Followers

Sunday, October 27, 2013

apa pun. kalau ianya kerana ALLAH. pasti indah

assalamualaikum,.

selamat malam. moga kita terus dalam rahmat dan berkat ALLAH. redha ALLAH.

alhamdulillah.. ALLAH pinjamkan rasa bahagia dan cinta untuk sy hari ini. ekceli dari minggu lepas. perasaan bahagia bercampur baur dengan rasa terharu. bersyukur.

dari sebelum raya puasa sampai bulan ni. sy rasa sy mengalami saat saat paling getir. meski, masalah itu bukanlah seberapa cuma. tp ianya tetap sukar. memilih antara kerja dan pelajaran. antara cinta dan kasihan. antara keluarga dan perasaan.

perasaan tersepit. tak terluah. sesak. sendat. sedih. marah. bercampur baur.

hidup saya dalam tempoh 3-5 bulan ni.. banyak tidur. ada saja waktu terluang sy akan tidur. sy elakkan dari berfikir perkara yang tak mampu sy selesaikan. tanpa sy sedar sebenarnya.. saya cuba lari dari masalah sy sendiri. mengelat dalam hidup.

satu malam. sy duduk sendiri. perhatikan wajah si emak. yg lena disebelah.  tak lama lepas tu. emak bangun. sy toleh jam. 3 pagi! baru tiga jam emak tidur. dah bangun. sementara sy masih tergolek golek. emak kalih ke tepi. sy pura pura tidur. pejam mata. tak mahu emak tahu sy masih jaga. ligat berfikir. resah.

emak menapak ke bilik air, tak lama kemudian. sy nampak emak sudah siap sedia di sejadah. ohh emak mahu qiam rupanya. sy masih kaku disitu. dalam gelap. terbaring sambil mata memandang emak dari belakang. emak mula dengan solat hajat. sy dengar halus bacaan emak. lepas itu emak membaca doa. dari buku buku dan kitab beliau. solat lagi. sujud emak lama. antara solat dua rakaan ke dua rakaan lain.. emak selang seli dengan zikir. doa. bacaan quran. sy mula sebak. mengalir air mata tanpa sedar. emak yang semakin tua.. tapi masih gigih bangun malam. walhal kudratnya yang tinggal tidak seberapa.

sy perhatikan. tiap sujud emak, lama. terlalu lama.esak esak emak mulai kedengaran.  usai tiap rakaat. emak menadah tangan lama. terdengar esakan emak makin kuat. meski suara emak perlahan. sy jelas dengar butir butir doa yang terkeluar dari bibir emak. ALLAH.. hati ini tiada mampu tahan lagi. setiap doa emak adalah untuk bahagia si anak. tangis emak kerana rindu akan nabinya. tangis emak kerana penciptanya. doa emak sungguh sungguh. tiada pengharapan lain selain ALLAH. sy jadi malu. sy masih tetap perhatikan emak. sampai lah emak selesai solat sunat. kemudian menunggu subuh. terus ke masjid.

tapi malu itu habis disitu. esoknya pagi sy bangun seperti biasa. resah tetap ada. nahhh tanpa sedar. sy sebenarnya sombong!!
 kemudian sy balik shah alam. balik dengan hati resah. tidur tak lena. tegolek kiri kanan. hati resah. lalu sy baru terperasan. sy sebenarnya terasa kosong.
hati kosong. selolah hilang pedoman. tiada kebergantungan. sy bangun qiam. owh.. sudah berbulan sy tak qiam rupanya. baru sy perasan. sy sudah jarang berdoa. sy leka. sy terlalu banyak ambil mudah semua benda. sy teringat emak. malu.

sy bentangkan sejadah. solat hajat. kemudian buka surah yasin. habis surah yasin, sy tahajud. kemudian taubat. kemudian istikharah. sy ulang ulang sampai empat malam berturut. masyaALLAH. maha suci ALLAH yang berkuasa menjaga hati hati manusia dari lalai dan leka. dari angkuh dan sombong. sy seakan baru tersedar. saya lah manusia yang sombong dan angkuh itu. sy lah manusia yang lupa diri itu.

