Followers

Tuesday, August 20, 2013

Aah aku suke!!

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ni bangun pagipagi. Kerja. Heyyyy heyy kerjaaaaa!!!!

Usai solat subuh, meluru tengok katil. Sobbbb nak sambung tido sminit lg bole tak? Ouchhh mate lebam. Tido lambat. 

Err errr sy nak cite kesah sy sesat kat tempat yang sy selalu lalu. Ehh bukan sahaja selalu bahkan kerap juga!!

 sy ke damansara. Berjumpa seseorang. Ding dong ding dong magrib.. Sbb da lepas bebuka agak lambat tggu isyak. lepas solat isyak terus gerak balik. Bedesup  tekan minyak dengan gaye sumaker sebab nak balik selesaikan hal kat umah serta kawan ade mintak tolong. Dari damansara tu ke shah alam takde la sampai sejam. Kalaupon jam teruk, siang hari je la. 

Tapi waktu nak balik tu otak beselirat pikir. Kalah wayar letri dalam tivi tu. 

Tah macam mane sy masuk 'exit' lain, bukan shah alam. Tibetibe da nak sampAi exit puchong. Biar betol.. Ehh??? ok takpe la bole balik ikut puchong tp exit hicom. Ok terus amek lane hicom. Sambil otak ligat pikir, merewang tah sampai ke benua mana.. Da tesedar sy tersalah 'UTurn' sebelom tol dan menghala patah balik ke putrajaya. Sobbb sy fenin. Pahal pulak pusing sedangkan memang nak balik umah. Allah tingtong sgt ke? Ok baikkkklah. Putrajaya tu jalan laluan harian sy. Jadi sy rasa konfiden bole cari jalan pintas. *konfiden ok. Baiiiii karut.! 
Bedesup tekan minyak.. Amek putrajaya exit shah alam. Tak cuak sangat sbb selalu drive balik putrajaya malam. Lagipon time tu awal lagi. Tibe tibe rase hilang. Tengok balik board, ehhh dengkil? Seremban? Ape sy sedang buat ni!!! Besiar siar ape memalam buta kat tengah hiway.. Ok fine!!! Pujuk hati. Fokussss!! Jangan merewang lagi otak tu. Drive lea drive!!!! Stay focus!!

Sy pusing balik exit alamanda. Terus ke shah alam. Jalan yang sama sy lalu kemarin. Cool lagi time tu. Drive pelan sket. Dengan harapan tak hilang punca. Masih kekal fokus dannnn paling penting tak lalu jalan yang tak patut!!! 
Dan lagi sekali mata sy tepandang arah tol teluk panglima garang. Teluk panglima garang????? Weiiiiii jalan gelap mane aku lalu ni. Ini klang. Ok baiklah waktu tu memang bebel kat diri sendiri. Ape yg sedang belaku ni. 

Homaigodddd ape aku da hilang akal ke. Tengok jam da pukul 11. Ehhh jap bukan tadi baru pukul 9malam ke? Ape ni? Gurauan ape ni. T_T. 

Oke oke stay rilek.. Sesambil otak laju cari exit ke klang. Sy pilih jalan banting. Terus amek hiway ke shah alam. Exit alam impian. Woooow sebbaik banting tempat laluan waktu bulan pose baru nj. Kalau tak, nak sesat kemana pulak agaknye kali ni!!! Pordickson???? Aa kalau sampai ke Pd sahhh sy akan sendiri drive hospital. Itu petanda sy dalam zon bahaya. Amat bahaya. 

Da la panglima garang tu ke shah alam sejam jugak. *cammane aku bole sampai sini?? Tengok henpon ok fineeeee betry takde. Hitam kelam. 

Dalam tingtong tu sy pilih hiway kesas balik ke shah alam. Fuhhhhh atlast jumpa jugak jalan pulang. Tah pape. Xpenah seumur hidup duk shah alam drive pelik macam ni. 

Yang sy pelik jalan jalan yg sy sesat tu sy lalu selalu. Bukan takpenah lalu. Cammane bole hilang arah. Xprasan langsung signboard. Rasr takde signboard. Tak nampak. 

