Followers

Saturday, March 16, 2013

Sy rindu emak dan ayah

Assalamualaikum dan selamat malam. Jam menunjukkan puk 12.46 pagi. Ehhh tengahmalam.

Sementelah.. Sy tegolek golek kat ruang tamu. Bosan.rindu.sebak.
Perasaan becampur baur.

Dah dua tahun ayah meninggalkan sy dan keluarga. Tipu lah kalau sy ckp sy tak penah rasa rindu. Rindu. Sungguh rindu itu tak mampu dilafazkan.

Cuma ari ini rindu itu menebal, mengigit hati sy..
Bulan ini ulang tahun ayah.. Hari lahir ayah 23.3.1943.

Ayah.. Sy harap jd mampu jadi anak solehah. Supaya sy mampu kirimkan doa untuk ayah. Moga ayah terlindung dari azab kubur yg nauzubillah sy takut. Miga ayah aman disana.. Tergolong dlm golongan para solihin. Anak-anak ayah insyaAllah takhenti kirim doa untuk ayah.

Ayah. Sy rindu ayah. Rindu nak peluk ayah. Rindu nak main kudakuda ngan ayah. Rindu nak panjat belakang ayanh.. Pacu kuda lajulaju. Rindu nak kne marah ngan ayah. Rindu nak naik beskal tua ayah.. Rindu nak ayah ambik sy kat skolah.. Bawak naik beskal tua ayah..
Rindu nak minum susu dalam piring ngan ayah kat kedai kopi. Rindu nak potong kuku ayah.
Rindu nak makan ikanikan segar yg ayah bwk balik. Rindu nak suh ayah tulis name sy dalam tulisan siam. Rindu nak ayah buatkan senapang kayu. Main lastiklasyik ngan abang. Rindu nak pg kutip kupon kat pasa malam ngan ayah. Rindu nak pegi jeti ikan.. Tunggu ayah ambik ikan. Rindu. Rindu nak nek beskal racing yg taksampai kaki tu. rindu nak naik moto kapcai c70 ayah. padahal xde lesen. Rindu ayah panggil sy adek. rindu! Rindu macammacam lagi. Tak mampu nak cakap kat sini lagi.

Sedar tak sedar semua itu adalah kisah 20 tahun yang lalu. Kesah yang tak mungkin berulang. Rupanya itu kesah kerinduan yang sy mampu simpan dalam kotak hati sahaja.

Ayah.. maaf, sy gagal jadi anak ayah yang baik.
Sy gagal jg ayah waktu ayah sehat..
Sy gagal jenguk ayah waktu ayah sakit.
Sy gagal ada waktu ayah sudah mengadap ilahi.
Sy gagal menyahut panggilan ayah tuk kali terakhir.
Sy gagal ada disitu waktu semua anakanak ayah ada bersama ayah.
Saya lah yang gagal itu! Sy seorang!!

Ayah. Sy minta ampun kerana sy lah yang gagal menjadi anak solehah seperti mereka yang lain.

Yang paling degil.
Yang paling baran. Kata emak sy adalah cerminan ayah!
Yang paling tidak boleh dihalang.
Yang tidak pernah dengar cakap emakk dan ayah.
Saya lah sibudak degil itu!!!!

Ayah..
Sy doa ayah ditempatkan disyurga.
Sy doakan ayah dilindungkan dari siksa kubur yang menyakitkan.
Ayah yg banyak berjasa.. Moga syurgalah balasan untuk ayah.

Adek rindu ayah! T_T

Pada siemak. Rindu ini menggunung tinggi..
Sy selalu berdoa..
Moga Allah panjangkan umur emak.. Agar dpt sy berbakti lagi.
Moga Allah sihatkan emak.. Agar sy mampu membalas secebis jasajasa emak yg terlalu besar itu.

Allah.. Berilah balasan syurga untuk emak dan ayah sy.

Friday, March 15, 2013

Sarapan bubur

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Salam sabtu hihi

Moga hari ini kita adalah kita yg lebih baik dr semalam dan kelmarin.

Hey heyyy hari ni sy kerja tghari lagi. Pepagi bangun cuci kasut. Esok nak pg besukan kat putrajaya. Ecehhhh besukan katenye. :p :p

Kemudian masak bubur. Ngidam nak makan bubur nasi. Disebabkan duk sorg.. Maka masak la sendiri dan sorang sorang bubur tu.. Sedih . Huhuhu

Masak bubur amek mase kan? Lambat. Adehhh perut lapa. Lagu Keroncong mak emah sume ade dlm perut sy ni. Petanda tahap lapa tinggi!!! Hahaha **haihh itu lah kesah kalo perempun gemok. Makan dan makan lagi. Titik.

Sesambil tu keluarkan sotong. Goreng besebese je nanti.. Nak makan ngan bubur.. Ini nama dia makanan bujang yg malas. Hihi

** xsaba nak makan.

Tutup kesah bubur. Baiii

Ps:: sy rindu awak sangat sangat. :p