagus
   (yang ni saya memang benar-benar takut)
- saya tak sihat + tak cukup tido+ tak cukup rehat
- saya rindu mak saya (S.A.N.G.A.T)
- saya rindu die :p :p  (heeeeeee ok gurau je.. sila tampar saya laju2)
- saya rindu nak buat kerja dengan rakan sebilik saya (rindu ama sangat2)

semua bnde ni simple.. tapi tah kenapa saya jadi sangat senstif.. dua malam sy menangis.. sebab yang tak dapat dikenal pasti huhuhuhuhu
semalam saya puasa tuk 9 dan 10 muharam... sebelum ni kalau saya tak dapat makan terus time berbuka xde masalah.. tapi kali ni.. saya rase sedih sangat sbb tak dapat makan time berbuka.. just minum air je.. then terpaksa rushing pergi beli barang tuk event. (mungkin emosi sy senstif bila saya lapar.. owhhhh ciri-ciri orang gemok mmg macam ni ke?) wuuuuuwuuuuu
tapi bila saya puasa, saya rasa saya lagi ok. walaupun saya banyak diam sbb tak larat nak bercakap (padahal takut menangis kalau bercakap)saya rasa lebih ok bila saya puasa,.. =)

tadi saya baru lepas cakap dengan mak saya..lepas call mak saya, saya rasa sangat lega dan lebih tenang.. (she is the best ever in mylife) love so much. mak agak bising sebab waktu kerja saya agak melampau bila mencecah lewat malam... tapi dia faham saya tidak boleh kata tidak kerana sedang praktikal.. dan mak saya sememangnya telalu faham anak die sangat workaholic. mak saya juga ada bagi beberapa surah serta doa dan zikir yagn saya perlu amalkan untuk ketenangan dan permudahakan urusan saya.. TERIMA KASIH MAK!!! this is the main reason why im realy need u.

tadi jugak saya baru lepas jumpa dia. anda, tq sbb sudi temankan saya makan walaupun da lewat dan saya nampak awak penat. sory. saya rasa lebih tenang dan neutral lepas cakap dengan awak. i have no word to say.. THANKS and  plis stay with me.. because im still need u. (honestly). saya akan cuba buat seperti yang awak maksudkan.. im try my best. tapi part yang awak dapat jangka dan tak terkejut saya menangis tu sy memang musykil.. tapi saya abaikan since awak tak nak jawab. (sangat perahsia kan.. it ok). psss: ALLAH.. syukur dan terima kasih kerana menganugerahkan dia sebagai sahabat saya.
sy memang rindu awak, hahaha tanpa segan terpaksa mengaku. i miss ur word. (mmg sah kali ni bbetol ape yang awak cakap. awak da santau saya guna asap kan?? sbb tu asyik teringat je :p hishhh keji)
ini bukan pengakuan cinta.. tapi ini kisah penghargaan sebuah ukhwah. ukhwah yang ALLAH beri kepada saya ini seperti anugerah. kerana dalam ukhwah ini ada banyak fadilat untuk diri saya.
awak , yang sentiasa menegur dan memberi panduan kepada saya.
awak, yang tak pernah jemu dengar celoteh saya. (hahaha dengar sy nangis musti part yang paling annoying kan haha kesian kau :P )
awak yang tak pernah jemu keluarkan saya dari kesedihan dan kesusahan
awak yang membuat saya tersenyum meski saat itu saya sedang menangis..
awak yang mengingatkan saya tentang matlamat hidup adalah untuk mati
(persiapan kematian menuntut pengorbanan kan =)
awak yang tak pernah jemu menjadi cikgu mengajar saya itu dan inI..
yang kadang-kadang menjadi abang yang marah si adik buat silap. 
awak yang buat saya tenang hanya dengan memandang awak, meski tanpa kata
awak, orang yang membuat saya jujur mengatakan perasaan saya. tanpa selindung.
TERIMA KASIH AWAK
jadi mana mungkin saya tidak bisa mengatakan yang ukhwah ini adalah anugerah. ukhwahfillah yang yang nilainya saya tidak mampu tandingkan dengan apa pun --sabahat--  please keep stay with me ~~full of hope~~

saya rasa semakin tenang.. alhamdulillah. tinggal lagi usaha saya perlu lebih gigih dan kuat untuk memastikan semua event ni berjaya.. ALLAH... TOLONG MUDAHKAN URUSAN SAYA..
tinggal lagi sokongan dari team saya yang sememangnya amat saya perlukan untuk menengur dan memberi tunjuk ajar.. tinggal lagi semangat saya perlu kental untuk berjaga hingga dinihari dan korbankan masa tidur saya untuk report dan research,.
bertahanla untuk minggu ini sahaja.. bulan ini sahaja..
hanya minggu ni sahaja saya terpaksa tidur 2-3 jam.. tolong bertahan.. dan jangan demam lagi.
ALLAH.. terima kasih keranan terus memberi saya kekuatan dan kesihatan untuk saya menyempurnakan amanah ini..
Terima kasih kerana menganugerahkan seorang ibu yang tidak pernah bosan berdiri bersama saya..
dan
terima kasih kerana menganugerahkan perasaan ini.. walau hanya untuk sementara. tapi saya rasa lebih tenang dan bahagia..
terima kasih kerana menganugerahkan ukhwah ini
terima kasih kerana masih menitipkan rasa syukur dalam hati saya..

ALLAH.. tiada cinta yang dapat menggantikan cinta selain cintamu RABBI..

mari menyambung report..
sekian.. wallahualam

~~sesegar kuntuman nailofar, ingatanku padamu kekal begitu ~~
07122011_03:48am

Monday, December 5, 2011

im really need her

assalamualaikum. selamat malam

jarum jam menunjukkan pukul 12.42 pagi.. sy sedang berkira-kira. mahu mengerah idea menyiapkan research ataupun report praktikal dulu...
penat.rindu.serabut. semua bercampur menjadi satu iaitu sendu.

dah beberapa hari saya terpaksa stay back kat ofis sampai pukul 1pagi.. siapkan kerja. hari ni sy balik awal.. hampir pukul 10.. tu pun selepas selesai membeli barang-barang tuk event kamis ni..
ari ni saya bebuka dengan seplastik air je.. waktu sgt jeles dgn saya nampaknye..
minggu ni sy bekejar tuk setlekan 2 event.
satu dinner iaitu pada hari kamis, dan event kedua, team buiding di port dickson jumaat hingga ahad. ditugaskan untuk menggalas amanah "project manager" makin membuat saya cuak dan gerun. bimbang kalau2 amanak tak terpikul. T_T.
minggu ni juga, saya perlu setlekan report praktikal "complete with print out" research "untill chaper 4 with complete data for spss"sebelum jumaat,

saya da abiskan banyak masa saya dengan kerja-kerja di ofis.. kemudian jejak kaki kerumah setelah jam menginjak melebihi jarum 12mlm.. mana lagi kudrat minda yang mahu kerah untuk menolong saya mengarang dan menganalisa "research" ALLAH.... tolong.. aku mohon kekuatan-MU.. benar-benar mohon.

saya rasa benar-benar rindukan mak saya sekarang. saya perlukan dia. S.A.N.G.A.T.
kalau ada pilihan saya nak balik umah sekarang jugak.. nak jumpa dan pinjam bahu mak!!
sy rasa letih. letih yang teramat..
ohhh no
1
2
3
im crying..
cant avoid it.

sorry

(pesanan untuk diri: tolong bertahan. hanya sedikit waktu sahaja lagi)

Monday, November 21, 2011

mengaum lagiiii harimau muda!!

assalamualaikum..