ALLAH ALLAH.. masuk malam ketiga sy bangun. sy baru terasa tenang. baru terasa diri ini tiada apa apa. selain hanya mampu berharap ALLAH memberi segala bantuan. sy hrp sy istiqamah. takkan ulangi lagi kesilapan yg sy dah buat ni.

semalam sy jumpa kawan lama sy, ekceli. dia junior sekolah dlu. kami satu asrama. dorm seblah seblah. kongsi satu bilik air yang sama kat tengah antara dua dorm.

seingat sy.. last sy jumpa dia 2010. dalam uitm. hampir 3 tahun.  sekarang dia dapat kerja di putrajaya. alhamdulillah rezki beliau murah. sy tanya apa rahsia. dia cakap takde rahsia, cuma kami kongsi pengalaman temuduga. pengalaman kerja, sy nampak beliau ni gigih. sy nampak satu kekuatan beliau doa. doa dari ayah beliau. dari ibu dan bapa.

sy becerita tentang hidup sy dari lepas habis belajar degree. sampai sekarang.  cerita secara ringkas lah.
satu satu sahabat sy sentiasa mengagumi sy yang tak punyai apa apa ni dari sekolah. dialah. sy pun tak tau apa istimewa sy di mata dia. maha suci ALLAH temukan sy dengan orang orang yang hebat.

sy baru perasan. sy sebenarnya dikelilingi oleh begitu ramai orang yang hebat dan tak sudah sudah menyokong sy. menarik sy, memimpin sy ke arah yang lebih baik.
ALLAH Memberi sy dugaan yang sy rasa sy takmampu tanggung tapi dalam masa yang sama, ALLAH kirimkan saya orang orang yang begitu baik, begitu positif, begitu semangat memberitahu sy bahawa jalan ALLAH berikan ini lah yang terbaik.

sy yang sombong. sy yang tidak mahu mengangkat tangan memohon ihsan ALLAH. sy lah yang mencipta kelam itu. semua berpuncak dari sy. sy baru terperasan. astarghfirullahalazim. kilaf ini datang dari saya rupanya.

lepas berborak, bercerita dengan junior sy ni. sy rasa sy lebih tenang. lebih nampak jalan. lebih bersemangat. lebih gagah. lebih kuat. tambah satu lagi kekuatan. tambah satu lagi doa dari mereka mereka yang hebat. alhamdulillah. sy rasa jalan yang terbaik tiada lain selain memilih kebergantungan kepada ALLAH dalam hidup seratus peratus beserta dengan usaha yang gigih.

sy masih sama. leka. lalai. hati mati. bermaksiat. berdoa. angkuh. riak.

sy harap mereka doakan sy kembali ke jalan yang benar. insyaALLAH.. Doakan sy. temui jawapan yang tebaik. sy masih menunggu. pilihan antara dua. moga ALLAH mudahkan urusan sy. dan ditetapkan hati serta yakin dengan jawapan dari ALLAH. amin.


 she is my junior

 it is lea
tah apejenis style.. kepala senget senget. ahahaha 

sy janji. sy takkan berhenti berjalan. mencari sesuatu yang terbaik untuk kehidupan dunia dan akhirat. moga ALLAH redha sy. 

sy suka 'kod pakaian" ni. siyes suke. sy rasakan sy mahu pilih jalan baru. doakan sy. sy bebetul bebetul mengharapkan ALLAH pilih sy, pegang hati sy.

bahagia ini milik ALLAH. pinjaman ALLAH. cuma satu yang sy mampu lafazkan. ALHAMDULILLAH.

PSS: esok sy lapor diri. kerja. doakan sy.

Saturday, October 26, 2013

Eh eh dapat hadiah lagi!

Assalamualaikum dan selamat petang. 

Haaaa ari ni nak cite, sy dapat hadiah lagi. Sebelom balik ke shah alam. Kakak bagi paperbag. Kite godek godek ade baju! Wehuuu baju muslimah. Ecehhh. Kite tau kakak perli kite la tuuu. Heuwwwheuwwww pastu kite basuh baju tu. Taknak pakai lagi. 

