Followers

Monday, December 26, 2011

kenduri kesyukuran dan cukur jambul

assalamualaikum dan selamat petang..

saya baru je sampai dari kampung "assam jawa", dekat area kuala selangor kot tmpat tu... heee tak berapa nak past.. ade kenduri kesyukuran untuk anak rakan sekelas.. glurppp da ade anak da kamu ye... alhamdulillah.. cepat betul mase berlalu.. kawan-kawan kelas time sekolah dan universiti ni.. ramai da kawen.. tak kurang jugak yang dah bertunang dan bakal menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat.. alhamdulillah. tahniah buat kalian (T_T saya juga yang masih single ye heeeeee )

RAYYAN ZAFRAN nama sikecill comel ini...  moga kamu menjadi anak soleh ye sayang

  
tiba-tiba teringat... si kecil ini la yang dibawa rakan kami dalam perut.. pegi kelas, harungi test, event. sungguh pengorbanan seorang ibu terlalu tinggi nilainya.. tiada kata yang terucap.. tahniah untuk si mama awin.. kerana berjaya mengharungi ujian ini dengan tabah... semoga anak ini menjadi anak yang soleh.. dan semoga saya juga menjadi anak yang solehah.. menjadi bakal ibu yang solehah. =) 

we visit our rayyan ^_^

 the aunty ^_^

Sunday, December 25, 2011

hijrahkah saya?

Assalamualaikum dan selamat petang…

Jam digital menunjukkan pukul 6.54petang.. dan saya masih lagi ralit berteleku di bangku ini.. sambil jari lincah menaip butiran huruf ini…  alunan bacaan ayat suci al-Quran dari masjid negeri, Shah alam memberikan sedikit ketengan kepada hati saya yang sedang runsing,.. 

Keletah kanak-kanak dan sibapa bermain di padang ini kadang-kadang turut membuat saya tersenyum. Sungguh saya rindu pada zaman kanak-kanak saya.. membesar sebagai kanak-kanak kampung memberi saya pengalaman yang banyak.. =)


Petang ini saya pilih untuk beriadah di sini… walhal.,..pada awal saya keluar dari rumah saya masih tidak mempunyai lokasi untuk dituju. Saya hanya mengikut langkah kaki ini  membawa saya..
Hati bergolak. Jiwa ini seakan sudah mulai tenang.. memujuk hati menerima ketentuan seredha yang mampu.  Walaupun, sebenarnya… saban dinihari saya sendiri gagal mengawal esakan saat terjaga dari tidur. Sungguh perit ini gagal saya singkirkan sepantas kilat dari hati saya.. ianya sungguh terkesan.

Kalau sebelum ini, tugasan wajib saya ialah menelefon mak saya.. berborak itu dan ini.. tapi tidak untuk 3 hari kebelakangan ini..  saya seakan tiada kudrat untuk berbicara dengan beliau. Bimbang kalau-kalau air jernih ini mengalir tanpa sempat diseka lantas mengeluarkan esakan yang bakal menggusarkan hati si ibu. Lalu saya memilih untuk diam dan menunggu hati saya pulih dan kuat.
Meski saya sendiri akui… dugaan yang sedang diberikan kepada saya tidak lah seberat mana pon… tapi saya masih tercungap menahan lelah menepis dan menadah “semua itu” dengan kudrat yang entah berapa banyak lagi sisanya..

Mengenang wajah si ibu… dengan sinar mata yang meyimpan seribu rahsia kesedihan hati ini menebal. makin sebak dan sayu. Masih terngiang pesanan dan nasihat tulus dari si ibu.. agar saya tidak leka dan lalai menjalani hidup sebaga muslim dan mukmin. Mahukan jannah sebagai balasan dan hadiah dari ALLAH di sana nanti.. ternyata penghijrahan ini sukar.. penuh pergolakan dan kerumitan. Meski hati sentiasa memesan agar sentiasa kuat dan redha… tapi terkadang masih rebah tiada kudrat menahan musibah. ALLAH.. musibah yang diterima ini.. ianya fadilatkah??  Andai ia fadilat, aku rela terus menerinya demi penghijrahan ini..  
Perasaan rindu, sedih dan runsing bersatu saat ini.. membuat kekuatan yang saya cuba sandar semakin goyah dan bimbang ianya rebah.
Pergolakan itu juga membuat saya menjadi seorang yang tidak mudah mengaku kalah. Walhal hakikatnya.. saya sendiri tiada kudrat menangkis kesukaran demi kesukaran yang menimpa kami.. pergolakan itu membuat saya yang dulu, hilang sifat lembutnya.. tinggallah ego menapak dihati.. pergolakan itu turut mengheret semua perasaan. Kadang-kadang saya menjadi seperti seorang yang berhati kering. Tidak mudah menistiskan air mata meski saat itu saya dirundum kesedihan kehilangan orang yang tersayang.. lalu perasaan ini juga mendera saya.. membuat kehilangan nilai-nilai kesantunan. Membuat saya hilang nilai kefahaman terhadap kesusahan orang disekitar saya.. turut membuat ego saya sekali lagi melambung tinggi.. tidak mudah menyerah walaupun hakikatnya saya perlukan pertolongan orang..

