Followers

Sunday, November 17, 2013

sini aku tunjuk!

lagu rindu, irama syahdu. 
titik cinta bertemu
menyatu padu. 

titik titik merah
merembes basah
dia bagai tidak pernah endah
apa lagi ambil kisah.

aku nampak dia, masih sama
tidak berganjak waima sejengkal. 
diruang jendela usang itu, 
duduk berteleku
sesekali menompang dagu.

iris melorot ke arah dia. 
tertanya tanya, 
sekadar bermonolog cuma. 

aku jelas nampak ia, 
berselindung balik jendela
tak mahu aku bertanya 
biar jadi pemerhati saja

esak tangis dia bergema
titik titik merah dibiarkan saja
deras basah bersama air mata. 

luka dia seakan membarah
kalau tidak diubah, 
maka kekal disitu taksudah
aku bimbang dia rebah. 

sini aku tunjuk luka kau. 
titik titik basah itu darah
bukan aku marah kau tak endah
tapi berpada-lah!!

sini aku tunjuk luka kau. 
nah
sudah bernanah
memamah meratah 
hingga kau tak betah
mencari apa yang tidak sudah. 

jangan bilang aku tidak pernah faham
impian yang kau padam
cinta kau digodam.
mederita saban malam
demi kisah cintak yang kau tak mahu padam. 

sini
sini. 

duduk sebelah aku
mari aku bisik cerita aku
bukan kisah dongeng di muka buku. 
tapi ini kisah aku 
yang sama macam kamu. 

sini aku tunjuk. 
aku tak pandai menunjuk
aku pon jenis menjeruk
mahu dipujuk
mahu dipeluk. 
tapi kisah itu tak bertajuk
sudahnya aku merajuk.

kau, 
mari sini luka itu aku balut.
bahu aku boleh kau paut
melepas sendu
aku tak pernah jemu
apa saja untuk kamu. 

sini aku tunjuk, 
parut luka aku lagi mendalam
tak mampu aku padam
tapi aku nak kau tahu ianya cuma kisah semalam
biar lah ia
semakin hari semakin berbalam.

kisah kita hampir sama
cuma luka kita berbeda

kalau aku, 
aku biarkan dia bahagia
membiar saja 
bermakna aku pilih derita
ya derita
tapi kalau untuk dia
aku biarkan saja. 
satu dunia mencerca
aku pekakkan saja
ini bukan sandiwara cinta

kisah realiti tidak seperti maya 
tidak sama seperti cinderella dengan putera raja
hujung cerita ada bahagia
tidak
tidak seperti itu yang indah belaka.

kalau luka berdarah
merembes basah
buat kau jadi tabah
tiada masalah kau buat tak endah
tapi bepadalah.
jangan ambil mudah
hubungan dengan ALLAH.

aku bicara bukan bermakna solehah
jauh sekali seperti mujahidah. 

cuma aku mahu tunjuk, 
aku juga pernah kalah
pernah rebah
menangis tak sudah
hati gundah
semua kerana pilih jalan salah.
lalu menyesal pun tiada faedah.

lorong berliku
bukan kita yang mahu
tidak kita pinta ada disitu
tapi jangan pernah rasa jemu
ia anugerah dari yang SATU
mengajar kita supaya tetap jitu.


*hidup ini konon konon saja tiada apa apa
walhal gelodak memendam rasa
air mata masih bersisa
tak siapa dapat baca, 
tidak mengapa
kita simpan saja
tunjuk kita bahagia. 


Tuesday, November 12, 2013

Arjuna?

Apa kabar arjuna. 

Celik celik dinihari
Terpercik peluh di dahi. 

Telefon ku ditepi berbunyi
Sudah aku teliti isi
Sudah aku kenali si pemberi.

Arjuna, 
Aku amati bait bait kirimanmu.

Rasa bugar
Tidak hambar
Tidak tawar.

Arjuna, 
Entah bagaimana
Antara kita bagai anda sengketa
Walhal aku tidak pernah berdusta
Tidak bernah berbeda
Masih sama tetap setia. 

Saban malam
Kau lah meneman. 
Katakata penuh sopan,
Ibarat penenang.

Kisah cinta kepada arjuna


Asal cerita 
kita bahagia dalam seloka
Kita tersenyum ceria
Bercanda tiap masa
Kau ajar aku cara bahagia
Kau beri aku erti cinta
Pendeknya kisah kita baik baik saja
Indah indah belaka
Tiada sengketa.

Namun tidak aku sangka
Kisah kita mula di duga
Bagai racun membaja
Ditanah melata.