21.11.2011 menyaksikan kemenangan HARIMAU MALAYA .. alhamdulillah.. rimau muda mengaum hebat di indonesia... SYABAS!!! bergegar seksyen 7 tiap kali bola dirembat ke gawang lawan..  mahupun cubaan lawan menghapiri gol malaysia... aura kuat seperti berada di Stadium Gelora Bung Karno!!!!!

bederau darah saya tiap kali cubaan menjaringkan gol dilakukan oleh puak garuda!!!! fuhhh fahmi memang terbaekkk.. perlawanan kali ni MANTAP!! bederai jantung gara-gara bola malam ni.. ini lah betol2 aura final!!!
apa pun.. syukur rezeki memihak pada MALAYSIA juga seteleh mereka berjuang habis-habisan untuk malaysia.. semoga mereka selamat sampai di LCCT 2.30 pagi nanti.. selamat pulang harimau muda. =)

SYABASSSS UNTUK HARIMAU MUDA!!!! AUMMMMMMMMMMMMM

(psss: da la tu kutuk si Fakri tu.. kesian die,. heheehheeheh Fakri buat sy rasa geram sangat,,naseb baek la rezki kita malam ni yeee) peace.. sayang MALAYSIA 

Wednesday, November 16, 2011

tolong saya buang perasaan ni bole ke x?

assalamualaikum. salam ukhwah untuk sahabat seperjuangan..

ari ni bertarikh 15november.. minggu ni saya agak sibuk dengan persiapan untuk 2event.. event hi-tea di uitm (17/11/11) n dinner di summit hotel (20/11/11). menjadi project manager tuk event ni buat sy sedikit gugup tapi dalam masa yang sama xcited sbb berpeluang belajar sesuatu yang baru.

saya sentiasa berperang dengan waktu.. jujur sy penat. tapi sy mesti gigih!!
ada beberapa perkara yang saya perlu "complete"kan minggu ni
1) preparation tuk hi-tea n dinner
2) distribute questionnaire tuk research. key in data used spss n pilot test.
(owhhhh sy memang xcukup masa..help)
3) as usual be a part time worker at kfc.. (tired)

baru saya sedar rupanya saya sangat "WORKAHOLIC"
berperang dengan waktu dan duit tidak membuat saya lemah dan mengalah..
tapi saya ada satu kelemahan yang saya fikir saya perlu CEPAT-CEPAT di asingkan daripada hati saya.
kelemahan saya adalah soal H.A.T.I


entah tidak tahu mengapa saya terlalu anti "kecurangan"dan "penipuan".  kisah demi kisah cinta yang bersulam "kecurangan" dan "berinti" penipuan buat saya jengkel akan sesuatu ini.. lagi-lagi peristiwa ini berlaku dihadapan mata saya. bagaimana saya terlalu anti terhadap orang yang berjanji itu dan ini dengan pasangan disana, sedangkan disini hebat menyulam asmara bersama pasangan lain. ouchhhh hate it!!!

saya memilih blog ini sebagai medan luahan saya kerana saya takut bicara lisan saya memberi kesan langsung akan hubungan saya dengan mereka. saya bimbang bicara saya mengjengkelkan mereka sedang saya sendiri punyai kilaf yang xmampu saya betulkan. jadi inilah nota-nota kehidupan saya.. tempat saya berkongsi cerita.. menjadi penglipur lara untuk kepuasan diri.

saya telalu menghargai cinta. (maaf, ayat saya pada kali ini telebih puitis lantaran hati yang memandu..penulisan ^_^ sila jangan pitam dulu) kerana bagi saya, cinta adalah anugerah ALLAH kepada manusia. dan kerana cinta kita hidup bahagia andai ia disandarkan pada ALLAH.. saya terlalu menghargai erti kesetiaan, kerana saya tidak bisa ada dalam hubungan yang penuh pendustaan. lantaran itu juga. saya terasa seperti hati saya dikoyak-koyak oleh mereka saat mereka curang terhadap cinta. ini adalah pengajaran kepada diri saya supaya tidak buta pada cinta. ini adalah landasan kepada saya supaya tidak terlalu taksub dengan cinta manusia hingga bergelumang dosa dan noda. ALLAH.. saya takut hati saya diselubungi cinta yang disulam hasutan iblis yang dilaknat.

saya bukanlah hebat untuk mempertikaikan hubungan cinta mereka. pun saya tidak layak untuk mengatakan tentang sesuatu yang bukan hak saya. cuma, apa yang saya mahu bicarakan disini.. saya tidak mampu menahan rasa sedih ini.. saya tidak mampu bergelak ketawa menyaksikan keintiman sikekasih ini sedang saya tahu ada insan yang terluka lantaran perbuatan "cinta suci" mereka.
kerana perasaan sebegini.. saya hati saya menangis hampir saban malam.padahal ianya tiada kaitan dengan saya,. saya tidak tahu mengapa, saya boleh menangis kerana perkara remeh seperti ini. T_T dan sampai hari ini.. saya masih merasakan kesan ini terhadap hubungan kami. sungguh saya tidak dapat menyembunyikan kejengkelan ini. itu adalah kelemahan yang perlu saya betulkan secepat mungkin. saya mesti singkirkan rasa tidak enak ni laju-laju dari kotak hati saya. mungkin saya terlalu memikirkanya setelah saya terlibat dalam hal mereka secara tidak langsung.. ~`pengkhianatan perasaan~~
hidup ini tidak pernah akan berakhir dengan masalah selagai kita bergerlar khalifah. =) semoga saya sentiasa dipilih ALLAH untuk diberi kesabaran yang luar biasa.

~~saya sangat berharap dan xkan henti dari berdoa supaya ALLAH menganugerahkan saya perasaan cinta yang bersandarkan DIA.. saya tak kan henti berdoa supaya ALLAH menganugerahkan pasangan yang selayak dengan saya~~ 
~~ALLAH, anugerah cinta dan sayang dariMU membuat aku terlalu menjaga ukhwah ini. 
~~ALLAH.. jangan pernah biarkana aku leka dalam cinta diluar landasanMU.. 
~~ALLAH jagalah hatiku saat aku alpa pada Cinta yang kau pinjamkan

Wednesday, November 9, 2011

antara dua

assalamualaikum.. selamat pagi pada anda sume..

hurm.. baru-baru ini sy ada bercakap dengan mak sy mengenai sesuatu topik yang agak ermmm tegang ehh serius... ini untuk kali pertama barangkali sy berbicara jujur dan telus mengenai perasaan (alamak tibe2 jadi pemalu depan mak)
satu petang tu.. hari raya ke-2 tuk aidiladha..
saya lepak dgn mak saya (wahhhh lepakkk gituuw) sambil tu mak mencantas rambut sy..
borak punya borak.. tibe2 sy teperanjat.. tengok rambut sy da ilang dari kepala..
adehh... padah!! da selamat dikerjakan sampai pendek..
my mum is hair stylist grrrrrrrrrrrrr

ok jom berbalik pada topik asal tadi..
sambil beliau mencatas2 rambut sy, mak sy menanyakan beberapa soalan yang buat sy tiba-tiba tertunduk malu (ehemmm sopan la tu konon) owh tidak.. sy bukan malu sebenarnya.. tapi ngilu. =)

mak menanyakan soalan mengenai hubungan saya dengan "dia" (dia disini adalah seseorang yang pernah menghuni hati sy.. ahahahah ayat mmg xleh blah)
adehhh soalan ape ni???
saya cuma jawab, saya mahu menumpukan perhatian pada kerjaya (hahahah bapak menipu jawapan kannn)
hurm.. setelah agak lama sy biarkan keadaan tu menyepi.. kemudian saya sambung balik jawapan tu...
mak, bagaimana kalau saya katakan sy hanya bole terima "dia" sebagai kawan je untuk waktu ni..