Namun. Ada sesuatu yang telah membuat saya tersedar, yang saya perlu buang keegoan saya itu jauh ke jurang dalam. Saya perlu mengakui yang saya juga manusia yang punya hati.. yang kadang-kadang apabila sedih saya perlu menangis.. apabila bahagia saya perlu tersenyum. Apabila sukar dan tidak mampu saya perlukan pertolongan orang.  Nahh.. ini adalah fitrah yang selama ini saya cuba nafikan..  yang saya cuba selindungkan segala kesedihan daripada dketauhi orang terdekat saya.. Tanya sahaja kepada ahli keluarga saya.. pernah mereka melihat saya menangis sekali pun dihadapan mereka?? Tentunya tidak jawab mereka. Saya yang dulunya egois ini.. mana mungkin bisa membiar titis-titis kesedihan mengalir dihadapan mereka!!dan hingga saat ni pun,, masih belum pernah saya tunjukkan saya sedang bersedih.

sesuatu” yang berlaku ini juga punyai hikmah.. yang menyedarkan saya.. bahawa hakikat kehidupan yang saya tidak patut lupakan ialah.. perkongsian nilai-nilai hubungan kerohanian dengan TUHAN dan keluarga. Lalu saya mula menyedari.. bahawa saya yang ego itu sebenarnya lemah lagi tidak terdaya.. saya yang bengis kononnya sebenarnya punyai perasaan sebaliknya.. pelajaran yang saya dapat dari “sesuatu” itu sebenarnya terlalu mahal nilai harganya.. tidak mampu saya perloleh dari mana-mana sekolah didunia ini.. lantaran itu, saya palingkan hati saya pada DIA… menyerah tunduk penuh keinsafan.
Moga ada lagi peluang untuk saya dalam penghijrahan ini.
Moga saya terus diberi NUR oleh ALLAH..
Moga saya terus mendapat cinta murabbi..kerana hati ni sebenarnya terlalu rindukan RASUL..kekasih ALLAH..yang juga pernah merindui umatnya sebelum kewafatan baginda.. walhal.. baginda belum pun bertemu umatnya..diakhir zaman ini. ~~sungguh mulia cintamu padaku MUHAMMAD RASUL ALLAH..~~
Moga saya adalah umah yang bertaqwa, yang pernah dirindui Nabi suatu ketika dalulu.. amin..



Pss: tertunai jugak keinginan nak makan californian almond, =) alhamdulillah 


~~dataran, Shah alam~~
sesegar kuntuman nailofar, ingatanku padamu kekal begitu ^_^

Tuesday, December 20, 2011

californian almond

asslamualaikum dan selamat petang....


ari ni mood saya touching lebih sket.. biase la tgh-tgh bulan ni ade hari yang bt mood takmenentu..
da 3 minggu saya teringin nak makan big apple.. -- californian almond--
da 3 kali jugak sy pegi donut tu abes.. mood keciwa dan patah ati,..
kadang-kadang sy balik keje lewat malam.. ternyata la kedai tu da tutup kan.. so
HAMPA LAGI
waktu kerja berlambak di ofis ni,. saya lupa skejap.. tbe-tibe ni datang balik rasa teringin tu.. uhuk 
sob sob.. duk usha-usha gamba donut-donut tu.. mmg mendera perasaan sendri kan.. 
terus tertouching sendri hahaha sebak..emosi mmg tak stabil time cam ni.. nak makan itu ini..mcm2 ragam (tak tau motif tibe-tibe nak sebak bagai walhal sbb tak dapat makan big apple je pon.. eee geli je kan wuwuuwuuuuu
 ini adalah objek yang mendera perasaan saya T_T californian almond (badam suda :P )
 
OK TITIK..

