Followers

Monday, November 21, 2011

mengaum lagiiii harimau muda!!

assalamualaikum..

21.11.2011 menyaksikan kemenangan HARIMAU MALAYA .. alhamdulillah.. rimau muda mengaum hebat di indonesia... SYABAS!!! bergegar seksyen 7 tiap kali bola dirembat ke gawang lawan..  mahupun cubaan lawan menghapiri gol malaysia... aura kuat seperti berada di Stadium Gelora Bung Karno!!!!!

bederau darah saya tiap kali cubaan menjaringkan gol dilakukan oleh puak garuda!!!! fuhhh fahmi memang terbaekkk.. perlawanan kali ni MANTAP!! bederai jantung gara-gara bola malam ni.. ini lah betol2 aura final!!!
apa pun.. syukur rezeki memihak pada MALAYSIA juga seteleh mereka berjuang habis-habisan untuk malaysia.. semoga mereka selamat sampai di LCCT 2.30 pagi nanti.. selamat pulang harimau muda. =)

SYABASSSS UNTUK HARIMAU MUDA!!!! AUMMMMMMMMMMMMM

(psss: da la tu kutuk si Fakri tu.. kesian die,. heheehheeheh Fakri buat sy rasa geram sangat,,naseb baek la rezki kita malam ni yeee) peace.. sayang MALAYSIA 

Wednesday, November 16, 2011

tolong saya buang perasaan ni bole ke x?

assalamualaikum. salam ukhwah untuk sahabat seperjuangan..

ari ni bertarikh 15november.. minggu ni saya agak sibuk dengan persiapan untuk 2event.. event hi-tea di uitm (17/11/11) n dinner di summit hotel (20/11/11). menjadi project manager tuk event ni buat sy sedikit gugup tapi dalam masa yang sama xcited sbb berpeluang belajar sesuatu yang baru.

saya sentiasa berperang dengan waktu.. jujur sy penat. tapi sy mesti gigih!!
ada beberapa perkara yang saya perlu "complete"kan minggu ni
1) preparation tuk hi-tea n dinner
2) distribute questionnaire tuk research. key in data used spss n pilot test.
(owhhhh sy memang xcukup masa..help)
3) as usual be a part time worker at kfc.. (tired)

baru saya sedar rupanya saya sangat "WORKAHOLIC"
berperang dengan waktu dan duit tidak membuat saya lemah dan mengalah..
tapi saya ada satu kelemahan yang saya fikir saya perlu CEPAT-CEPAT di asingkan daripada hati saya.
kelemahan saya adalah soal H.A.T.I


entah tidak tahu mengapa saya terlalu anti "kecurangan"dan "penipuan".  kisah demi kisah cinta yang bersulam "kecurangan" dan "berinti" penipuan buat saya jengkel akan sesuatu ini.. lagi-lagi peristiwa ini berlaku dihadapan mata saya. bagaimana saya terlalu anti terhadap orang yang berjanji itu dan ini dengan pasangan disana, sedangkan disini hebat menyulam asmara bersama pasangan lain. ouchhhh hate it!!!

saya memilih blog ini sebagai medan luahan saya kerana saya takut bicara lisan saya memberi kesan langsung akan hubungan saya dengan mereka. saya bimbang bicara saya mengjengkelkan mereka sedang saya sendiri punyai kilaf yang xmampu saya betulkan. jadi inilah nota-nota kehidupan saya.. tempat saya berkongsi cerita.. menjadi penglipur lara untuk kepuasan diri.

saya telalu menghargai cinta. (maaf, ayat saya pada kali ini telebih puitis lantaran hati yang memandu..penulisan ^_^ sila jangan pitam dulu) kerana bagi saya, cinta adalah anugerah ALLAH kepada manusia. dan kerana cinta kita hidup bahagia andai ia disandarkan pada ALLAH.. saya terlalu menghargai erti kesetiaan, kerana saya tidak bisa ada dalam hubungan yang penuh pendustaan. lantaran itu juga. saya terasa seperti hati saya dikoyak-koyak oleh mereka saat mereka curang terhadap cinta. ini adalah pengajaran kepada diri saya supaya tidak buta pada cinta. ini adalah landasan kepada saya supaya tidak terlalu taksub dengan cinta manusia hingga bergelumang dosa dan noda. ALLAH.. saya takut hati saya diselubungi cinta yang disulam hasutan iblis yang dilaknat.