~~kenapa~~
owh.. soalan kenapa yang diajukan?? jadi apa jawapannya?? dan sy diam lagi..

~~atau dah ade orang baru??~~
~~dah ade orang lain ke??~~
soalan ni lagi pedih.. ehheheehheehhe

~~begini la mak.. lepas apa yang dah berlaku antara kami.. saya rasa kami lagi selesa berkawan~~
(tibe2 sy rasa sy sedang hafal skrip hahahahah )
~kalau jodoh saya dengan dia..suatu masa nanti sy pasti dengan dia..~~
~~tiada sesiapa yang menggantikan dia buat waktu ini.. tapi secara jujurnya.. sy sedang berkawan dengan seorg lelaki.. dan dia baek. menyenangkan.speical~~


ternyata mak saya menunjukkan reaksi yang agak terkejut.. mungkin sbb ini kali pertama sy mengaku berkawan rapat dgn lelaki selain "dia" selepas 8thn..


~~dah lama kenal lelaki tu?? apa nama??~~


~~tidak la terlalu lama,. tapi memadailah untuk membuat saya rasa sangat selesa untuk berkongsi sesuatu~~
~untuk meletakkan sedikit rasa percaya pada dia~


dan saya menjawab soalan demi soalan dari mak sy dengan telus tanpa selindung.. menyatakan perasaan sy pada "dia" dan lelaki itu.. padahal saya sendiri tidak tahu apa sebab sebenar saya menceritakan perihal lelaki itu kepada mak sy. dan mak saya menerima alasan saya,..cuma dia menyuruh saya istikharah sampailah saya mendapat jawapan yang saya perlukan.. baek mak.. saya kan buat..


tapi ada satu soalan dari mak yang membuat saya berfikir sampai hari ini..
~~kau tak kesiankan die ke??? da lame die tunggu, xkan macam ni je penghujung. korang pon da lame kan.. mungkin perlu bincang baek-baek sebelum buat keputusan ni~~


terasa seperti dihempuk belakang ni supaya cepat tesedar.. ahahahahhaha
kesian??  sy mengambil keputusan untuk tidak menjawab apa2.. diam dan diam lagi.

kemudian sy memandang mak sy..
~mak, macam ni la.. buat masa sekarang, perasaan sy neutral, tidak mempunyai perasaan yang serius tentang perkahwinan lepas apa yang belaku. 
sejujurnya... saya sedang mencari orang yang serasi dengan saya.. 
orang yang saya boleh jadikan suami untuk mengimamkan keluarga saya, 
suami yang boleh mengimamkan solat saya dan yang boleh menjadi tempat rujukan waktu-waktu saya sukar dan senang. 
~yang cintakan agama ALLAH melebihi segala.. yang cintakan rasul dan nabi melebihi segala. yang cinta pada agama sampai tiada tolok lagi.
~ memang susah untuk mencari lelaki itu, jadi saya sekarang sedang mempersiapkan diri saya.. membaiki cela dan kilaf sedikit demi sedikit untuk mendapat yang layak seperti yang saya nyatakan.insyaallah.. 
~~memilih "dia" bererti saya juga perlu persiapkan diri saya sebaik yang mungkin, bukan bermakna disini sy menolak dia kerana menafikan jodoh saya dengan dia.. tidak. saya redha kalau jodoh saya adalah dia... tapi untuk waktu ini..saya memilih jalan untuk menjadi seorang kawan~~


waaahh saya kah yang menuturkan bait2 jawapan penuh keyakinan itu.. heheeheheh
~~kalau da ada orang lain.. memang jawapannya begitu la.. mengelakkan..dan memuji yang baru~~
~~bukan. bukan membandingkan.. jauh lagi memuji yang baru... sebab memang tidak ada yang baru setakat ni. kami hanya kawan. sekadar kawan.. diam diam dan diam.. kemudian sy sambung lagi.. kawan yang sedikit istimewa~~


mak saya senyum, dia dah mula mengkaji dan menyelidik "lelaki itu" menanyakan itu ini.. dan saya jawab dengan ikhlas. saya lega kerana mak saya memahami dan tidak menyalahkan saya sepenuhnya atas "terputusnya" hubungan itu. cuma,. dia masih dan tetap menyarankan saya istikharah. 


saya berasa lega lepas bercakap dari hati ke hati dengan mak saya..dia masih guru terbaek saya. =) 
saya masih berdoa moga ALLAH mudahkan urusan saya.. redhakan hati saya menerima apa jua jawapan dari istikharah..

*untuk dia, saya mendoakan yang terbaik untuk kita, dan saya percaya pada takdir ALLAH.. saya juga percaya pada jodoh yang ALLAH tetapkan untuk saya untuk kita
* untuk lelaki itu, saya juga mendoakan yang terbaik untuk anda. anda membuat saya rasa selesa berada dalam ukhwah ini.. ukhwahfillah insyaALLAH.. 
*untuk mak, terima kasih kerana sudi menyokong saya. dan memberi peluang kepada saya memilih jalan yang saya impikan



Wednesday, November 2, 2011

PITAM

assalamualaikum, selamat pagi.. syukur lagi sekali masih diberi peluang untuk melihat hari ni..

hari ini mood sy tak stabil
entah kenapa hati ni terasa sangat sendu.. semendung awan diluar sana

(sekadar hisasan)

bagai diri ini turut disakiti.. 
lemah nadi, seolah hilang upaya.
kesakitan kamu, aku turut rasai. 
tuk anda, sy bahagia disisi anda. 
tapi bila anda gundah.. sy turut mendapat tempias gundah.
sudahnya.. hati ini tidak terdaya menahan sendu

maaf, sy terlalu sygkan hubungan ini..
andainya kami tahu... 
ALLAH.. terus tunjukkan aku jalan. 

T_T

Tuesday, November 1, 2011

it name is miss purple

assalamualaikum n selamat pagi..

anda sume sehat.. alhamdulillah masih diberi kesempatan tuk menempuh hari baru.. SYUKUR pd ALLAH

ari ni sy nak cite pasal miss  PURPLE.
tau tak misspurple tu ape? heheeh

since sy da ade miss PINK sy tegerak ati nak carikan pasangan tuk miss pink,, heheheh
this is miss PINK




and this is the miss PURPLE 
-------> suggested by incek biru hehehe (chareul arias n nur elissa aziana)
thanks for both of them. =)



ehehehh i have my own camera.. =)  like this.. 
camera sy murahan je.. belom mampu nak beli yang mahalan.. tp ape pon.. even murah je miss PURPLE ni sgt special becoz of eheheheheheh (xpe la.. jawapan die senyum je)
tapi xpe  yang penting dapat snap2 n keep it as a memory
miss purle sy syg anda tau.. and u too miss pink 

itu saje.. sory kalo post kali  ni tersyok sendri babaiiiii 

Monday, October 31, 2011

real steel

hello november... selamat pagi n assalamualaikum anda..

