Followers

Wednesday, May 9, 2012

rindu sungguh hati ini padamu MUHAMADku.

assalamualaikum dan selamat petang

moga berterusan dalam rahmat ALLAH tuk anda dan saya,.. seluruh umat muhammad.

alhamdulillah,. hari ni sy cuti. sejak waktu kerja tak 'normal" ni.. waktu berpesBuk dan bebelog pon sungguh terhad. keluar umah pagi. keluar ofis malam. huhuhu OT berganda-ganda bulan ni... perlu gigih dan gigih lagi. sebab itu janji yang sy lafazkan. ALLAH,.. moga terus Diberi kudrat oleh ALLAH. hingga hari ini, alhamdulillah sihat mental dan fizikan. malah semakin tabah dan kental. subahanallah.. kekuatan dari ALLAH

hari ni cuti. peluang ini sy isi dengan godek2 link kat tenet ni.. terklik link cafe cinta oleh fatimah syahra.. masyaALLAH.. sy rasa begitu tenang.. sebenarnye. berada disamping orang-orang yang meletakkan kecintaaan kepada ALLAH dan rasul lebih dari segala, tidak usahlah bebicara mengenai para ulama' dan para pendakwah. cukuplah sy bebicara mengenai emak sy. meski beliau tidak hebat seperti mereka yg sy nyatakan diatas. namun, berdamping dengan beliau sahaja sudah cukup membuai rindu hati saya pada Rasul ALLAH. dan tenangnya hidup bepegang pada agama ALLAH. T_T. beliau yg sentiasa mengingatkan sy erti kehidupan sebenar adalah selepas kebangkitan di padang masyar ALLAH.

tengah kusyuk online pesbuk n tgk video2 kafe cinta oleh ustazah fatimah syahra.. tibe2 sy terklik pulak sy "short film" oleh pelajar persatuan guru pelatih islam IPG perlis. cerita ni biasa-biasa sahaja bg sy.. rutin kehidupan. TAPI.. bagi sy mesej didalam cerita itu. di penghujung cerita ini sy teresak-esak. Sungguh hati ini tersentuh.. kejamnya diri. alpa dan leka. meski RASULku itu menangis kerana rindukan sy.. dan ummatnya. T_T.. " http://www.youtube.com/watch?v=Y2au8hlKcyk " inilah linknya,.


suatu waktu dahulu.. sy pernah terbaca kisah seperti di dalam video yg mereka lakonkan itu. waktu itupun sy turut menangis. entah tidak tahu mengapa. hati ini terlalu tersentuh. RASULku rindu akan kami. sedang kami lalai akan suruhan dan pesanan baginda. waktu menyaksikan teater "TEATER SIRAH JUNJUNGAN" pon sama.. sy menangis teresak-esak tanpa segan dan hilang rasa malu. ALLAH.. sy terlalu jauh tersasar dari suruhan nabi. terkadang mengabaikan suruhan dan sunnah baginda. sedang dihujung nyawa baginda pun,, masih menyebut sy " umatku, umatku,umatku".. ALLAH. saat ini pun,.sy tak malu mengatakan.. sy masih rasa tekesan. menahan esak.

ALLAH. sy mohon. teruslah belai jiwa saya dengan menyemai baja iman dan taQwa dalam hati gersang dan kelam ini.. ALLAH... kekasiMU itu..sungguh mulia.

rindu sungguh hati ini padamu MUHAMADku. T_T..

moga saya dan orang yang saya sayang.. keluarga saya. kawan-kawan saya.. kenalan saya dan seluruh saudara islam.. terus dalam rahmat ALLAH.., sy bimbang sangat kalaukalau ALLAH tarik nikmat IMAN dari hati saya.. NAUZUBILLLAH., mintak ALLAH jauhkan.

jadi benarlah kata emak. hidayah ada didepan mata dan hati. tinggal lagi ambil atau tinggalkan ia, ketuk hati tanya minda.

doakan sy jadi mukmin sejati. mukmin yang bertakQwa. mari kita kembali pada jalan yang benar.=)