Fuhhh sampai umah peluh peluh. 
Otak maintan musykil. Pahal teruk sgt diri ini. Owhhhh mentalkah? 

Siyes suke gile sesat cam ni. Lagi lagi sesat kat tempat yang bese lalu!!! Rase owhsem. Minyak dari full sampai tinggal 2bar. Nampakkk terbaik?? 

Zzzz 

Out dlu. See u then. Bai

*sampai ari ni sy musykil akan kejadian ini. Siyes musykil tahap golden level. 

Sunday, August 18, 2013

Yg jahil masih sy

Assalamualaikum dan selamat petang. 

Moga kita terus dipelihara iman oleh Allah.. 

Seperti yang kita sedia tahu, di kaca tivi. Di dada akhbar, di laman sosial muka buku. Di mana sahaja media massa sa cetak menguar uarkan perihal gelodak dimesir. Syria, iran juga palestin. Membunuh dan terbunuh hari demi hari mangsanya ialah rakyat jelata. Yg tidak punya apa apa. 

Cumanya ketepatan media menyiarkan tidak diketahui tahapnya. Justeru pilihlah sumber yg kita yakini. 

Panduan dan pedoman untuk kita di malaysia.. Yang katannya aman. Persoalannya aman kah kita?
Sedang masalah akidah tidak pernah sudah. 

Allah..
Sy lah yg jahil itu..
Yang takut azabMu. 
Yang takut fitnah dajjal (laknatullah)

Allah.. Lindungi sy dan keluarga.

Tadi sy terbaca satu post oleh kenalan facebook https://www.facebook.com/Msa87/posts/10201268389983939

Mencoretkan perihal isu sekarang. 

Terbaca juga beberapa post oleh ustaz zahazan

Adalah lagi. Beberapa buku.. Mengenai khiamat. Dajjal dan yaajuk yang pernah sy baca. 

Mesir juga dirampas dan di injak haknya dek kerana tali barut. Yakni kejatuhan berpuncak dari mesir sendiri. Yang besetongkol dengan yahudi. Demikian sejarah mesir pernah menceritaka kisah demi kisah. Yang harus kita jadikan pengajaran. 

Sy pandang ke arah diri sy. Jahil itu milik sy. Cetek ilmu juga sy. Sy pandang ke dalam hati sy. Sy kah ummah yg seperti buih dilautan itu? T_T 

Sy lalui jalan jalan di ibu kota.. Bandar metropolitan katanya.. Ada anak sebangsa sy disitu, sedang seronok mengecap 'keamanan' di malaysia. Saban waktu rasa pedih dan sedih. 
Tiada beda ramadhan mahupun syawal. 
Hening dinihari masih di jalanan, meski tahu ramadhan ada fadhilat seribu malam yang tidak ada dalam bulan lain. 
Seronok mereka tanpa endahkah bulan mulia.. Meneguk air 'seronok' memeluk erat jejaka dan gadis dengan baju separuh telanjang. 

Maka pandang lagi ke dalam hati ini.. 
Saya lah sebagian mereka itu yg seronok tanpa sedar bahawa bumi kian tenggelam. 
 Saya lah sebagagian dari mereka yang leka dan lalai itu. 

Rapuh dan kian meruntuh.
Agama dipandang ampuh. 
Akidah tidak mahu disentuh
Diam dan bepeluk tubuh
Bukan negara kita yang diceroboh. 

Allah.. Turunkan azab bagi musuh islam sebagaimana engkau pernah menghancurkannya terdahulu. 

Allah selamatkan negaranegara islam itu dari tangan musuh laknatullah..
Selamatkan juga malaysia dari kecaman dan ancaman jahiliah. 
Satukan hati hati pemimpin kami agar bangkit dan bejuang besama islam. 

Allah buka dan pegang hati saya.. Hati hati orang orang yang saya sayang agar terus diberi nikmat iman dan islam. 
Lindungi kami dari fitnah dajjal. 
Lindungi kami dari terus hanyut dalam mewah yang sementara. 