ari ni sy nak cite mengenai "real steel"
weekend baru ni ktorg tgk cite real steel.
full seat ok cite ni.. ktorg terpaksa tunggu tuk beberapa hari sebab tiap kali pegi nak tgk seat musti penoh  (time tu mood keciwa sbb tpakse tgk cite lain sbb da alang2 sampai kan)

ok berbalik pada topic entry kali ni.. REAL STEEL.. kali ni sy bagi 7 per 5 bintang... woooweeee cite ni mmg menarik!!! (serius xtipu, xcaye pegi tengok skrang. sekarang jugak )
Hugh Jackman da amek seluruh jiwa sy time tgk movie nih... waahhh gituuww ahhaahah .. ok.
real steel is about life of former boxer (woowww teruja), Charlie Kenton involve in boxing robot fight (style gile)

serius touching... this we call "kaseh ayah tak pernah pudar" (mood: kalau la sy ada ayah =) )
TAPI.. budak lelaki kecik ni.. sgt berlagak k.. hahaahah (like this) sesuai dgn perempuan yang annoying gile.. bajet robot zeus hebat!!! aura kemenangan ATOM (robot max) time lawan dengan ZEUS (robot pempuan annoying tu)

sy tepuk tangan kuat2 time robot ATOM tu menang.. terasa seperti sy turut berada dalam gelanggang tu!!! (gile semangat kannnn)

ok la.. tu je nak cite sal real steel.. PEGI LA TENGOK.. best sgt!! serius xtipu

ok babai anda.. see u again

yang katang perkasa sebelah kiri itu is hero.. :P ok yang  kat tengah tu ATOM.. that kids is superb hero!!

Tuesday, October 11, 2011

24jam terlalu singkat..

assalamualaikum...
entry sy kali ni berkisar tentang waktu.. heeheh (cam bz sgt je kan..)
ok, sejak bergelar "staff" + pelajar nih.. sy rasakan waktu sy begitu singkat. 24 jam tu terlalu sekejap.. bangun pagi.. bt keje, sedar2 da malam.. ehhhh cptnyeeee..

berperang dgn waktu bukan mudah kan.. kt kene agihkan waktu sesuai dgn keadaan, bimbang yang penting terabai dan tak seberapa penting didahulukan..

pagi sy masuk ofis sampai kul 5petang (kalo ikt waktu ofis hour) tp kadang2 terlajak sampai pukul 6 dan lebih. malam pula, sy masih bergelar staff, tp part time. bermula 8-12 malam.. kerja dan terus kerja.. (gigih x saya??) cewaahh poyo je kan.. kehidupan yang amat sibuk bg sy bermula 6.30 pagi dan berakhir 1-2 pagi... selebihnya itulah waktu untuk sy rehat (dalam masa yang sama sy masih terpaksa mencuri waktu tidur ini untuk menyiapkan research sy)

tanpa sy sedar, sebenarnya jadual idup sy terlalu padat.. tp alhamdulillah sy masih lagi bole bertahan dan tidak merasa letih untuk terus bertahan. cuma sy harap kesibukan yang sy sendiri cipta untuk kejar kejayaan dan kesenangan ini tidak membuatkan sy lupa akan hubungan dgn "DIA" kekasih sejati.. sy harap kesibukan ini tidak membuatkan sy lupa untuk bertasbih dan mengaji sebagai tanda mengingati DIA kekasih yang abadi.. ``doakan sy.. ``

kini idup sy lebih tenang.. rahsianya,.. ~~nilai kesabaran~~ sy temui kunci kesabaran ini melalui "beliau" beliau yg sentiasa memberi semangat yg xpernah putus, beliau yg sentiasa ada sewaktu sy ssh dan senang.. beliau yg selalu menegur jika sy silap dan alpa.. kepada beliau.. TERIMA KASEH ini untuk anda. =) mood: bahagia denganmu (hihihihiihi)

selagi kudrat masih berbaki.. selagi itu usaha ini berterusan.. ALLAH, terima kaseh kerana mudahkan urusanku meskipun,. kadang2 aku menangis dalam sujud menyembahMU.. kerana aku mmg tidak bisa hidup tanpa pertolonganMU..

waktu sekarang, 2.28 pagi.. sy mesti teruskan research sy yang berbaki.. membaca journal dan article (GRRRRRR walaupun mata rabak dan meronta2 mintak dipejamkan  hahahaah ) adeh... tinggal berapa "bar" lagi lah  kudrat kerdil ini.. @_@

anda.. doakan sy terus kental dan berlapang dada.. jazakallah.. =) babai..

nnti sy update lg yeah.. teheeee

Monday, October 10, 2011

ianya hikmah

assalamualaikum,
salam ukhwah, lantaran terlalu banyak kerja yang lebih penting, (sila perhatikan bermulaan ayat.. "lantaran") hahaahah sy "berperang" dgn waktu.. rase cam xckup 24 jam sehari..

kepada anda, yang sentiasa ada bersama sy sewaktu sy ssh dan senang. TERIMA KASEH yang tak terhingga tuk kalian..
kepada anda yang sentiasa hulurkan tangan keluarkan sy dari jurang kegelapan.. BANTUAN anda, sy mohon dibalas setimpal oleh ALLAH.. terlalu baek kalian dgn sy. =)

kadang2, sy ter"MENGELUH" lantaran terlalu banyak sgt perkara yang berlaku dalam idup sy, kehadiran kalian saat itu amat bernilai. kalian yang memberi sumber kekuatan, kalian juga xpernah penat memberi nasihat dan bimbingan, semangat yang tak pernah pudar..

keperitan ini mengajar sy sentiasa kuat dan tabah.
tapi, sy masih perlukan anda untuk terus kuat..

mood: heppy dan bersyukur

ianya hikmah

assalamualaikum,
salam ukhwah, lantaran terlalu banyak kerja yang lebih penting, (sila perhatikan bermulaan ayat.. "lantaran") hahaahah sy "berperang" dgn waktu.. rase cam xckup 24 jam sehari..

kepada anda, yang sentiasa ada bersama sy sewaktu sy ssh dan senang. TERIMA KASEH yang tak terhingga tuk kalian..
kepada anda yang sentiasa hulurkan tangan keluarkan sy dari jurang kegelapan.. BANTUAN anda, sy mohon dibalas setimpal oleh ALLAH.. terlalu baek kalian dgn sy. =)

kadang2, sy ter"MENGELUH" lantaran terlalu banyak sgt perkara yang berlaku dalam idup sy, kehadiran kalian saat itu amat bernilai. kalian yang memberi sumber kekuatan, kalian juga xpernah penat memberi nasihat dan bimbingan, semangat yang tak pernah pudar..

keperitan ini mengajar sy sentiasa kuat dan tabah.
tapi, sy masih perlukan anda untuk terus kuat..

mood: heppy dan bersyukur

Tuesday, July 12, 2011

dont talk too much

ape aku nak cakap sekarang. aku sedang mengalami saat-saat keperitan yang perlukan ketabahan dan kesabaran.