Lepas tu kakak ipar datang umah. Borak borak sal study dan tempat kerja sy. Lepas tuuu kakak bagi hadiah! Tudung. Wink winkkkkk. Kite tak bukak lagi. Sebab segan. Hihi lepas beliau da balik baru bukak. Woaaaa tudung tu panjanggg selendang ekceli. Warni pink teranggg! Perghhhh seram sy. Tapi sy suke sangat. Satu sebab hadiah. Dua sebab selendang tu panjang, lebar dan besar, sy rasa beliau buat sendiri. Sebab kakak ipar tau sy suka jahit selendang sendiri. 
Bila da bukak dan cuba selendang tu. Wahh labuhhh sampai bawah perut. Bahagian belakang lepas bontot! Best bestttt! 

Sy bagitau mak, mak cakap haaa cam tu la baru pakai tudung. Elok je. ^_^ ok makkk ok!! Sy faham, sume orang macam nak sy ubah pakaian sy. Sopan je mesej diorg sampaikan. Bagi hadiah dan sebagainya. Hihihi ok baik lahhh sy akan menapak pelan pelan, ke arah lagi baik. Doakan sy, insyaAllah. 

Tadaaaaaa ni la baju dan tudung tu. 


Haaa ladies sangat kann!! Wehuuu 

Alhamdulillah, semalam sy pakai baju dan selendang pemberian beliau, beserta jam tangan pemberian incek pemberi. Rase hati bebunga sepanjang hari. Baju tu sejuk je. Selesa. Tudung tu pulak. Rasa seronok pakai sebab labuh. Jam tu, telekat kat tangan kanan. Rasa betambah hensem dan kacak, gagah bejalan. Hihi

Terima kasih Allah, hadiahkan sy orang orang yang hebat. Yang tak jemu tarik saya ke jalan yang lebih baik! 

Terima kasihhh. 

Baiii 

Tuesday, October 22, 2013

piknik satu famly selingan kaunseling

assalamualaikum,

hari ni 22 oktober besamaan selasa. sy selamat sampai shah alam. festime drive ke shah alam dari kemaman dalam pecutan 80-90km/j. kekadang je cecah 100km/j. lahaiii pahal ni?? felikk felikkkk. xpe keselamatan katenye. ahahahah festime jugak sampai shah alam tengok tengok minyak yang abes 3bar je. ehhhh??? ok saving sangat. kete meragam ke die faham tuan die pokai. bhahahaha. baiii.

 cop. taknak cite perihal hari ini. nak cite perihal sabtu lepas. yakni.. seawak 9.00 pagi *pagi la sangat kannnnn.. sy masih tegolek golek kat ruang tamu. tak tau program ape ari ni.
kemudian, dengan bunyi enjin bederum. *bederum?? 

lalu sy jengah.. haaa abang beserta kakak ipar datang.. yeayyy.. ade anak buah. sonokkkk. nahh anak buah da gemok. baru 4bulan da tumbuh gigi. hebat!!!!

pejumpaan kali ni adalah sebab mesyuarat perihal parenting yang sy tulis dalam entry lepas.
nampakk?? sesi coaching, motivation. bla bla blaaa blaaa. 

seperti yang dijangka, ade pihak yang emosional. pihak yang sedih pilu. yang marah melambung.. yang ilekkk dan bajet cool. yang tegas bak hakim haruslah abang abang sy. yang melambung emosi dan kemarahan. sobb sobb sapu air mata mesti lah mak kepada budak. si nenek.. ilek ilek saba cooling down je.  yang baran tapi cover macam cool adalah kakak. dan sy.neutral. mungkin bakal ibu. sy sy pandang hal ini serius. pendekatan bebeza perlu diambil. sy pilih untuk tidak menengking. tidak memukul. sy pesan juga kepada mereka sudah sudahlah guna tektik kekasaran. abang pon mempunyai pendapat yang sama. jadi kami pilih kaedah kelembutan.

si pesalah. memula angkuh. sombong. taknak mintak maaf. taknak ngaku kalah. namun demikian.
si hakim telah berdiam diri. nampak tangan lalu capai lidi kelapa. haa seikat lidi kelapa ditangan kanan.

sy mula dekat. memberi isyarat kepada abang kedua. sy mencelah.
si pesalah tidak mahu mengaku. mati matian pertahankan hujah. sy mula ugut menggunakan nama polis. dan akan menghantar ke sekolah jahat. nahhh nampak tak cara kasar sudah bermula. lalu si abang ambil alih sesi beselang seli dengan saya.