Allah..
Dunia hari ini sudah berada dipenghujung usia.. Bakal musnah dengan kekuasaanMu. 

Jadikan aku ummah yang bukan seperti buih dilautan. 

Nabiku,, sampai saat ini aku masih tersedu tiap detik mengingati betapa kau menyintai dan merindui aku, ummahmu meski kita tidak pernah ketemu. 

Nabiku, rasulku, junjunganku

Akulah yang jahil.
Tidak mahu aku menjadi ummah yang kau tangisi kerana kehinaan yang aku sendiri pilih. 
Moga aku dipilih Allag untuk syafaatmu. 
Aminnn

Bumi anbia saban waktu menangis. 
Islam diperjuang terus terusan oleh mujahidin..
Moga kalian syahid dijalan Allah yg dijanjikan syurga..

Sedang aku sering tewas walhal sekadar jihad melawan nafsu sendiri T_T

Thursday, August 15, 2013

Akur atau tidak


Assalamualaikum. Selamat malam.

Rahmat allah melangit luas. Mohon Allah selamatkan hati sy. Tetap dan tegap memilih islam agar terus diberi nikmat iman. Amin. Mohon Allah selamatkan keluarga sy. Selamatkan saudara seagama sy di mesir iran dan palestin yg sedang bergolak kencang. walau ternyata negara sy juga tidak perang tenang dari pergolakan hati dan iman. Hati ini menangis. Mereka gigih bejihad disana sedang sy leka dalam mimpi. Moga kemenangan islam terpelihara.

Siang tadi sy ke hospital. Kemudian memecut laju ke petaling jaya siapkan urusan kerja. Hati gudah. Tapi seperti biasa ianya seakan imune. Tidak terlalu rasa pedih dalam sedih. Usai kerja. Kembali ke shah alam, menaiki ktm. Dari shah alam, memecut laju ke putrajaya. Sy perlu kembalikan ketenangan hati. Maka sy pilih tempat kesukaan sy. Masjid putra. 

Malam ni sy pilih berada di putrajaya. Entah. Hati terlalu sesak di shah alam. Yg sarat dengan kenangan. Pengorbanan. Tekanan. Kian memberat risau menjadi bebanan. 


Sy tenang disini. Masjid putra. Allah suatu hari nanti sy mahu jejak ke masjidilharam. Mahu beteleku didepan kaabah, mengurai rindu yg kian memberat. 

Mohon Allah pilih sy menjadi tetamuNYA. 

Maha suci Allah memberikan ujian tiada tujuan lain melainkan memberi bersama nikmat iman. InsyaAllah.

Ramadhan tahun ni sy agak lama dirumah. Jadi malam sy banyak habis dengan pengisiaN rohani. Bebicara dengan emak. Rancangan di tivi. Pembacaan. Pemerhatian. Sedikit sebanyak ianya mendidik hati sy supaya lebih bersifat 'real' yakni berpijak dibumi nyata. 

Kalau dah duduk di rumah dan sy lah satu satu anak perempuan bongsu yg belum berumah dan bertangga. Makanya soalan soalan berunsur ion rumah bercampur dengan ion tangga membuat sy rasa percampuran ion tu negatif. @_@

Jawapan sy satu. InsyaAllah dalam tempoh terdekat sy langsungkan. Mohon Allah mudahkan urusan. Amin. 
Peeuuuuuwww *jawapan tu buat percikan peluh kat dahi lagi banyak hahahahah zzzz

Berbalik soal jodoh. Sedari dulu... Sy memang akui sudah terlalu kerap sy istikharah. Dengan harapan Allah berikan jawapan yg paling tepat tuk sy pilih. 
Ada yg cakap, petunjuk kadang datang dalam mimpi. Tp sepanjang 2tahun ni.. Xpernah ada petunjuk, dalam mimpi apatah lagi. Cuma ada dua kali sy termimpikan beliau selepas istikharah. Tp sy anggap ianya sekadar mimpi. Barangkali pentunjuk belum dapat. 