~~PEDIH~~

Tak terdaya nak menangis lagi.

xmampu nak tulis lagi. hanya mampu membiar titis ini terus mengalir..


doakan sy kuat T_T

ini adalah soal maruah agama dan bangsa

masih bertepuk tangankah, sedang maruah bangsa dan agama diinjak-injak di depan mata. inikah yang dimahukan oleh saudara sebangsa yang katanya membawa bendera agama. habis berantakan ukhuwahfillah, dan musuh agama terus meludah bergelak ketawa ~~menangislah si mata hati meratap nasib bangsa sendiri berpandu akal dan iman~~ T_________T

memang ini yang direncana oleh musuh agama, menyaksikan saudara islam berantakan dan bermusuhan. harus difikirkan wahai sibijak pandai, jangan terlalu mengikut telunjuk menyetujui membabi buta sedang maruah bangsa sendiri diperkotakkatikkan..

kisah menyayat hati MEI lalu tidak mustahil akan berulang lagi jika talibarut perencana adalah dalam kalangan bangsa sendiri.
ini bukan kisah politik yang mahu saya bicarakan.. bukan sy penyokong PATRIOT ataupun BERSIH.. tp apa yang saya mahu perkatakan, mengapa kita terleka mereka yang merencana agenda ini adalah si petualang yang bukan seagama. sedar ataupun tidak, walau sebaik mana mereka mereka adalah tetap musuh islam kerana mereka sebenarnya mahu menyaksikan kejatuhan islam ditangan bangsa kita sendiri.

ini bukan isu perkauman yang harus diperangi, tapi ini adalah isu agama yang tidak harus kita biarkan terus terusan dipijak dan diratan bangsa sendiri yang buta mana satu pembela dan pembeda.
mereka masih mengapi-apikan kita sebangsa atas bendera berjuangan agama islam, sedang mereka sendiri belot pada agama!!!! nah natijah ini bakal dirasakan semua.. bahana sedang menanti dalam jaga.
itukah yang dicari dan dilaungkan perjuangan bangsa!!!!!!!

maruah bangsa diratah bangsa sendiri,

lagi menyayat hati, talibarut itu adalah si cerdik pandai yang membiarkan diri diperbodohkan musuh islam atas tiket pangkat dan harta.

kalau mahu perjuangkan nasib bangsa, ayuh duduk semeja. mari buat memorandum suarakan melalui landasan. jangan kita biarkan mereka labelkan ISLAM ini agama kekejaman yang mesti melibatkan rusuhan dan paksaan.


NAH, ambil pisau bangsa tikam hatimu andai kamu tidak merasa bahana ini sedang merobek maruah agama dan bangsa kita.
jangan biar mereka meludah atas muka kita gara-gara kebodohan yang kita cipta dan reka dengan tangan sendiri.
tiadalah sebaik-baik mereka bukan islam itu kerana mereka adalah tetap musuh islam pada hakikatnya.. jangan jadi rabun dan buta akan hakikat itu wahai kalian yang mengaku saudara seislam.  dan harus diingat juga, tiada yang dapat melawan saudara bukan islam kerana walau sejahat mana anda perkatakan saudara islam itu.. mereka tetap lebih baek dari saudara bukan islam. percayalah.
jangan biar kita menyaksikan kejatuhan tamadun islam di negara sendiri angkara kita sendiri.

(rupanya darah pahlawan masih mengalir dalam pembuluh darah ini. syukur pada yang berkuasa)

Sunday, May 15, 2011

must go on..

assaamualaikum..

hari ni sy akan balik semula ke puncak alam... HATE IT!!
esk sy start kerja,... kat KFC federal highway... anak sedara sy panggil K.EM.CHI= kfc.. cute kan.. sebutan die.. K.EM.CHI.. EHEHEH
ok.. esk sy start kerja kat K.EM.CHI.... tp.. sy tak rasa excited..
tak tau la nape...
mungkin sbb sy terpaksa stay kat puncak alam lg...
mungkin jgk sbb sy terpaksa tumpang orang pegi kerja...
mungkin jgk sbb sy rasa hati saya da lama balik KAMPUNG..

hurm... sy tak de kenderaan nak pegi kerja,..omputeh sebut transport.. ngeeeee
susah la kalo xde transport sendiri kan.. tak kan la sume benda nak harap pada orang..
tak kan la nak pegi mana2 sume nak suh orang hantakan.. kesian kawan sy tu.. sy terpaksa tumpang die...
S.O.R.R.Y ye pye.. hurm...

tp, sy akan cuba kerja sebulan dulu.. kalau sy rasa terbeban dan membebankan orang-orang di sekitar sy.. sy akan berhenti.. n balik kg... :'( try to find job


kan best kalau sy "berduit" leh beli transport sendiri.. hurm.. sy kesian kat diri sendiri.. moto ade kat kg... tp still xleh pos kan ke sini.. gara-gara sy tak berduit...

DUIT lagi... hish.. do not like it..
i want to get it...

bertahan chale'a..  you must go on.. it for ur life

pray for me fren.. i want be a strong girl

Saturday, May 14, 2011

i am bored

salam sejahtera kepada anda...

mood sekarang ------> B.O.S.A.N

belum sampai seminggu cuti lepas final exam.. saya sudah mula merasa bosan dan sangat BOSAN.
baru 4 ari lepas abis final exam... kunun-kunun sy nak berehat lama...cuti 4 bulan nanti tak nak kerja... hah hambek.. belom sempat ape-ape. dah bosan... (ceit berangan je tu tak mau kerja)

isnin ni da mula kerja.. part timer. lagi 2 hari je incek ISNIN tu nak datang.. tp sy rasa terlalu lama menunggu.. haih... sy memang ~~KAKIKERJA~~ ngeeeeeeeeeee 

dah 2 hari kerja part time sy adalah bangun, online, tgk movie.. masak,. makan dan tido.. kemudian (kemudian?? hahaha ) bangun kembai, dan makan..dan makan..dan tido..dan makan... BUHSAN GILE..
kalau lau duit berkepuk2..semustinya sy sudah terbang ke shopping complex yang berkenaan.. haih...

ade tak superhero nak bwk sy pegi jalan-jalan dan shoppin-shoping ngeeeeeeeeeeee ^_^

nak post entry pon BUHSAN.. haih.. 

so, S.T.O.P it k.. 

tata



(psssspsss,... sy rindu la.. RINDU sangat T_T) 

Saturday, May 7, 2011

diam

8052011...

da lame tak update blog ni.. tp ari ni terasa nak update sbb mood terlampau sedih dan kecewa serta tak de tempat nak share

28/4 - 10/5 adalah final exam...
jadi ni 8/5/2011 adalah tempoh masa sy sedang exam lagi...
FOKUS utama sy nak cakap SY TAK DAPAT JAWAB EXAM TADI :'(
sedih sgt.. SANGAT...

sy harap sy tak repeat subjek ni...

tgh exam ni jgk.. mood sy tak brape stabil sbb hati sy sedang terluka... terluka dengan parah dan sangat dalam..

sebab??

hurm.... tah la.. sy tak mampu nak biarkan lelaki itu melukakan hati ini lagi...
kali ini sy mengambil keputusan untuk diam lagi... diam tanpa bicara..
sy diam kerana sy bimbang sy akan menangis. keep it inside my heart.. and lock it.. i dont want to open it anymore..

sy biarkan status saya menjadi "single"..
kalau sakit ini lebih baek dari bahagia.. sy terima kesakitan ini... =)

sy biarkan takdir yang tetapkan pengakhiran hubungan kt..

kali ini.. sy tekad.. tekad untuk membiarkan hati sy terluka...

sy percaya pada tetapan jodoh oleh YANG ESA, biarkan segala ditentukanNYA..

ALLAH... saat suka dan duka.. aku tidak pernah lupa akanMU.. dan terima kasih wahai kekasih hatiku..
kerana tidak pernah membiarkan aku keseorangan dalam ketandusan cintaMU..