Monday, December 19, 2011

tak sabar nak balik

assalamualaikum dan selamat malam...

petang ni tibe2 ade seorang ni buat mood saya "terbang" tiba-tiba...
eee faham tak awak tu da banyak kali buat kami macam ni..
faham tak????
faham tak tindakan sangat tak beretika dan bole mengundang rasa "terhina" kepada orang yang terkena..
awak faham tak yang awak selalu buat kami jengkel??
kami bukan tidak berotak sampai awak perlu herdik-herdik..
motif? nak tunjuk hebat?? I DONT CARE!!! nak tunjuk hebat sangat?? yes take it awak hebat.. amek la SEMUA KEHEBATAN TU!!

buat pertama kali, sy mengigil menahan marah.. cepat-cepat istisghfar... dan bangun dari tempat dudukk.. ALLAH.. bisik pada hati ini.. jangan biar amarah memuncak..

ok tak nak cerita pasal beliau lagi...

disebabkan itu juga,, hati saya terus MEMBUAK-BUAK dan MERONTA-RONTA nak balik kampung...

 tgk jam, 5.28 petang.. ok da lepas waktu kerja... mari pulang..
alahai,... da jenguk kat luar.. tengah gerimis..
tapi tetap saya abaikan..dan terus memecut laju moto kesayangan saya...
DAN
TARRAAAA

GOT IT... 

saya dapat jugak beli tiket...  
uhuuu HUJAN... 
balik dengan basah lencun.., xpe demi tiket.. berhujan pon takpe..=)
da bebulan tak balik kampung... tak sabar nak jumpa mak..
sy harap saya tenang sket lepas jumpa mak saya.. =)





Wednesday, December 14, 2011

battery exhausted

assalamualaikum dan selamat malam..

saya baru je sampai dari selayang.. jumpa classmate.. amek report yang telah di marking oleh lecturer dan perlukan pembetulan sebelum dihantar jumaat..

subahanallah,.. penat tak terucap, balik ofis sekitar pukul 7mlm.. solat magrib dan gerak terus ke ktm padang jawa.. sampai di stesen batu cave 9.30 malam. xsampai 30minit jmp kawan saya,.. dia terangkan apa yang saya perlu buat dengan laju dan pantasnya... sbb takut tlepas train pukul 10.05mlm..
saya terus bergegas ke atas, beli tiket dan balik. 11.58mlm sampai stesen padang jawa.. begegas balik rumah..

kadar kepenatan sangat tinggi.... limit tenaga yang saya gunakan maximum.. huhuu
dan sekarang berperang dengan report. T_T, owh masa sangat mencemburui saya.. keletihan menguasai minda,

this is the last stage for degree, i need to sacrifice my time. my energy, my social time, my sleeping time. i hope i stay strong enough for it.
battery exhausted  -------> charging for 2hours. and wake up back for this report.

untuk kawan-kawan yang sedang gigih, chaiyok2,..
untuk saya yang xberapa mampu gigih.. selamat bertahan. a reward waiting for u. =) keep smile.

doakan saya, pelajaran ini amanah saya,. moga amanah ini menjadi ibadah.
ibadah yang diberkati ALLAH...amin

0052am_15122011

Monday, December 12, 2011

event da selesai

assalamualaikum dan selamat petang.,
alhamdulillah.. masih diberi ruang oleh ALLAH untuk menumpang dibumi barakah ini...

semalam event da selesai.. alhamdulillah.. syukur.. walaupun saya tak rasa event tu berjaya di manage oleh saya tanpa team saya yang bagus.. saya tetap bersyukur kerana dapat peluang sebegitu.
event tu da pon berlalu.. bermakna saya sudah tidak lama lagi disini.. hanya ada lebih kurang 2minggu untuk menghabiskan sisa-sisa praktikal disini.. meskipon tempoh menjalani praktikal ini banyak perit tapi saya heppy dengan sebahagian team saya.. sokongan padu anda sungguh saya hargai. tanpa anda.. saya tiada apa.. =)

maaf saya tak dapat memberikan sumbangan yang banyak seperti mana kalian berikan untuk event tu..
apa pun.. terima kasih untuk anda.. atas kenangan ini.