abang mula meninggikan suara. bertujuan menggerunkan sahaja. sy mula soal siasat. menanya soalan soalan perangkap yang menjerat. berkali kali!! ya berkali kali. kaedah ini sy dapati mampu menjerat pesalah, kantoi dalam hujahan sendiri. nahhh nampak tak macam peguam takkk hahah geli.

suara sy mula bertukar serius. tegas. pandangan tak kalih dari si pesalah. soalan sy berjaya memerangkapnya. MENGAKU BERSALAH!! lantas dengan lajunhya lidi segenggam ditangan abang dihayun laju ke kaki pesalah!! fuhhhhhh meremang bulu roma den. wakakaka... haa dulu kecik kecik penah bebirat sebab lidi tu jugakkk..

lalu si pesalah menangis. sy mula masuk campur hampir 50 peratus. selebihnya abang.
keadaan berjaya die kawal. cerita sebenar becanggah dengan cerita dari sebelah pihak sana. dalam hal ini sy tak salahkan budak ni seratus peratus. nampak berbuatan ini dipengaruhi oleh orang dewasa yang menyuruh budak kecik buat perkara bukan bukan demi kepentingan. sy percaya. budak kecik tidak bijak menipu dalam isu besar. sekian,

sy juga turut memberi barang seketul dua ayat ayat pedih dan tegas kepada si ibu. nahh , sesi tamat oleh kakak ipar sebagai penutup. beliau kan cekgu. haruslan lagi faham kerenah budak budak.

ehh panjang pulak cite ni.. nanti kite sambung lagi. balik topik asal. tadi asal die nak cite pasal piknik kannnn.. jauh pulak melencong.  selepas sesi pebicaraan tu.. kami tukart topik piknik. kakak tekedek kedek keluarkan daging dari peti. daging korban yang selambak tu.. disuruh sy hiris. nak bakar katenye, petang ni g piknik. sume beriya je nampak. tanda setuju la tu.

festime selepas berapa tahun tah.. kami dapat kumpul sama sama. yakni cukup enam beradik.
abang sulung + istri  berserta seorang anak
kakak sulung beserta anak anak tiga orang 
kakak ketiga+ suami berserta anak yang masih bayi
kakak keempat + suami beserta anak lelaki. 
emak
abang yang kelima
dan saya. 
add onn anak jiran duaorang. 

siap masak tung tang tung tang.. sy ambik port buat air dan bakar daging.. haaa keje senang je yang dirembat. ahhahahah

kami gerak tiga buah kereta.

alza
myvi
waja

beserta makanan nahh selambak. tapi satu keping gamba pon tak snap.. lupe sbb esaited.

lokasi: pantai clubmed, cherating. 10minit dari umah sy.

tapi saya bantai lebih 10 minit gara gara telajak. hahaha *aku takkenal jalan. taktau mane clubmed tu.. ahahha

lupe la.... :P abang bebel.. cakap kau tau iCity ngan padang jawa je ke?? ahha ok perli sangat tauuu..

fine!!

sampai je.. terus makan. haaa lapaa  kottt. tunggu sampai lepas zohor baru dapat makan. mau tak kebulur.
da siap makan tu,. ape lagi.. memula hajat hati taknak mandi.. sebab tak bawk towel beserta kain kain tuk persalinan yang proper. namun, selepas tengok abang + abang ipar + anak berbuah dummm dummm terjun  dalam ombak tu.. air pulak membiru.. hohoiiiiiiiiiii takbuleh saba wehhh..

ape lagi. toleh kiri kanan. senyum kambing je kat mak. ting ting tingg belari ke pantai.. yihaaa bummmmmm
hihi selamat kuyup. kat dua jam mandi. legam pulak. baru lepas zohor. matahari segak je terpacak kat kepala kan. tapi mujur hari mendung sikit. hahahaah  sy kalau da jumpa ombak laut bagai ni.. angkat tangan serender. sory la.. wajib mandi kalau takde hal penting.

sebok mandi tibe tangan menggagau benda licin!! ehh remis.. kepah. ketamm hippp hipp horayyy.. semangat lagi nak mandiii..

bagi yang tak kenal. ini kepah. remis. dan ketam. 




da siap mandi.. naik atas.. pegi tukar baju.. opsss baru perasan tak bawak tudung spare. lahaiii.. akibat kretip lebih nilah jadinye.. ahhaah aku rembat je ape yg ade dalam kete.. asal bole tutup kepala segaligus aurat. 



tadaaa.. sempat lagi pisss kan..muke selebek ape ade kesah,.  kbaiii




Monday, October 14, 2013

Hari ini hari raya!! Esok jugak hari raya :p

Assalamualaikum

Mohon kita dalam rahmat الله. Ari ni 9zulhijjah. Yakni 14oktober. Yakni lagi esok adalah raya aji! 