Kata emak, istikharah tu tak cukup zikir dan doa. Mantapkan lagi. 

InsyaAllah. 

Apa yg sy ingin lontarkan disini.. Sejujurnya semua orang harapkan impian terlaksana kan. Namun tidak semua juga impian itu yg terbaik untuk kita. 

Lalu inilah yg membuat sy berfikir tanpa henti semenjak awal bulan ramadhan yg lalu. Ya tanpa henti. malah saban malam sy memikirkannya. 

Sy ragu hubungan sy dan beliau ini sebenarnya sandarannya atas dasar apa. 
Mana hala tuju landasannya . Sy harapkan sangat atas tajuk apa. Agama atau cinta semata. Justeru sy mula meneroka kisah semalam antara sy dan dia. Apakah beliau dan dia hadir tanpa apa-apa manfaat? Tentu tidak. Kerana hadirnya pasti bersebab tiada sia sia. 

Hari ini 'beliau' datang melukis potret baru atas dinding yg sama. Dinding semalam yg pernah 'dia'carikkan. 

Lukisan beliau lebih sy senangi. Ada unsur ketengan. Namun kadang kala calitan warna tidak sy suka. Tidak membenam campuran warna lakaran dia. Lalu berus mahal yg beliau guna,  apa tidak setanding berus lukisan jalanan yang dia guna? 

Sy bandingkan dia dan beliau. Hal ini tidak wajar. Ya, tidak wajar sama sekali, kerana dia bukanlah beliau. 

Tapi kerana beliau datang selepas dia.. Dan dia masih muncul kembali dalam hidup saya sejurus selepas beliau ada.. Maka sy buntu. 

Kalalu ditanya, maka ya jawapan sy mahu beliau

Tapi sy toleh pula pada sekitarnya. Apa yang saya mahu wajar? Terhenti disitu tiada pula jawapannya. 

Maka istikharah lagilah sy. 
Semakin hari hati sy semakin memberitahu sy bahawa bukan beliau. Tapi dia. Ya dia. Yg sy lari darinya selama  ini. 

Jadi mana beliau. Sy masih mencari beliau, tanpa endah pun bicara hati hari demi hari. 
Sy lah yg mengejar beliau, mahu jauh dari dia. Walhal dia pula yg makin merapat. Ini ketakutan dan keraguan yang luar biasa. Yang tak pernah sy temui jawapan. Cuma harapannya pada ALLAH saja. 

Kalau dia pilihannya. Sy akur saja. Belajar benamkan cinta untuk beliau. Barangkali terkubur pada hujung usia. Cuma Bimbang pula berdosa tidak setia pada Dia.

Ya. Sy akur saja kalau cinta sy bukan bukan untuk beliau. Cuma waktu ini sy hanya mampu biarkan waktu berlalu. Dan sy tetap disitu. Menunggu. 

Ya. Sy akur kalau sebaiknya rancangan Allah sy dan dia, maka sy benamkan saja beliau dari hati sy. Kalau bukan hari ini esok. Kalau bukan esok pun barangkali tahun tahun akan datang nanti pasti ianya pudar. Tak perlu sy risau. =) 

Untuk beliau. Jalan yg kita pilih berbeda. Ada jurang antara duanya. Lalu tidak kita seiring bersama. Cumanya sy hArap pengakhirannya disana, untuk kita juga. Bukan sy dan dia.

16082013~03:07
Putrajaya. 







Saturday, August 10, 2013

Raya dan raya lagi

 Assalamualaikum dan selamat malam.. Moga kita terus dalam rahmat Allah.. 

Hari raya ke-3. 

Sy masih di kuala besut. Kampung emak. Gerak dari kemaman berdua.abang sulung kakak dan kakak raye petama kat umah. Seblah ptg balik umah mertua memasing.  Abang ke2 raye kat laut bintulu sane. Mintak suh tag gamba kat facebook je. Nak tgk gamba raye. Kesian hihi kami bizi kemain. Raye petama xsempat begamba. Huhu snap la raye ke2.. Anta la jugak kat beliau. 