Tuesday, December 6, 2011

penghargaan sebuah ukhwah.

assalamualaikum dan salam dini hari.. (errr. ade ke heeeeeee)

jam digital telah menunjukkan pukul 3:17 pagi. saya masih bertungkus lumus menyiapkan  report.
hari ni satu hari saya diam.. kawan-kwan kat ofis pon tegur muka saya sangat teruk dan nampak penat.. owhhh sory...  hari ini saya pilih untuk diam. perasaan penat dan sedih bercampur.. jadi saya pilih diam.

semalam, saya balik agak lambat dar ofis, hampir 11 lebih baru saya sampai umah. gara-gara itu saya kepenatan, namun terpaksa menyambung tugasan yang tak selesai.. kepala sy semakin memberat dan bedenyut.. tapi saya tak  ada pilihan..makan ubat dan teruskan kerja...

faktor-faktor ini jugak mungkin membuatkan saya rasa terlalu letih.lalu " termenangis"

- saya terlalu takut tak dapat siapkan semua tugas yang lecturer bagi sebelum kamis. 
- saya tak cukup waktu nak buat semua tugasan praktikal dan company dalam satu masa yang ditetapkan
- saya takut tak dapat jayakan event 3hari tu dan tak dapat beri komitment yang bagus
   (yang ni saya memang benar-benar takut)
- saya tak sihat + tak cukup tido+ tak cukup rehat
- saya rindu mak saya (S.A.N.G.A.T)
- saya rindu die :p :p  (heeeeeee ok gurau je.. sila tampar saya laju2)
- saya rindu nak buat kerja dengan rakan sebilik saya (rindu ama sangat2)

semua bnde ni simple.. tapi tah kenapa saya jadi sangat senstif.. dua malam sy menangis.. sebab yang tak dapat dikenal pasti huhuhuhuhu
semalam saya puasa tuk 9 dan 10 muharam... sebelum ni kalau saya tak dapat makan terus time berbuka xde masalah.. tapi kali ni.. saya rase sedih sangat sbb tak dapat makan time berbuka.. just minum air je.. then terpaksa rushing pergi beli barang tuk event. (mungkin emosi sy senstif bila saya lapar.. owhhhh ciri-ciri orang gemok mmg macam ni ke?) wuuuuuwuuuuu
tapi bila saya puasa, saya rasa saya lagi ok. walaupun saya banyak diam sbb tak larat nak bercakap (padahal takut menangis kalau bercakap)saya rasa lebih ok bila saya puasa,.. =)

tadi saya baru lepas cakap dengan mak saya..lepas call mak saya, saya rasa sangat lega dan lebih tenang.. (she is the best ever in mylife) love so much. mak agak bising sebab waktu kerja saya agak melampau bila mencecah lewat malam... tapi dia faham saya tidak boleh kata tidak kerana sedang praktikal.. dan mak saya sememangnya telalu faham anak die sangat workaholic. mak saya juga ada bagi beberapa surah serta doa dan zikir yagn saya perlu amalkan untuk ketenangan dan permudahakan urusan saya.. TERIMA KASIH MAK!!! this is the main reason why im realy need u.

tadi jugak saya baru lepas jumpa dia. anda, tq sbb sudi temankan saya makan walaupun da lewat dan saya nampak awak penat. sory. saya rasa lebih tenang dan neutral lepas cakap dengan awak. i have no word to say.. THANKS and  plis stay with me.. because im still need u. (honestly). saya akan cuba buat seperti yang awak maksudkan.. im try my best. tapi part yang awak dapat jangka dan tak terkejut saya menangis tu sy memang musykil.. tapi saya abaikan since awak tak nak jawab. (sangat perahsia kan.. it ok). psss: ALLAH.. syukur dan terima kasih kerana menganugerahkan dia sebagai sahabat saya.
sy memang rindu awak, hahaha tanpa segan terpaksa mengaku. i miss ur word. (mmg sah kali ni bbetol ape yang awak cakap. awak da santau saya guna asap kan?? sbb tu asyik teringat je :p hishhh keji)
ini bukan pengakuan cinta.. tapi ini kisah penghargaan sebuah ukhwah. ukhwah yang ALLAH beri kepada saya ini seperti anugerah. kerana dalam ukhwah ini ada banyak fadilat untuk diri saya.
awak , yang sentiasa menegur dan memberi panduan kepada saya.
awak, yang tak pernah jemu dengar celoteh saya. (hahaha dengar sy nangis musti part yang paling annoying kan haha kesian kau :P )
awak yang tak pernah jemu keluarkan saya dari kesedihan dan kesusahan
awak yang membuat saya tersenyum meski saat itu saya sedang menangis..
awak yang mengingatkan saya tentang matlamat hidup adalah untuk mati
(persiapan kematian menuntut pengorbanan kan =)
awak yang tak pernah jemu menjadi cikgu mengajar saya itu dan inI..
yang kadang-kadang menjadi abang yang marah si adik buat silap. 
awak yang buat saya tenang hanya dengan memandang awak, meski tanpa kata
awak, orang yang membuat saya jujur mengatakan perasaan saya. tanpa selindung.
TERIMA KASIH AWAK
jadi mana mungkin saya tidak bisa mengatakan yang ukhwah ini adalah anugerah. ukhwahfillah yang yang nilainya saya tidak mampu tandingkan dengan apa pun --sabahat--  please keep stay with me ~~full of hope~~