Kat luar hujan baru redA. Sejukkk dia nunnnn sampai ke tulang. Natijahnya sy bekelubung dalam 'gebar' 

Tadi juga hari wukuf di arafah. 
Hari doa dimakbulkan. Hari penih dengan keberkatan. Puasa. Doa. Zikir. Tasbih. Tahmid. Takbir. Ayuh buatlah semampu yang ada. 

الله saja tahu isi hati sy. Melonjak lonjak mahu berada disana. Wukuf bersama di arafah. Suatu hari nanti insyaAllah. 

Hari ni. Tahap kemalasan ya ampunnnnn maxima!
Mak kejut sahur. Kejut qiam.  Bangun sambil mata  tekedip kedip nak tanak bukak. 
Menonong g bilik air. Huihhhh sejukkkkk. Hujan pulak lebat takyah cakap lah. Kalau tarik selimut lagi nahhhh subuh melepas lah jawabnye. 

Da siap solat. 
 Sahur minum air je. Tak rase pulak bak makan. Sementara tunggu subuh. Haaa sempat lagi tarik blanket. Hahah mak potpett popett. Bebel lah ape lagi. *bangun lahhh zikir. Tasbih. Doa. Ape pulak tidooo hari hari baik macam ni! Tak rase nak menghargai ke?? Kang esok mati takpayah jerit sesal. Takde pekdah! 

Nahhh nampak ayat penyata mak yikam hati ai lajulaju. Pedih!  Pis mak pisss. Sejuk laaa. K bai baik bangun lajulaju kang kene debik belakang pulak. 

Err subuh mak g masjid. Sy pulak haaa laju g kat dapur amek wuduk balik. Solat. Toleh kiri kanan. Err sunyi je. Ok tarik blanket selow selow. Zzzz *betuah punye budak, ujar mak. Hahaha kali ni je. Pelisss 

Nampak simptom ape kat situ. مالس. Malas.
 Haa bukankah parah!?

Aiyakkkk balik umah je. Kemain malas. Dari subuh tadi. Sampai petang. 

Bangun tido. Main ngan anak buah jap. Telelap depan tibi. 
Ehh tetido. Bangun keluar beranda. Amek henpon toleh kiri kanan. Sedar sedar tido! Bangun dari kusi tu. Melepek kat tikar. Tairk bantal. Tido. Ok ini teruk. Pg dapur basuh kain. Mak bebel kain tak sempat kering nanti katenye. Petang ujan. Esok da raye. Haaa nyaring suara. Hahaha mampuis anak dara dia buat tebiat mintak lempang kali ni. 
Siap basuh kain. Mop lantai. Konon elak ngantok. 
Keluar balik depan beranda. Ehh tido! 
Hampehhh. Wuwuwu tak tau kene mandrem ke hape. Tapi ari ni ngantoknye maaakkk jenabbbb kemain bahye! Malas tahap dewa. 
Tahap malas die. Sampai nak bukak mata pon malas. Angkat tangan pon malas. Cenggini taklame jap g datang la tangan emak debik kat blakang hahahahah larikkkk. 

Tegolek golekkk depan tibi. Nak gi sambung lesen hajatnye. Tapi kat depan tibi dari tadi lagi. Hahaha terok. 

Lalu seblom mak datang debik. Baiklah sy g mandi siap solat zohor. Zohor awal kan. Kul 12.59 pm. Da siap solat. Konon nak g jpj. *konon lah semate rupenye!! Bole lagi telelap sekejap lepas solat tu!! Wakakaaa ini bahye. Da tesedar tu Bangkit terus. Ajak mak g banda. Nak sambung lesen. Kang esok balik kampung takpasal duit terbang bagi kat abam polis. Hihu 

Tadaaaa lesen baru!