Petang raye tu.. Sy sempat melepAk ngan kawan skolah. Almost 8 tahun tak jumpa. Nahhh jumpe je anak da besa. Huhu


Last jumpe umo tujuhbelas dulu. Dari kanan tu aya.. Da nak kawen ujung bulan lapan. Yg tudung pink tu mida. Anak dah 10bulan. Omeyyy si bam bam marissa. Seblah sy wani. Ujung skali tu tentu la sy si tembon hihi. 

Ptg tu terjah umah aya.. Dalam hujan lebat. Lantaran nak makan nasi dagang. Abaikan la ujan tu. Gigih pi umah org demi nasi dagang. sampai je sembang ngan mak ayah beliau sampai ke malam. Huhu 14 tahun tak jumpe. MAkanya cerita huihhhhhh sederet. 

Tak abes kat umah aya.. Anta wani balik singgah pulak umah wani.. Makan durian. Sembang ngan mak die sampai ke tengah malam. Huhuhu 

Sakannn raye!!!

Balikbalik terus solat tdo. Kepenatan. Sedar kul3 pagi.. Sroootttt selesema suda. Owhhh no!! Terkena ujan ptg tadi. Sobbbb. Kepala da start fenin. T_T. **sekarang ni jalan sikit pon da penat. Haihhh da tak macho la cam ni. Dulu bab jalan sy la otai. Pantang ajakkk. Musti nak ikoooooottttt. 

Raye ke2 tak de sape kat umah. Memasing terjah umah mertua. Justeru tinggallah sy ngan si emak yg single ni. Hahahahah tibe emak suh sy p besiap. Ajak balik kampung Kat adek beliau. Srooooottt. Mak, aye selesema n demam. Nape nak balik ari ni. Huaaaa

Tapi demi permintaan emak kekasih hati. Sy gagah jugak. Nahh akibatnye pakaian selebek abes. Muke tak tepek bedak, baju tak gosok. Tudung men rembat je. Asal boleh. 

Abaikan muka sy yg bulat lagi tembam tu @_@

Maka balik lahh sy dan emak.. Sampai kat marang jalan sesakkkkk grrrr
Elok demam sikit je... Terus jadi bebintang mate. Emak pulak ilekkk je tido seblah. Bangun je suh brenti beli kopok lekor ngan sata. Makan Dah tu sambung tdo. Pastu bangun pulak sambung ngaji dan membaca. 


Beliau ni rajin baca. Tak kira tempat. Pantang waktu lapang, mula la belek buku nak baca. **apsal la perangai ni tak waris kat anak die yg memang sah bukan hobi membaca hihu 

Sampai kat kuala besut kul 8malam jugak. Pecut kete paling laju 80km/j. Siyessss ngantokkkk!! ujan pulak. Nahhh lentok.

Sampai umah su, yakni mak sedara.. Sy terus tibai nasi. Ayam bakar seafood bagai terus takpandang. Lapaaaaaaa. 

Da makan lentok tido. Fuhhhh penat toksah cakap la. 

Tadi pulak yakni raye ketiga mak ajak pegi umah wariswaris kerabat sahabat handai beliau yang da lame takjumpe. Makanya sy gagahkan jugak la anta beliau. Itupun lepas makan ubat, lepas subuh sy tido balik. Siyes angkat tangan serender. Mak pulak kali ni festime tak marah sy tebongkang lepas subuh hihi baek mak ni.. Lebiuuu. Kul 10lebih baru sy bukak mata. Gagahkan jugaj bangun mandi. Teringat kat mak.. Beliau beriye sgt nak jumpe kerabat. Ok baeklah. Sy antakan. 

Petang pulak beliau teringin nak g kelantan. Ziarah sepupu beliau. Nahhhh cari penyakit kannnn. Jammed lagi. Lagi dahsattt. Dari kuala besut ke pasir putih kelantan.. Duajam lebih. Padahal sekangkang je jarak. 20km/j. Huaaaaaaa namun beta bajet cool je lam kete. 