Wednesday, April 13, 2011

MPG

aha... MPG...
bila sy telah dijemput menghadiri MPG.. atau nama panjangnya... MALAM PRA GRADUAN
maksudnya... sy telah menghampiri penghujung "alam degree"..
tema MPG kali ni.. fairy tail... cute kan... ngeeeeeee...
meh tgk gamba kami..


meja 1

meja 2

jejaka ocb55c


aha... proses pendamaian pari dan sihir :P

we are from CSI group =)

tiramisu

witch yang tak berapa nak jadi... ayu sgt

musuh utama grrrrr

laukpauk

grrrrrrrrrrrrrrrrrr


sebelum proces tranform 
wit bunian aka sinderela

hahahaha cute kan :p
ari i post sy tentang gambar dan gambar-gambar je.... hehe
ini kt panggil "saat bahagia datang sekejap saja"
it is a moment to remember...
ktorg gigih pg MPG sedangkan..... waktu tu.,.. ktorg bertarung dengan test dan presentation serta assignment yang tiada sudah...
BRANI MATI SUNGGOH


mood: BAHGIA 

alhamudlillah

assalamualakum...
minggu terakhir atau minggu ke dua terakhir kuliah boleh dipanggi minggu menduga kecekalan fizikan dan mental. =)
waa ayat bukan maen lagi..

minggu ni sy rasa diri sy terlalu sebok dan sebok... tiap detik dan saat sangat berharga... =)
esk hari terakhir untuk kuliah sy... ~~~TERAKHIR~~
waaa tedetik rasa pilu... tiada lagi kuliah untuk pelajar degree... :'(
walaupun letih dan stress berada ditahap maximum... tp sy mampu menarik nafas lega.... esk ari terakhir kuliah dan test... smg sy dapat jawab test esk...

alhamudulilllah...
sy dah dapat tempat praktikal....lecturer yang cadangkan tempat...
walaupun sy tak rancang untuk menetap di bangi.. dan bangi bukan lah tempat perancangan sy...
tp sy yakin hikmah ini... mungkin ALLAH ada rancangan untuk sy yang lebih baek dan bagus...
jadi sy ikut je arahan dan cadangan lecturer sy, merangkap koordinator latihan industri.. =)
time kaseh ye puan... mudahkan urusan sy...


rancangan menetap di shah alam...terpaksa dibatalkan... destinasi seterusnya.. bangi...
alahai... sy sedang memikirkan transport... atau dalam bahasa aahhaah masalah pengangkutan..

grrrrrrrrrrr... @_@

jarak bangi ke puncak alam ni... agak jauh.. kete xde,.. cane sy nak survive.. every week kene datang puncak alam ni hantar report n tesis... tp pe pun masalah ni sy pasti akan ada penyelesaian... ``mudah-mudahan``

ALLAH.. syukur...
mohon dimudahkan urusan

Thursday, March 31, 2011

first time tau..

assalamualaikum..

anda sume sihat??

sy sihat..  kalau anda sihat... mari kt ucapkan alhamdulillah... krn ALLAH Masih memberi kesihatan
ari ni sy tak nak ckp panjang sbb.. sy nak ckp pendek je :P heeeeeeeee
 smlm sy derma darah tau..ini adalah kali pertama sy buat keje nih...
sudah tentu sy rasa sgt teruja dan sedikit ketakutan @_@
jarum tu.. alahai cuak... beso...
.. tp sumenye ok.. sy tak sangka.. darah sy penuhkan beg tu dengan cepat dan pantas.. "waaah cemerlang"..
lain kali sy nak derma lagi.. kalau sihat...

pss: kepada org yang bakal menerima darah sy.. sy doakan anda sihat dan sejahtera... doakan sy jgk.. 

Monday, March 21, 2011

it is a date..




hey anda...
assalamualaikum...

sy sihat.. adakah anda pon sihat.. kalau sihat.. alhamdulillah..

minggu lepas sy ada ceritakan sy berasa begitu stress...lagi stress bila waktu hujung minggu sy dan seorg lagi rumate selalu kena tinggal.. ok
e sy memang penunggu rumah naluri sukma..
mungkin bagi org lain.. tak ade masalah kalau tak keluar kemana-mana waktu hujung minggu...
tp tidak bg sy..
sbb apa sy cakap tidak.. sbb sy stress duk sorg2 tak tau nak buat apa...
kalau duk kat umah kg... @ umah sendiri.. duk sorg pon xpe kan.. pelik..
hurm.. sbb rase bosan dan sangat BOSAN.. sy online online dan siapkan sume keje sy eh xde la sume... separuh keje je ehheeheh.. tgk2 eh eh
.. da pukul 4 pagi... haih.. apsal tak ngantok lg.. sy pon tgk cite kat youtube.. tgk...tgk.tgk... sampai kul.. 6.. alamak... kul 6 pon xngantok lg.. sy pon buat la itu dan ini... then 6.30 tido... kul 8 bangun balik... bersiap untuk keluar

keluar pegi mane?????

tah la... sy tak de hala tuju... tp sy decide nak kuar... heheheh
cam biase... tunggu bas.... bagai nak pitam... ambil masa separuh abad.. dan mengugah sekelumit mood sy yang gumbira di pagi hari.. tp tak pe..
. sy buat tak endah je pasal bas tu.. tunggu dan terus menunggu..
then.. bas sampai...kul 12 baru sy sampai s.alam...

aaa tgk.. jauh kan puncak alam ke s.alam... hampir 2jam lebih.. :P (padahal..nek kete baru 30minit huisssshh)

smpai s.alam..sy terus terjah zurlinda...


ini adalah incek zurlinda :P (heehh sy curi gamba anda ^_^)

sy curi budak ni dan moto budak ni.... huhu mari menuju ke bukit raja...
sy nak sgt tgk cite HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

2minggu sy "mengidam" nak tgk cite nih.. hehehehe.. a
syik penoh je... at last dapat jgk.. rezki kami kan...

sy suke yingying..inang puteri raja cina.. cute.. ^_^ lagi2 part yg die pura2 mati.. ahhaah sweet je mengelat kan..

hah ini adalah merong.. badang sungooh kan


mungkin bagi org lain cite ni bosan dan terlalu lama aksi perang dan memerang... hihihi tp sy suka... sy ulang sy sangat suka...

=)

sy suka bahasa yang digunakan... sy suka bahasa dan sejarah... hehe pelikkan...
di sebabkan dulu.. saya pernah baca buku-buku berkaitan kesusasteraan melayu.., maka sy sgt teruja bilamana sy tahu cerita ini bakal ditayangkan... =)

pada anda yang tak tau dan tak tgk cerita ini... ini adalah hikayat melayu yang bertempat di langkasuka (kedah tua) ceeeehhhhh

bila tgk cerita ini... sy rase rindu zaman skolah..zaman kesusasteraan melayu... zaman sajak..zaman debat dan pidato... sungguh sy rindu...
sy rindu pada ungkapan "mari kita berganding bahu mengangkat martabat ummah"

kepada anda si pencinta bahasa seperti sy.. moh tgk cerita ni... best hehehe suke suke je promot kan...

usai tgk cerita ni.. sy kembali merempit ke shah alam.. dan bergegas ke puncak alam.. kota keSTRESSan.. uhuk.. hati sy tidak rela untuk melangkah..tp sy gagahkan juga demi tuntutan ilmu.. (cewwwaaahh ayat.. bukan main lagi.. ) pssss skrip ini ditulis dibawah pengaruh hikayat merong mahawangsa

oke... stress sy hilang serta merta.. setelah berjumpa dengan si zurlinda,... dan berdating bersama merong sibadan..perkasa.. bahahahah

kepada si zurlinda... terima kaseh kerana sudi berdating dengan sy... :p

sekian sy melaporkan... tata..

Tuesday, March 15, 2011

sy pilih untuk diam

assalamualaikum...

jarang betul nak post entry baru sekarang ni...keadaan terlalu tidak mengizinkan...
S.U.N.T.U.K.

terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh terdekat ni..