saya rasa semakin tenang.. alhamdulillah. tinggal lagi usaha saya perlu lebih gigih dan kuat untuk memastikan semua event ni berjaya.. ALLAH... TOLONG MUDAHKAN URUSAN SAYA..
tinggal lagi sokongan dari team saya yang sememangnya amat saya perlukan untuk menengur dan memberi tunjuk ajar.. tinggal lagi semangat saya perlu kental untuk berjaga hingga dinihari dan korbankan masa tidur saya untuk report dan research,.
bertahanla untuk minggu ini sahaja.. bulan ini sahaja..
hanya minggu ni sahaja saya terpaksa tidur 2-3 jam.. tolong bertahan.. dan jangan demam lagi.
ALLAH.. terima kasih keranan terus memberi saya kekuatan dan kesihatan untuk saya menyempurnakan amanah ini..
Terima kasih kerana menganugerahkan seorang ibu yang tidak pernah bosan berdiri bersama saya..
dan
terima kasih kerana menganugerahkan perasaan ini.. walau hanya untuk sementara. tapi saya rasa lebih tenang dan bahagia..
terima kasih kerana menganugerahkan ukhwah ini
terima kasih kerana masih menitipkan rasa syukur dalam hati saya..

ALLAH.. tiada cinta yang dapat menggantikan cinta selain cintamu RABBI..

mari menyambung report..
sekian.. wallahualam

~~sesegar kuntuman nailofar, ingatanku padamu kekal begitu ~~
07122011_03:48am

Monday, December 5, 2011

im really need her

assalamualaikum. selamat malam

jarum jam menunjukkan pukul 12.42 pagi.. sy sedang berkira-kira. mahu mengerah idea menyiapkan research ataupun report praktikal dulu...
penat.rindu.serabut. semua bercampur menjadi satu iaitu sendu.

dah beberapa hari saya terpaksa stay back kat ofis sampai pukul 1pagi.. siapkan kerja. hari ni sy balik awal.. hampir pukul 10.. tu pun selepas selesai membeli barang-barang tuk event kamis ni..
ari ni saya bebuka dengan seplastik air je.. waktu sgt jeles dgn saya nampaknye..
minggu ni sy bekejar tuk setlekan 2 event.
satu dinner iaitu pada hari kamis, dan event kedua, team buiding di port dickson jumaat hingga ahad. ditugaskan untuk menggalas amanah "project manager" makin membuat saya cuak dan gerun. bimbang kalau2 amanak tak terpikul. T_T.
minggu ni juga, saya perlu setlekan report praktikal "complete with print out" research "untill chaper 4 with complete data for spss"sebelum jumaat,

saya da abiskan banyak masa saya dengan kerja-kerja di ofis.. kemudian jejak kaki kerumah setelah jam menginjak melebihi jarum 12mlm.. mana lagi kudrat minda yang mahu kerah untuk menolong saya mengarang dan menganalisa "research" ALLAH.... tolong.. aku mohon kekuatan-MU.. benar-benar mohon.

saya rasa benar-benar rindukan mak saya sekarang. saya perlukan dia. S.A.N.G.A.T.
kalau ada pilihan saya nak balik umah sekarang jugak.. nak jumpa dan pinjam bahu mak!!
sy rasa letih. letih yang teramat..
ohhh no
1
2
3
im crying..
cant avoid it.

sorry

(pesanan untuk diri: tolong bertahan. hanya sedikit waktu sahaja lagi)