Esok tak tau lagi plan ke mana. Sy tau pagi esok nak terjah pasar tani kat semerak. Ade misi mencari etok kat situ. Kenal tak etok??? Tak? Nahh kat bawah ni name die etok salai. 
Tak pandai makan bole cirit birit. Hahaha ngeri tak??

Tahun ni raye lebih luangkan mase tukk mak. N besame mak. Takpe la sy tak jumpe kawankawan pon. ^_^. 
Salu bab jurupandu ni abang punye bahagian, Namun kali ni beliau nunnnnnn Kat tengah laut. Sy la amek alih tugas beliau anta mak kemana yg beliau nak. Fuhhh peluhpeluh gak jadi dreba beliau sbb beliau ni kaki jalan gak errrr errr *rupenye same je ngan anak die hahahahah


*undur diri dulu. Maaf atas sume kilaf ye
*besday beliau yakni bestpreng sy jatuh pada hari raye. Lupe nak wish.. Hihi jangan marah. Tp petang raye da wish waktu beliau col.beliau yg col  Hahaha gojes la beliau ni.. lebiuuu :p
meskipon tak wish ai stenbai hadiah tau kat yu. Seblom g tawau nanti ai bagi ye baby. Nampak tak ai syg yu jugak sikit hahaha



Yg atas tu lah beliau. Sok son malu pulakkk padahal 24jam suh amek gamba die kalo jumpe :p 


Nah ni bukti. Macam2 pesen. Ahhaha

Ape pon selamat hari lahir tuk kau baby. Aku harap kau bejaya dunia akhirat. Ape pon yg kau buat aku doakan yg tebaek.. N sentiasa support =)

Out dulu. Mata da mula berat lantaran penangan ubat selesema agaknya. Hihi 

Hingga jumpa lagi. Babai









Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan ^_^

Assalamualaikum, salam ramadhan.

Hari ni 28 ramadhan, baru bekesempatan jengah blog. Kununkunun bizi sgt. Hihi

Alhamdulillah masih ditemukan dengan ramadhan karim. Tahun ni sy gigihkan jugak buat terawikh kat masjid. Tebus balik tahun lepas, terawikh kat umah.. Xde feeling langsung. :'(. Demi tuntutan kerja katenye. 

Tahun ni sy menganggur.. Xkerja.. Makanya alhamdulillah.. Hampir 3minggu puasa die kemaman. Dengan si emak kesayangan. Kadangkadang je wujud di shah alam.. 

Kalau dipanjangkan umo.. Lusa raya. Harapnya ditemukan lagi tahun akan datang. Tahun ni sy telupa nak kira berapa hari puasa. Sampaikan xtau hari apa raya.. Hihi bila beborak dengan kawan baru la tau.. Owhh lagi empat hari rupanya puasa. *dalam hati entah mengapa terasa ngilu. Sedih. Takut tidak dijumpai lagi ramadhan tahun hadapan. Moga Allah panjangkan umo. InsyAllah.. 

Tahun ni jugak x beriya sangat beli baju raya. Ada satu helai je jubah yg emak tempah. Sama warna dengan beliau. Kami tema berdua. Hihi yang lain sume dah ada rumah dan tangga memasing. Kami yg bujang berdua ni.. Jemaah 2org je la :) abang beraya di laut kali ni. Tak balik. Haihhh sunyi tambah sepi la lagi umah ni. 

Jubah peach emak jahitkan kosong je. Bebekalkan rajin yg sesudu ni sy jahitkan manik kat lengan tu. emak xnak banyak2.. Leceh nak basuh katenye. Jadi sy jahitkan kat tangan je 


Yg sy pulak tengah gigih jahit manik.. Tambah sikit lagi. Nanti tak la kosong sangat kan. 

Sehelai ni la baju raya sy. Hihi

Sebbaik emak belikan. Kalau tak, sy rembat je jubah tahun lepas. 
Da tua tua ni.. Mood bepuasa berjaya mengalahkan mood raya. ^_^. 

Tahun ni sempat join khatam quran dua kali. Ni yg syok duk kampung. **mulalah mood nak sambung study lesapp bedesup. Hahaha otak ligat je nak cari keje sini. 