Hukalohhh die ikut gamba kat ic. Lalu bila sy tampak seperti bola. Dem. mata sepet. Pipi timbul dengan jayanya. Hahahahaha piss pisss 
Tadi nak tukar alamat. Ni alamat lame. Saman sederet sampai kat jb hahah mampuih kene bebel. Kantoi situ je. :p 
Tapi tadi si cik jpj tu cakap kalau nak tuka alamat kne isi borang lain. Ouchh kne beratur lagi ke. Takpe lah cik ari ni sy da la malas tahap kura kura. Disuruh beratur balik. Haihh lagi dua tahun lah sy tukar alamat. Baii bak je la lesen sy tu balik hahah

Halaaa lagi satu. Tadi kekocoh kocoh sy lupe nak mintak balik lesen lame. Wuihhh syg lesen tu. Hurmmmmm. Mencikk!!! Telek telek lesen baru. Halaaaa apsal sini die tak mintak gamba baru. Scan gamba ic yang dari abad lepas takpenah semenggah. Ehhhh penat tau snap snap gamba baru. Ingat cik jpj mintak gamba baru cam kawan kite buat ari tu. @_@


Haaa ni gamba baru. Time ni snap lepas balik intebiu. Jadinye tudung senget benget pon lantak lahh. Haha xperasan pulak. Ade cermin ke tak nak intai tudung  seblom snap. *same je bulat hahahha kalau gemok xpenah kurus cam ni la jadinye! Baii 😫

Dari pemerhatian, sy syak sy memang nampak garang. Sementelah mate sepet. Mula bulat tembon!! Senyum secoet je?!! Haaaaa garang! Tu la cecite asal nak jadi askar sangat. Tebawak sampai besa! Garang, kelat! 😶 😜 lantak! Hahah

Ok dah! Esok raya! Sy buat korban kat palestin tahun ni. Moga ibadah sy diterima. Meringankan beban derita saudara sy disana juga. Amin yaAllah. 

Kat dapur ada kuah kacang beserta nasi impit. Makanan tradisi umah ni dari sedekat lalu. *dan dan makanan tradisi. 
Tau nape sy cakap tradisi? Sebab dari kecik tiap tahun wajib la ade nasi impit tu.  Dari dulu dulu mak buat sendiri. Masak nasi lembik masuk dalam bekas tekan tekan, alas kain.  tindih dengan tong air atas periuk nasi tadi. Esoknye bangun jadi nasi impit. Potong idang! 

Sampai sekarang mak beli je yang segera. Suh orang lain masak. Alasan sbb die tak reti masak yg segera tu! 

Haaa nasi impit ade jugak tiap kali pagi raye. Hahah tapi sy tak suke. Makan makanan lain je lah. 

Kat dapur tu juga ade ketupat palas. Ade bahan bahan nak buat Nasi  ape tah tadi tu hurmmm nasi mandy kot. Arab arab gitu. Tah la ape name die. Kakak buat. Ade gulai dalca. Ayam xde nampak lagi pon. Suke kakak buat. Mak malas katenye. Siapkan bahan ngan dalca je tadi. Lepas tu tinggal. 

Sy? Sy tak buat ape kali ni. Kan da cakap tadi. Malas! *mampus mak metua reject aku! 

Tu ha kat ruang tamu anak sedara tegolek golek tido. Cammane tah sorang ni bole telepas tido sini. Hahah yang lain awal awal da kerah balik. 

Raye ni tak meriah. Sejak sume da kawen nk. Tak bes langsung. Umah mereka lak sekangkang je. Esok lah datang kedek kedek. 

Abang da balik kelaut. Keje la tu. Tak de lagi raye kali ni. Haihh. Esok sy ngan mak balik kampung. Esok kot! Takpon lusa! Tengok lah tahap kemalasan bekurang ke tak lagi! Hahahah 

Cam bese la kamj balik bedua. Kami je yg single! :) wink wink

Mak nak balik ziarah kubur abangnye. Kat pulau pehentian. Nak sangat balik kampung.  Taktau la laut gelora ke tak. Sekarang da mula ujan lebat. Tengkujuh! Kalau gelora. Takdapat balik kampung lah. Pegi besut je la. 