saya bukanlah hebat untuk mempertikaikan hubungan cinta mereka. pun saya tidak layak untuk mengatakan tentang sesuatu yang bukan hak saya. cuma, apa yang saya mahu bicarakan disini.. saya tidak mampu menahan rasa sedih ini.. saya tidak mampu bergelak ketawa menyaksikan keintiman sikekasih ini sedang saya tahu ada insan yang terluka lantaran perbuatan "cinta suci" mereka.
kerana perasaan sebegini.. saya hati saya menangis hampir saban malam.padahal ianya tiada kaitan dengan saya,. saya tidak tahu mengapa, saya boleh menangis kerana perkara remeh seperti ini. T_T dan sampai hari ini.. saya masih merasakan kesan ini terhadap hubungan kami. sungguh saya tidak dapat menyembunyikan kejengkelan ini. itu adalah kelemahan yang perlu saya betulkan secepat mungkin. saya mesti singkirkan rasa tidak enak ni laju-laju dari kotak hati saya. mungkin saya terlalu memikirkanya setelah saya terlibat dalam hal mereka secara tidak langsung.. ~`pengkhianatan perasaan~~
hidup ini tidak pernah akan berakhir dengan masalah selagai kita bergerlar khalifah. =) semoga saya sentiasa dipilih ALLAH untuk diberi kesabaran yang luar biasa.

~~saya sangat berharap dan xkan henti dari berdoa supaya ALLAH menganugerahkan saya perasaan cinta yang bersandarkan DIA.. saya tak kan henti berdoa supaya ALLAH menganugerahkan pasangan yang selayak dengan saya~~ 
~~ALLAH, anugerah cinta dan sayang dariMU membuat aku terlalu menjaga ukhwah ini. 
~~ALLAH.. jangan pernah biarkana aku leka dalam cinta diluar landasanMU.. 
~~ALLAH jagalah hatiku saat aku alpa pada Cinta yang kau pinjamkan

Wednesday, November 9, 2011

antara dua

assalamualaikum.. selamat pagi pada anda sume..

hurm.. baru-baru ini sy ada bercakap dengan mak sy mengenai sesuatu topik yang agak ermmm tegang ehh serius... ini untuk kali pertama barangkali sy berbicara jujur dan telus mengenai perasaan (alamak tibe2 jadi pemalu depan mak)
satu petang tu.. hari raya ke-2 tuk aidiladha..
saya lepak dgn mak saya (wahhhh lepakkk gituuw) sambil tu mak mencantas rambut sy..
borak punya borak.. tibe2 sy teperanjat.. tengok rambut sy da ilang dari kepala..
adehh... padah!! da selamat dikerjakan sampai pendek..
my mum is hair stylist grrrrrrrrrrrrr

ok jom berbalik pada topik asal tadi..
sambil beliau mencatas2 rambut sy, mak sy menanyakan beberapa soalan yang buat sy tiba-tiba tertunduk malu (ehemmm sopan la tu konon) owh tidak.. sy bukan malu sebenarnya.. tapi ngilu. =)

mak menanyakan soalan mengenai hubungan saya dengan "dia" (dia disini adalah seseorang yang pernah menghuni hati sy.. ahahahah ayat mmg xleh blah)
adehhh soalan ape ni???
saya cuma jawab, saya mahu menumpukan perhatian pada kerjaya (hahahah bapak menipu jawapan kannn)
hurm.. setelah agak lama sy biarkan keadaan tu menyepi.. kemudian saya sambung balik jawapan tu...
mak, bagaimana kalau saya katakan sy hanya bole terima "dia" sebagai kawan je untuk waktu ni..

~~kenapa~~
owh.. soalan kenapa yang diajukan?? jadi apa jawapannya?? dan sy diam lagi..

~~atau dah ade orang baru??~~
~~dah ade orang lain ke??~~
soalan ni lagi pedih.. ehheheehheehhe

~~begini la mak.. lepas apa yang dah berlaku antara kami.. saya rasa kami lagi selesa berkawan~~
(tibe2 sy rasa sy sedang hafal skrip hahahahah )
~kalau jodoh saya dengan dia..suatu masa nanti sy pasti dengan dia..~~
~~tiada sesiapa yang menggantikan dia buat waktu ini.. tapi secara jujurnya.. sy sedang berkawan dengan seorg lelaki.. dan dia baek. menyenangkan.speical~~


ternyata mak saya menunjukkan reaksi yang agak terkejut.. mungkin sbb ini kali pertama sy mengaku berkawan rapat dgn lelaki selain "dia" selepas 8thn..


~~dah lama kenal lelaki tu?? apa nama??~~


~~tidak la terlalu lama,. tapi memadailah untuk membuat saya rasa sangat selesa untuk berkongsi sesuatu~~
~untuk meletakkan sedikit rasa percaya pada dia~


dan saya menjawab soalan demi soalan dari mak sy dengan telus tanpa selindung.. menyatakan perasaan sy pada "dia" dan lelaki itu.. padahal saya sendiri tidak tahu apa sebab sebenar saya menceritakan perihal lelaki itu kepada mak sy. dan mak saya menerima alasan saya,..cuma dia menyuruh saya istikharah sampailah saya mendapat jawapan yang saya perlukan.. baek mak.. saya kan buat..


tapi ada satu soalan dari mak yang membuat saya berfikir sampai hari ini..
~~kau tak kesiankan die ke??? da lame die tunggu, xkan macam ni je penghujung. korang pon da lame kan.. mungkin perlu bincang baek-baek sebelum buat keputusan ni~~


terasa seperti dihempuk belakang ni supaya cepat tesedar.. ahahahahhaha
kesian??  sy mengambil keputusan untuk tidak menjawab apa2.. diam dan diam lagi.

