Followers

Thursday, January 12, 2012

kerja dan air mata..

assalamualaikum.. dan selamat malam..

ari ni sy balik kg.. selepas.. errrr.. 4bulan kot xblk. erm.. tah la..lebih kurang cam tu la..see tersangat sebok ke saya sampai tak de mase langsung nak jenguk famly (tiba-tiba terasa diri sangat teruk)

malam tadi sy tekad nak balik walaupun baru dapat mesej dari groupmate (errr ade ke groupmate) VIVA tuk thesis sy adalah jatuh pada : 20 JANUARI 2012 (JUMAAT).
jadi sy pun laju-laju packing baju dan pergi cari tiket.. malangnya ujan.. jadi sy terpaksa tangguhkan dan tiket tu dibeli semalam..

pagi tadi sy laju-laju juga pergi ke stesen bas dgn mood yg tak berapa excited sgt,,, mengenangkan kerja masih tak selesai..
tapi kali ini saya terpaksa buat kepututan tegar, nak balik jugak. sebab mak sy tak sehat. T_T . lagipun saya fikir.. ada gap yang agak lama sampai hari jumaat ni.. 20 januari.. hari ni baru 12 januari.. balik tuk 2,3 hari sudah memadai..

tetapi
tetapi
dan
tetapi..
lepas magrib tadi..
TIBA-TIBA DAN TIBA-TIBA LAGI
saya dapat mesej dari groupmate yang lain.. VIVA telah bertukar tarikh.. dari 20januari  (jumaat) kepada 17 januari (selasa) ok terima kaseh kerana menukar tarikh setelah saya selamat tiba di kampung..  dan terima kasih lagi kerana membuat perjumpaan pada 16 januari (isnin).. sementelah sy juga telah membeli tiket ke shah alam 16 januari malam. owh.. jenis gurauan apakan ini??

hati saya menjadi semakin pilu setelah seorang demi seorang "groupmate" saya call mengadu. dan menangis pasal kerja yang takpernah ada kesimpulan dan kesudahan.. bagaimana harus saya tenangkan mereka..sedang saya sendiri bergelut dengan perasaan yang saya sendiri tidak tertanggung. tabahlah wahai hati..

kemudian saya tengok satu per satu thesis yang telah pun dihantar isnin yang lalu.. YAALLAH.. inikah kerja yang telah saya usahakan selama enam bulan yang lalu?? SESAMPAH INIKAH KERJA SAYA???? T_T dan faham la saya kenapa rakan-rakan saya memangis setelah meneliti balik report itu untuk membuat slide!!
kerja yang saya usahakan selama enam bulan dan tambah lagi enam bulan tuk sem lepas.. menjadikan jumlahnya hampir setahun. setahun masa yang kami ambil untuk menyempurnakan research ini.. bukan lah mudah.. dan TIBA-TIBA LAGI.. ianya terpaksa diubah dan ditukar semuanya,, sehari sebelum tarikh submission!!! 
dugaan ini memang tidak seberapa jika dibandingkan dengan dugaan yang pernah saya lalui.. tapi kali ini..kudratnya tiada sisa lagi..

kami mendapat arahan kerja kami perlu ditambah infomasi dan dibuat pembaharuan "SEMUA CHAPTER!!! " ok terima kasih. =) sy senyum sampai telinga.. mesti hati saya menangis tiada air mata..
jarum jam menunjukkan pukul 4 lebih.. beberapa detik lagi bakal mencecah pukul 5petang.. hanya beberapa jam sahaja lagi sebelum tarikh submission.

tiada pilihan lagi melainkan berjaga lagi untuk malam yang ke-tiga.. tiada pilihan lagi untuk saya melainkan tidak tidur dan siapkan kerja.. ataupun tidur dan kerja sudah tentu tidak siap.. dan kami memilih pilihan yang pertama.. TIDAK TIDUR.

saat kawan-kawan lain bergembira hanta report.. saya dan groupmate masih gigih menyiapkan kerja di PTAR, shah alam.. tekanan  memang sudah sampai pada tahap kemuncak..

saya faham dan sangat faham keadaan ini bukan perkara luar biasa.. tertekan dan berperang dengan waktu..
tapi. saya tetap tidak boleh menerima hakikat yang semua chapter perlu dibetulkan sehari sebelum tarikh akhir . saya masih dan tetap tidak dapat menerima kenyataan bahawa kenapa dan mengapa semua kerja kami tidak dibetulkan secara betul-betul enam bulan yang lalu.. jadi apa fungsi perjumpaan demi perjumpaan, pembetulan demi pembetulan yang kami buat setiap minggu kalau semuanya perlu dibetulkan lagi SEHARI SEBELUM TARIKH HANTAR??? 

bebekalkan masa yang tinggal beberapa jam.. tertekan sudah tentu!! perut yang kosong... tidur yang tidak cukup!! itu adalah pakej lengkap untuk buat otak saya lembaB lebih dari siput untuk berfungsi!!! owh ALLAH.. terus beri saya kudrat. ini kerja individu.. research individu..kudrat individu..dan kekuatan individu.. dan saya juga perlu bertahan secara individu.. T_T

dan seusai kerja itu pun.. saya masih tidak tenang... tambahan lagi..sy sendiri dapat kenal pasti terlalu banyak silap. " SALAH EJA. SALAH GRAMMAR, SALAH AYAT. SALAH MAIN ISU, IV DAN DV.." lalu bagaimana??? ianya sudah terlambat..

ALLAH.. sy memang tiada kudrat lagi.. bantulah saya ALLAH.. bantulah saya.. kerana saya hanya mampu berharap pada-MU sahaja. T_T

kerja ini adalah kerja air mata.. sepanjang menyiapkan kerja ini.. saya tidak sudah-sudah menangis..kerana terlalu banyak perkara yang berlaku.. dan kali ini.. kawan-kawan saya turut mengangis.. menangis kerana tiada kudrat lagi..tiada kekuatan yang mampu disandarkan lagi.. melainkan ALLAH...

saya hanya mampu berdoa, berdoa semoga ALLAH memberi saya idea dan buah fikiran untuk menjawab persoalan demi persoalan oleh panel VIVA nanti... sy berdoa.. DR. yang menjadi panel kami nanti tidak menyoal soalan yang "MEMBUNUH" markah sy..

cukup setakan ini.. saya sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi

mood: sangat pasrah denga hati yang tidak tenang