Followers

Tuesday, February 28, 2012

Terbalas jua

assalamualaikum..

alhamdulillah.. bekesempatan update blog.. waahhh ternyata sudah berkurun saya gagal mengemaskini blog saya gara-gara kesuntukan masa. =)

alhamdulillah juga... sepanjang bulan january dan february ni terlalu banyak perkara yang berlaku.. tetapi apa pun kesedihan dan kepayahan tu terus ilang dan lenyap bersama keputusan "final exam" saya.. syukur ini saya panjatkan kepada DIA RABBUL IZATUL. alhamdulillah.. segala keperitan mengharungi tahun akhir sebagai pelajar ijazah berakhir dengan keputusan yang baik. =) kini hanya mampu tersenyum gembira.. tiada kata lagi yang mampu terucap untuk menggambarkan betapa hati ini bersyukur..

untuk kawan-kawan seperjuangan.. tahniah. kita sudah berjaya menggenggam ijazah.. jumpa anda dihari konvokesyen kita, terima kasih untuk SAHABAT yang sentiasa bersama saya menjadi tulang belakang saya.. kepada anda.. sipendengar setia.. peminjam bahu untuk esak tangis saya.. TERIMA KASIH TIDAK TERNILAI UNTUK ANDA. untuk my dear sahabat .. SHAJARATUL AKMA. sungguh kekuatan yang luar biasa ini tidak mungkin ada dalam hati saya jika tiada anda. =) terima kasih kerana menjadi sahabat saya yang sejati. untuk ibu. doa itu kekuatan untuk saya. insyaALLAH.. hanya mampu ijazah ini saya berikan. mudah-mudahan saya kuat untuk menyempurnakan master demi ibu. meski saya bukanlah bijak.. tapi saya tetap akan cuba untuk itu. terus doakan saya.

ALLAH.. terima kasih kerana tidak henti memberi nikmat kepada saya.

-____-