kemudian sy memandang mak sy..
~mak, macam ni la.. buat masa sekarang, perasaan sy neutral, tidak mempunyai perasaan yang serius tentang perkahwinan lepas apa yang belaku. 
sejujurnya... saya sedang mencari orang yang serasi dengan saya.. 
orang yang saya boleh jadikan suami untuk mengimamkan keluarga saya, 
suami yang boleh mengimamkan solat saya dan yang boleh menjadi tempat rujukan waktu-waktu saya sukar dan senang. 
~yang cintakan agama ALLAH melebihi segala.. yang cintakan rasul dan nabi melebihi segala. yang cinta pada agama sampai tiada tolok lagi.
~ memang susah untuk mencari lelaki itu, jadi saya sekarang sedang mempersiapkan diri saya.. membaiki cela dan kilaf sedikit demi sedikit untuk mendapat yang layak seperti yang saya nyatakan.insyaallah.. 
~~memilih "dia" bererti saya juga perlu persiapkan diri saya sebaik yang mungkin, bukan bermakna disini sy menolak dia kerana menafikan jodoh saya dengan dia.. tidak. saya redha kalau jodoh saya adalah dia... tapi untuk waktu ini..saya memilih jalan untuk menjadi seorang kawan~~


waaahh saya kah yang menuturkan bait2 jawapan penuh keyakinan itu.. heheeheheh
~~kalau da ada orang lain.. memang jawapannya begitu la.. mengelakkan..dan memuji yang baru~~
~~bukan. bukan membandingkan.. jauh lagi memuji yang baru... sebab memang tidak ada yang baru setakat ni. kami hanya kawan. sekadar kawan.. diam diam dan diam.. kemudian sy sambung lagi.. kawan yang sedikit istimewa~~


mak saya senyum, dia dah mula mengkaji dan menyelidik "lelaki itu" menanyakan itu ini.. dan saya jawab dengan ikhlas. saya lega kerana mak saya memahami dan tidak menyalahkan saya sepenuhnya atas "terputusnya" hubungan itu. cuma,. dia masih dan tetap menyarankan saya istikharah. 


saya berasa lega lepas bercakap dari hati ke hati dengan mak saya..dia masih guru terbaek saya. =) 
saya masih berdoa moga ALLAH mudahkan urusan saya.. redhakan hati saya menerima apa jua jawapan dari istikharah..

*untuk dia, saya mendoakan yang terbaik untuk kita, dan saya percaya pada takdir ALLAH.. saya juga percaya pada jodoh yang ALLAH tetapkan untuk saya untuk kita
* untuk lelaki itu, saya juga mendoakan yang terbaik untuk anda. anda membuat saya rasa selesa berada dalam ukhwah ini.. ukhwahfillah insyaALLAH.. 
*untuk mak, terima kasih kerana sudi menyokong saya. dan memberi peluang kepada saya memilih jalan yang saya impikan



Wednesday, November 2, 2011

PITAM

assalamualaikum, selamat pagi.. syukur lagi sekali masih diberi peluang untuk melihat hari ni..

hari ini mood sy tak stabil
entah kenapa hati ni terasa sangat sendu.. semendung awan diluar sana

(sekadar hisasan)

bagai diri ini turut disakiti.. 
lemah nadi, seolah hilang upaya.
kesakitan kamu, aku turut rasai. 
tuk anda, sy bahagia disisi anda. 
tapi bila anda gundah.. sy turut mendapat tempias gundah.
sudahnya.. hati ini tidak terdaya menahan sendu

maaf, sy terlalu sygkan hubungan ini..
andainya kami tahu... 
ALLAH.. terus tunjukkan aku jalan. 

T_T

Tuesday, November 1, 2011

it name is miss purple

assalamualaikum n selamat pagi..

anda sume sehat.. alhamdulillah masih diberi kesempatan tuk menempuh hari baru.. SYUKUR pd ALLAH

ari ni sy nak cite pasal miss  PURPLE.
tau tak misspurple tu ape? heheeh

since sy da ade miss PINK sy tegerak ati nak carikan pasangan tuk miss pink,, heheheh
this is miss PINK




and this is the miss PURPLE 
-------> suggested by incek biru hehehe (chareul arias n nur elissa aziana)
thanks for both of them. =)



ehehehh i have my own camera.. =)  like this.. 
camera sy murahan je.. belom mampu nak beli yang mahalan.. tp ape pon.. even murah je miss PURPLE ni sgt special becoz of eheheheheheh (xpe la.. jawapan die senyum je)
tapi xpe  yang penting dapat snap2 n keep it as a memory
miss purle sy syg anda tau.. and u too miss pink 

itu saje.. sory kalo post kali  ni tersyok sendri babaiiiii