10.3.2011 ----> event group kami...

selebihnya.. sudah tentulah rutin wajib,.. menyudahkan assingment, group project.. study untuk kuiz.. hurm.. banyak lagi la.. selagi bergelar pelajar kan.. HARUSlah... terima.. tugas-tugas tersebut.
tp seperti yg sy maklumkan... 10.3.2011 adalah event kami... dan sudah tentu banyak sgt kerja2 yang perlu di bereskan..., sebelum hari berkenaan... walaupon sy hanya menguruskan bahagian "food and baverage"... yang ramai anggap kerjanya mudah dan selalu dipandang E.N.T.E.N.G
sungguh... penangan "food and baverage" terkesan sampai hari ini...

mari sy senaraikan kejadian demi kejadian sebelum, semasa, dan selepas event tersebut,

--> SEBELUM
sebelum event... bahagian food and beverage tak de la sibuk macam bahagian lain kan... tapi.. sehari sebelum event, kami la paling sibuk sbb terpaksa masak untuk student seramai 180 org... gara-gara bajet dari pihak uitm tak cukup. markas kami semestinya bertempat di rumah sy... haaaa rumah sy bertukar menjadi seperti kapal pecah...

apa yang lagi mendukacitakan... sy demam sehari sebelum event... alahai.. pakej.. demam, sakit kepala... selesema.....

--> SEMASA

sy gagahkan jugak... walaupon waktu tu, kudrat sy hanya di hujung tanduk je lagi... kalo ade sy ada pilihan,.. sy akan lepaskan tugas sy.. pada org lain... tp.. sy tak de pilihan...

HAIH MAKCIK CATERING BUAT PERANGAI.
anda-anda sume tahu tak.. makcik catering yang kami tempah tu buat perangai hanta makan lambat dan sebagainya... kerana itu jgk.. kami terpaksa tempah kafe anggerik kat uitm.. untuk makanan VIP.. (beban ini sy tanggung sampai hari ini) maaf ye kawan... sy da terguna duit lebih.. ini adalah kilaf sy.

peristiwa demi peristiwa yang berlaku pada hari event.. memberi kesan pd sy khasnya...
hingga hari ini.. perkara ini.. sy tak dapat singkirkan dari hati sy... jadi sy pilih jalan untuk
DIAM.DIAM.DIAM dan DIAM...
biar diam ini yang pulihkan hati sy..

anda yang berkenaan...
tiap kata dan perbuatan anda,.. masih berlegar diminda sy... sy fikirkan berteraskan hati dan akal waras sy... sy cari mana relevant kata-kata anda.. tp sy gagal menafikan kegagalan anda mengawal emosi... dan sebenarnya.. anda juga barangkali gagal "mengawal kewarasan" yang anda perkatakan itu.. =)

tp anda jangan risau..
sy pilih untuk tidak menyangkal kata-kata anda..
sy pilih untuk diam dan terus diam...
kerana sy tahu.. tiada kudrat di tangan sy untuk mengubah ego yang sedang bersarang di hati anda...
biarlah anda dan diri anda...

apa yg sy mahu katakan disini..
sy sedang terluka..
izinkan sy rawat kelukaan ini..
dengan mendiamkan diri..
sy sangat terluka.. dan terluka..

Sunday, March 6, 2011

hati sy gundah.

assalamualaikum..

hari ni 6 mac..

mak sy datang jenguk sy kat puncak alam.. actually.. singgah sbb nak pegi kenduri kawen kwn abg..
tp sy tetap hepy sbb dapat jumpe mak sy.. hampir 2bln xjmp.. rindu sgt
tp hepy sy skejap je.... lepas mak sy balik.. sy jadi sayu..

masa yang suntuk..ruang yang terhad.. sy tak sempat nak ceritakan segalah gundah yang sy simpan ni,..

sy sedang menanggung masalah yang sy kira sangat besar...
ye sy mmg susah hati dan sangat susah hati...
hari2 sy berasa resah dan tidak tenteram..

ye...
sy memang bergelak ketawa bersama rakan... mulut sy kepoh seperti biasa..
itu taktik sy untuk sembunyikan perasaan gundah ni..
jauh dalam hati sy.. sy rasa sakit sgt

~~~sesuatu telah belaku dalam akaun sy...itu adalah akaun yg sy guna untuk simpan semua duit keperluan rumah sewa~~

tanggungjawab ini sy galas dengan hati yang tanpa rela.. sedari tahun lepas lagi.. tp sy cuba jalankan amanah.... sebaik mungkin... cuma tahun ini.. sy elakkan untuk memegang amanah ini... jadi sy serahkan sedikit beban ini kepada rakan serumah... tp akaun itu masih menggunakan akaun sy...

~~~duit dalam tu..tibe2 ada masalah.. semacam kurang.. kurang BANYAK...~~~ berbuluh kali sy call maybank tp tak dapat.. atlast dapat... tp service kurang menyenangkan sy.. she said that is something wrong with my transaction...
since last time i received many call from "a number" she said it is from maybank.. ask me about hotel package and many more... she also state my account number.. really afraid. it is about security... and trust... when i get to maybank, their staff said... maybank never offered any customer about hotel or tourism package... ~~~whatttt????~~~~ then i ask again.. it is my account still secure.. he said yes.. hurm... but..something wrong happened to me..

kepala sy mula berfikir.. fikir..fikir dan fikir.. apa yg sy patut buat..
ye sy sedang susah hati
ye sy sedang resah..

di saat sy berhadapan dengan masalah duit yang tak pernah kesudahan... lagi lagi dan lagi masalah lain bertimpa

im very tired.

sy tak saba mau jadi senang... mau kerja.. sy tak nak ade masalah duit lg... sy mau idup bersedahana.. tp senang hati...
mak.. sory ye.. walaupun sy da besar... sy tak dapat sumbang ape2 lagi... :'(
i promise... one day.. i will do everything for u..

~~`sungguh senda gurau dan tangis ini... gagal untuk meredakan gusar yang bersarang di hati ini~~~


Monday, February 14, 2011

tanpa sambutan :'(

hari ni'
15 februari = 12 rabiulawal..

salam maulidurasul

sudah beberape tahun sy sambut maulud nabi... sendiri.. hanya dengan mengaji dan berselawat sendiri.. sedih.. sy tak berkesempatan lagi nak sambut macam zaman sekolah dulu.. ade petandingan nasyid..kompang... spanduk paling cantek.. perarakan.. best kan.. rindu zaman tu....

semenjak masuk unibessiti ni.. sy da jarang ade peluang nak sambut camtu.... ade je halangan.. lagipon xde sambutan meriah cam tu sgt la... (eh eh ke sy yang tak tau)

hurm..
malam td sy tido awal.. penat dan sakit kepala.. tangan sy bedenyut kesan inject,.. jadi sy buat keputusan tido awal.. sebab tak biasa tido awal.. sy terjaga pukul 3 pagi.. eh eh.. mata sy sudah tidak mengantok lagi.. haip.. cane ni...