Esok raya. Lusa pon raya! Hihi sy seronok sbb dapat makan banyakkkkkk! 

Esok tak saba nak solat raya. Mohon الله panjangkan usia kami sekeluarga kearah kebaikan. Amin. 

Copp baju raya taktau kat mana. Lahaiii jubah cam tak bawak balik je. Ceittt

Ok undur diri dulu. Doakan sy dapt redha dan berkat الله.  Syafaat rasul allah. 

Doakan sy terus diberi nikmat iman dan islam. 

Maaf atas segala kilaf. =) 

Sunday, October 13, 2013

Kalau telus, pahit! Tak pelik

10zulhijjah mendekat. 

Pulang ke desa, ketemu sama bonda.
Sarat menggalas cerita. 
Mahu khabar pada bonda. 

Sampai sahaja. Bonda diberanda. 
Owhh khusyuk bercerita dengan cucu sedara. 
Aku terus saja bersila.
Menyelit depan bonda. 
Apa saja bualannya aku angguk sahaja. 
Tidak bersuara.

Tidur malam kali ini seperti biasa
Berteman bonda.

Sesekali berdengkur halus sahaja
Penat benar dia
Lagi sedang meniti hari tua
Bebekal kudrat tak seberapa
Dikerah dari pagi hinggah senja
Tidak pernah mengeluh pula.

Wajah bonda tampak masih sama.
Cuma garis garis halus dimuka
Makin jelas dan nyata.

Bonda.
Tangan tua bonda
Yang Mengusap aku dengan cinta
Sepenuh jiwa da raga
Sudah kedut sejuta.
Tapi ada bahagia yang sama
Ditelapak tua bonda. 

Bonda.
Tidak punya apa apa
Tidak kaya
Tidak punya harta
Bukan saudagar permata
Bukan

Cuma yang biasa biasa
Si miskin menderita
Hidup cukup apa yang ada
Tiada kereta
Rumah tiada besarnya
Pondok usang cuma
Tunggu rebahkan tiangnya.

Tapi bonda
tidak pernah putus asa
Memberi kami ilmu agama
Mendidik kami dengan apa yang ada
Supaya jadi insan berguna
Katanya kelak Allah tanya 
Jawabnya apa 
Kalau sekarang tidak berusaha.

Bonda.
Butir bicara kali ni dengarnya keras 
Apa bonda berkias
Tapi tegas!

Butir kata bonda kali ini
Aku teliti,
seperti menggari hati
seakan mahu aku mengerti
Bahawa mana lagi aku nak pergi
Kalau tidak pulang pada Ilahi.

Bonda,
Dia sedarkan aku.
Aku yang beku
Kelu
Tersedu.

Kata bonda
Pahit
Tidak cantik
Lorong sempit
Hati tercarik
Rebah 
Impian punah 
Masalah tiada sudah
Jiwa gundah
 
Itu hidup

Megah
Rumah mewah
Musuh bersepah
Tangan menadah
Bahgia
Kecewa
Papa kendana
Derita

Itu juga hidup.

Jadi apa?
Nahh
Pokoknya Tuhan ada
Dunia ini DIA punya.
Jangan pernah lupa
Kita tidak pernah ada upaya!

Kalau sesekali 
Rasa berdosa
Itu peringatan pada kita
Hidup dalam noda
Tempat dia neraka
Tiada ubat selain nasuha

Nasuha
Tiada berbayar tiketnya
Tiada dijaga malaikat juga!
Pintu masih terbuka
Tunggu apa?
Balik lah pada dia.
Sampai bila mahu becanda?

Hidup tersepit
Pahit
Lorong sempit
Itu tanda hati sakit.

Telus itu katannya enteng tapi payah
Jangan nak 'bedakyah'
Cakap ia tak susah

Apa lagi
Ketuk minda sendiri
Tanya hati
Apa ia mati?
Kalau tak mahu lalu jalan berduri
Jangan mimpi nak hidup sendiri
Konon bedikari! 

Kalau tak mampu
Jangan merapu
Tak perlu Tunggu di situ
Bukan ada boleh bantu kalau hati batu.
Sekarang apa? Ragu ragu?

Bonda
Dia tinggal aku disitu
Temangu
Menompang dagu
Tiada sendu. 

Cuma aku kelu.