Apa aku boneka?
Kau cuma bersandiwara saja? 

Amarah membuak
Di kemuncak
Mecanak canak
Bagai diternak! 

Si sopan jadi bengis
Kisah penuh tragis
Aku menangis
Bukan kerna sedih
Cuma aku ragu,
Madu sudah jadi candu?
Cinta sudah jadi sengketa?
Kalau ya takkan sekelip mata.
Apa aku boneka?
Hingga kau senang senang saja 
Bersandiwara dusta! 

Arjuna, aku tidak taksub akan cinta
Tidak mabuk dengan seloka 
Tidak leka dengan cumbu asmara
Tidak lupa berjaga jaga
Tidak . Tidak pernah alpa
Waima seketika! 

Arjuna, 
Rupanya dalam cinta ada bisa
Yang tak disuka. 

Kalau aku pilih bahagia,
Maka aku derita
Kalau aku pilih kamu
Maka ibarat aku makan candu!

Lalu aku pilih kejap
Berdiri tegap
Berpaut erat.
Tidak berganjak! 

Ndak mahu tersilap petak.
Takut tertetak
Ndak mahu tersilap bicara 
Takut tersula.

Tidak aku kesali
Cuma aku mahu ketahui
Kenapa ada membenci? 
Apa perasaan cinta aku tak suci?
Hingga harus berkelahi
Terus membenci.

Arjuna,
Kalaupun cinta aku tiada sudahnya untuk dinikahi
Aku pujuk hati
Sejarah itu sudah memadai
Akan aku kenang sampai mati.

Aku pilih jalan duanya penuh derita
Mereka tidak mahu kita bersama
Sulam bahagia.

Aku pilih jalan yang tiada sengketa
Meski aku tahu aku lah cagarnya
Satu atau dua sama sahaja
Semua derita aku rasa 
Kalau tidak kita bersama.

Boneka
Dalam sangkar hiasan permata
Lebih indah hidup dipenjara
Percuma. Sia sia. 

*Tusuk belati
Biar terus mati.
Tapi ingat mati sekali 
Hidup pula nanti
Untuk diadili
Depan rabbi! 

Hati hati dalam membenci! 














Saturday, November 9, 2013

Padah tak endah

Padah kalau hati berdarah tapi buat tak kisah. 
Orang buat mudah pun kau rase tak kisah! 

Walhal aku tau bukan kau tak kisah cuma cinta kau tu tak sudah. 
Hati  kau dilenyek terpesek pon kau senyum gelak mengkekek padahal hati sikit punya sakit. 

Kau, sampai bila nak buat tak endah pasal cinta kau yang tak sudah? 

Duk tunggu apa
Benda macam tak kemana
Yang sana macam tak nak apa apa
Datang pergi dalam hidup kau ikut suka
Kau kata cinta
Yang sana takkisah apa
Sudahnya kau jugak merana! 

Kau duk melangut apa?
Pikiran sampai ke china
Otak merewang kemana
Macam pikir masalah negara! 

Aku dah cakap, kau tinggal saja
Cinta kau angan jenis saja
Tak ada apa. 
Yang sana datang dalam hati kau waktu senja, 
Tindak tanduk berbahasa. Nampak sopan saja. 
'Manis' macam gula
Tiap kali jumpa hati melambung asmara!
Cinta arjuna macam indah saja
Tak tau itu lag yang buat kau merana
Hidup dalam cinta yang tak tau status apa!!

Nah, buku agama. 
Baik baca bila kau suka.
Aku beri al-karim atas meja,
Bacalah bila kau ada masa,
Celah cari masa,
Itu harta paling berharga. 

Prejudis aku pada cinta kau
Bukan bermakna aku tak pilu
Cuma tak mahu kau sendu tahan rindu
Padahal arjuna tu milik kau pun belum tentu! 

Konfrantasi kita, 
Mungkin buat kau terluka.
Bait kata aku buat kau mengata
Kau, aku tak suka.
Biar lah. Aku lancang berkata biar kau buka mata. 
Nampak macam aku taksuka. 
Lantak, aku cuma taknak kau berduka! 

Cepat!
Jangan kau buat tak kisah
Hati kau macam diratah
Sudah lah bernanah. 
Susah kalau kau jenis tak endah
 Konon sayang tak sudah
Sampai punah

Padah buat tak endah.
Kalau selalu tak ambil kisah
Lama lama punah! 
Hah jangan menyesal tak sudah! 

*hati kering
Terumbang ambing
Dipenyek arjuna jadi lempeng
Masih pandang enteng

Nak tunggu apa? Sampai bila