tekebil-kebil mate
umah da gelap... hurmm.. rumate sume da tido.. ye la.. da pukul berape kan..
tibe-tibe sy teringat ..
~~owh maulidurasul la~~~

dan tibe-tibe jugak.. sy jadi sayu,..
ada satu perasaan yang sy tak dapat tahan...
~~~RINDU~~~~
ya. sy terasa rindu pada KEKASIH ALLAH itu...
sungguh luar biasa..
owh inikah yang dikatakan rindu
dan..
sy teresak...
menangis..
dan menangis lagi...

sy rasa perasaan ini sungguh aneh...
ALLAH... sy tak mampu berkata apa-apa lagi..
dan
sy hanya biarkan esakan sendiri..

ALLAH... berikan sy perasaan rindu yang berterusan ini..
dan berikan sy... hidayah-MU yg berterusan...

ameen..

Saturday, February 12, 2011

ALLAH... jangan kau ambil dia dari ku :'(



assalamualaikum...
hari ke-13 bulan january.. eh ehh,., hampir sebulan sy tak menulis apa2 di blog ni... kesibukan bukan la alasan yg utama kan.. tp.. sy nak cakap jugak.. ye sy mmg sebok sekarang,,,
lagi2 la.. sy sekarang..sedang berada di tahun akhir pengajian sy.. owh.. tesis.. itu la yg sy paling gerun... disamping assignment lain yang sememangnya banyak lagi merumitkan...
sy terpaksa siapkan kerja sy awal... sebab.. hujung minggu sy kerja... (kan bagus kalo ade org sudi bagi duit belanja ngeeeee.. berangan berangan lagi)..

oke.. ini baru mukadimmah..
perasaan sy waktu menaip entry ini ------>>> risau dan takut..

kenapa???

sebab ati sy gundah..
erm.. ye ati sy resah..
hampir setiap malam, sy mimpikan allahyarham ayah sy.. hampir setiap malam jgk, sy mimpi mak sy..

oke,.. 2minggu lepas.. sy cuti mid term + raya cina...
jadi semestinya, sy balik kg..
sepanjang sy balik kg tu.. sy tido dgn mak sy... hehehe suke2...
tp itu bukan perasaan sebenar sy.. perasaa sebenar sy.. ----->>> takut..


pernah dengar 100 hari pentanda sebelum kematian?? 40 hari?? 7 hari?? atau 3 hari??

dan
lagi merisaukan sy.. mak sy tak sihat.. batuk.. penat.. xselera makan...
bagi org lain,. itu mungkin perkara biasa.. bg ibu bapa mereka. yang umurnya telah menginjaka angka 60 dan keatas seperti mak sy.. tp bagi sy.. sy rase pelik.. sebab.. sebelum ini.. mak sy tak pernah sakit... tak pernah xada selera makan.. bahkan... dia adalah.. pencetus "selera makan sy " ahahahha tgk mak sy makan... sy mesti akan makan.. walaupun waktu tu sy telah kenyang... =)

seminggu cuti,
sy banyak abiskan masa di rumah..mencari journal dan article untuk research, dan assignment lain.. . (sy bukan2 pura-pura menjadi cemerlang hahahah tp terpaksa)
disebabkan sy banyak abiskan masa dirumah.. banyak juga sy abiskan masa bersama anak mak sy.. maka byk la.. aduan... luahan dari mak sy... sy dapat tau..
mak sy banyak kali mengadu.. lepas je asar.. terus xde selera makan.. sejuk.. xlarat.. semua la.. dan die akan baring je.. atau tido.. ia adalah sejenis kepelikan yang terserlah.. sebab mak sy bukan lah seorang "penido" (org yang suke tido hahaah)

sy lagi rase semacam.. sebab tiap malam mak sy asyik terjaga.. batuk teruk sgt.. huhu ati sy luluh... dan sy turut terjaga.. hampir tiap malam.. sy tak dapat tido dengan nyenyak.. :'(
kesian mak sy..

erm... sekarang ni mak sy selalu cerita pasal perkara lama-lama.. contohnye. (waaah contohnye... ) dia selalu cerita balik ape yang berlaku zaman dulu... time kitorang kecik2.. hurm.. sy sebak sekarang.. haish...

sumpah.. sy masih tidak bersedia lagi untuk menerima sebarang berita kehilangan ahli keluarga sy dalam tempoh terdekat.. ALLAH..
sy selalu bedoa.. jangan la belaku perkara bukan2 pada mak sy.. dan sy harap sangat mak sy sihat walafiat..




Wednesday, January 19, 2011

introcamp datang lagi

hey introcamp anda datang lagi!!!

ehhehe sy suke kresma.. oke.. pada y tidak tahu apa itu kresma.. ia adalah sibijik kelab sy sgt aktif di uitm.. kresma (kelab rekreasi uitm malaysia) ehehhe

sy join introcamp buat kali ke-2.. hehe
pelik kan..
oke.. mari sy jelaskan.. introcamp tidak boleh disertai 2kali.. ianya mesti disertai sekali sahaja.. kerana ia perlu diberi peluang kepada peserta baru yang nk "test" power nga kresma...
eheheh tp sy buat keje pelik. pg join 2kali..

actually.. sy adalah batch 29.. (aa kresmarian sy adalah generasi 29 ye!!!)
tp sy join introcamp batch 31 ni.. sbb suke2.. nk jadi teknikal tak layak kan...

erm..
sy suke outdoor activity.. tp
tp
tp
tp
disebabkan sy tak dapat "menempatkan" diri di kampus induk.. maka... pergerakan sy sedikit terbatas...
aktiviti kerabat kresma banyak di jalankan di uitm shah alam..
seperti kt sedia maklum.. jarak dari puncak alam ke uitm tidaklah jauh..tapi jika anda tidak mempunyai "objek besi" untuk mengangkut anda seperti sy..ia akan membuatkan anda berasa jarak ke shah alam adalah seperti mau balik ke kg.. masa yg sy perlu untuk ke shah alam.. jika menggunakan khidmat "dreba rapid" adalah lebih 3jam. sy ulang 3 jam oke., itu adalah MINIMA TIME yg diperlukan.. aaa sbb tu la.. sy syg dan suke menetap di puncak alam "taman tema keriangan" ini..

jadi.. disebabkan masalah pengangkutan...tersebut..
sy tak dapat la join banyak aktiviti warga kresma di shah alam.
(sob sob :"(.. sadis)

hey anda.. kalo anda sudi tumpang sy nanti col oke?? ahahah (prasan kan. tah sape la nak tumpangkan sy)
grrrr...tiap memikirkan kesusahan.. xde "objek besi" di sini.. tiap kali itu la sy rase nak ade kete seketol.. grr berangan lagi ahhaha

sy tak bole nak aktif sgt..join aktiviti kresma.. sedih kan ... hehheeh..
sy pegi introcamp tu pon sebab mengisi kekosongan di saat akhir...
tp.. ianya seperti biasa... memang tak rugi.. walaupon pegi dalam keadaan demam.. dan balik dalam keadaan demam dan bertambah demam baahahahahah

sbb KRESMA MEMANG ENJOY!!!!!!!

serius best gile...

meh tgk gamba.. kami...



(ini itek.. name die dr.rozmey)

(pooon ponnnnn.. keteapi)
(ini adalah cara hidangan tradisi kresma)

(we are kresmarian)








"KITE BAKO AJE" ehheeheh sy suke ayat ni.. ayat ni telah di cipta oleh "kecik" salah seorg pewaris kresma. bhahahaah


eh jap.

sy pon suke lagu ni,,. jujum nyanyi

atas dahan ade ranting..
ranting cantek tak penah lihat..
ranting atas dahan,. dahan atas pokok.. pokok atas. rumput.
rumput atas bukit.. bukit bukit yang hijau
hoOOOOiii bukit yang hijau..
ngeeeeeee


ok sekian dulu.. sy syg kresma,..


pssttt psssttt
sy hrp sem ni sy dapat jadi seorg kresmarian yg aktif dan menyumbang. ehheheh
sy hrp sem sy dapat enjoy puas2 bersama kresma di semester akhir.. (~_~)

oke sekian.. laporan dari puncak kehidupan :P