Ramadhan kali ni.. Hati sarat dengan gelodak. Mana nak kejar ulang alik spital.. Gigih kumpul duit lagi. Haihh.. 

Tapi.. Sedarlah sy. Kudrat sy makin terhad. 
Kalau sebelom ni. Ulang alik dari kemaman ke shah alam. Sy bole balik sabtu malam.. Patah balik ahad. Xrase pape pon.. 
Sebelom ni.. Terjah dr shah alam ke perlis ilek je bole drive sorang.. Balik tengganu , tengganu- kelantan seminggu skali.. Cam shah alam ke kl pulak. Elok je.. Kalau da 3-4 hari tak tido pon.. Dari tengganu nak balik shah alam, selalunye singgah kat shell temerloh.. Tido sejam da cukup cover letih.. 

Tapi kali ni.. Rase lain. 

3hari lepas ke kuantan, padahal 30 minit je dari umah kalau bawak ilek ilek 70/kmj tu.. Tapi rase penat cam da bawak kete sampai joho. Sampai je ecm.. Mood nak intai kasut terus lesap. Nak try baju raya apatah lagi.. 

Sudahnya balik tu mintak kawan yg drive. Siap tetido lagi kat seblah. *kemain letih cam keje buat jalan. Hihi

Malam tadi pg kuantan lagi. Nak beli tudung kat anak anak buah hajatnya. Alang alang tengok skali kot2 ada baju kurung yg bekenan. Sampai je sane. Baru je mula jalan ke kedai ke-5. Pinggang da mula ngilu cucukcucuk bagai.. Hukalohhhh. 

Singgah kat tempat beliau niage. Duduk situ. Nak borak ngan beliau pon rase ilang semangat. Covercover rilek je.. Kang kene bebel lak. Hihi sebbaik ade kusi beliau. Maap ye ai rembat. Layankan je la kawan2 sebok duk usha beg tudung kasut bagai.. Jumpe kusi cam jumpe sofa empuk. Hihihi 

Balik tu tekan minyak slow je. Kaki da start sakit. Padahal bukan bawak manual. Tah pape. Hahaha 

Hurm.. Allah. Syukur.. Masih sihat. Sy tak tau la.. Barangkali mak perasan balik kali ni sy banyak tido. Siap buat keje mesti tdo. Dan dan bangun da kul 5 petang. Kadang telajak sampai 6.. Masuk dapur tengok mak sorangsorang masak. Sayu je rase. Xtesedar. Dapat tido macam xpenah tido sepuloh hari. T_T. Tapi beliau tak kejutkan. Tak pulak bebel. Felik jugak bile pk balik. Cume akan bising bile lepas balik masjid subuh tu.. Sebok nak tdo lagi. Time tu memang suara beliau nyaring hahahaha makanya sy tongkat mata kuatkuat. Hihi takut telelap. 

Makin hari rase makin letih. Lemah. Tapi masih purapura sihat.. Dengan harapan beliau tak susah ati.=)

Moga Allah rahmatkan emak sy.. Panjangkan umo.. Sy berhajat dan becita cita tinggi nak kawen tahun depan!! Ehhh hahah nak g umrah dan haji dengan si emak.. Aminnnn. Mohon Allah makbulkan doa sy yg satu ni. Xkesah la xde umah besa.. Makan mewah. Tp sy nakkk sangat hajat sy yg satu ni tercapai.. Amin yaAllah.. =) 

Baek lah.. Sy undur diri dlu. Malam ni terawikh terakhir tuk tahun ni, Moga sy sempat. Qiam yg terakhir jugak. Mari kita sama sama cari berkat dan redha Allah.. 

Mohon Allah pegang kuat hati sy.. Tetapkan iman sy dan keluarga.. Amin. 

Akhir kata.. Salam kemaafan. Andai ada kilaf yg sy tidak sedar.. Lalu mengguriskan hati mana-mana kenalan. Mohon dimaafkan dunia dan akhirat. =)