Followers

Monday, December 30, 2013

widuri, kesuma dan rama rama

lewat senja,
masih ada rama rama terbang di desa 
barangkali mencari anggerik rimba 
rama rama terbang rendah ke kaki bukit di hujung desa 
enta apa ada di sana 

lirik mata melorot kesana 
mata si kesuma bukannya rama rama.
 kesuma?
siapa dia
 aku kira dia juga jejaka desa 
kerna langkah kesuma kulihat macam arif saja 
serupa terbiasa menonong ke hujung desa 
tempat ada pelangi senja. 

ohh aku tampak susuk tubuh tegap milik si kesuma 
merenung bumbung teratak usang widuri 
widuri, puteri yang aku cerita tempoh hari 
ingat lagi?
 kisah KISAH TAK ENDAH? tempoh hari
 itu milik widuri yang aku cuba teladani.

 apa pula cerita kesuma, rama rama dan widuri? 

cerita tempoh hari banyak yang aku teladani 
aku lihat langkah perkasa kesuma ke arah desa 
menuju terus ke rimba mencari rama rama. 
meski sudah lewat senja. 
apa dia tidak tahu itu kerja sia sia? 
mana mungkin dikejar rama rama desa.
 aku ligat tertanya tanya. 
apa pula cerita kesuma dengan rama rama 
tika senja aku jejak langkah kesuma hingga ke teratak bonda 
teratak bonda kesuma rupanya di hujung desa 
selang satu baruh dengan pondok usang widuri siputeri desa.
 kesuma aku lihat dia tegap saja diberanda 
melorot mata ke arah sana 
tempat widuri berteleku sebelah gerek yang beroda 
sesekali jurai rambut diseka turut menguak jendela. 

apa kesuma ini kepingin cinta puteri desa?
 aku tinggalkan kesuma
 laju mengayuh gerek pulang ke rumah bonda 
senyum melirik kearah widuri, dia bersahaja 
barangkali, tiada sedar tingkah diperhati kesuma
 tak mengapa.. ada masa aku pasti teroka 
apa cuba kesuma buat dengan widuri dan rama rama di hujung desa 
mari pulang segera 
sudah lewat senja
 nanti kita sambung cerita 
kisah pelangi kala senja 
juga kisah kesuma di hujung desa. 
ya nanti aku teroka bila ada masa. 

30122013_1609. MASOFFICE



Friday, December 13, 2013

bau cinta

aku terjumpa bau kau, 
walhal tiada siapa yang lalu. 

aku toleh.
entah arah mana. 
mencari hidu apa.
dari siapa. 

tiada siapa yang menyapa. 
khayalan aku kalau kata serupa dusta. 
ehh tapi memang ada baunya,
baru tadi aku terjumpa. 

berteleku disitu
aku belek kamus rindu
tersusun rapi dalam kalbu
menunggu tanpa jemu
walhal aku tak tau kapan kau bertamu
menjengah aku. 
ya terhidu bau itu.
ianya kamu!!
memang aku takpernah ragu
yakin sekali aku
yang terjumpa tadi bau kamu,
ya kamu!


arjuna,
kau tau apa aku nak cerita kalau kita bersua?
kalau ada tika kau dapat ku jumpa, 
aku mahu kata
kau adam yang segar dalam deria ketujuh kita.
Adam yang sentiasa ada kala aku suka atau duka.

arjuna,
kalau kita sempat bersua
ada banyak aku mahu cerita. 

kisah tak endah widuri
mari sini
aku tunjuk nanti
widuri setia menunggu arjuna yang dicintai
takpernah berganjak tapakknua dalam hati
bagai sudah sebati
seperti digari. 

kau tahu adam itu siapa?

kata widuri, 
adam serupa arjuna
lelaki perkasa yang dia cinta
kata widuri,
arjuna sahaja cukup membuai bahagia.
arjuna si adam yang petah berbicara
ilmu penuh didada. 
kerna itu dia pilih saja derita
tekad demi arjuna
yang dia cinta. 

arjuna,
kalau hari ini kau ada, 
aku cuma mahu kata.
kalau tidak aku dengan kau
maka aku derita
adam ibarat tiada
sepi tidak bersuara. 

kalau hari ini kau bertamu senja
aku pilih beranda,
tempat kita berseloka
mendengar adam berdebat bicara. 


rasa bugar
bak ditiup semilir
kalau kau hadir. 

arjuna,
cinta widuri pada putera
aku fikir tak mungkin dilupa,
walau nanti adam hentikan bicara. 

bau kau tetap ada,
meski kita tidak bersua.
aku terjumpa ia
kerana ianya bau cinta. 

bau cinta, 
hanyir.
kelat.
tapi ada cerita
 adam hadir
cinta terpahat.

bau cinta
manis
lemak
kerana arjuna
widuri menangis
teresak esak. 

bau cinta bukan indah belaka
kerna kita hidup bukan di maya. 
ianya nyata.
ada adam si arjuna. 








Wednesday, December 11, 2013

lalu aku ini debunga atau zarah yang tiada apa

assalamualaikum dan selamat malam.
moga kita dalam rahmat dan berkat ALLAH. dipelihara iman dan terus dalam nikmat islam.

kisah kematian ahmad ammar, pelajar malaysia ke turki yang berumur 20tahun. belum puas saya geledah.
cuma kekangan waktu membatasi.

lalu malam ini.. sy terokai kisah kisah ammar.

ALLAHU SUBAHANALLAH..

sy jumpa video ini. luanglah masa.. hayati isi video ini.
 http://www.youtube.com/watch?v=gjl3XsxZP34

sebagaimana yang saya ceritakan dalam entry saya sebelum sebelum ini, sy tidak pernah bersua dengan si pemudah hebat ini. maha suci ALLAH.. kepergian Ammar membuatkan hati ummat terbuka. terasa ada getar semangat muhajid. kepergian ammar membuka hati ummat seperti saya yang sekian lama terkatup rapat. tenggelam dalam amukan nafsu dan gelora hasutan syaitan yang direjam.

astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah..

tertunduk malu.lidah ini kelu.

ammar, yang meninggal dilanggar ambulan dalam perjalanannya untuk mengajar risalah an-nur untuk kali pertama kepada pelajar baru dari thailand, kemboja dan malaysia. dalam usia seawal itu.. ammar mampu menjadi insan hebat yang di kagumi ummah.

sungguh. terkesan. selepas melihat gambar ammar dikafankan.. sy hairan. kenapa sy begitu tertarik untu menggeledah kisah demi kisah artikel demi artikel yang ditulis mengenai ammar. apa istimewa ammar? siapa ammar? mengapa dia yang diuar-uarkan seluruh negara?

maha suci ALLAH menggerakkan hati saya.. membuka satu demi satu video ammar.. untuk tontonan hati kering saya ini. ALLAH... jauhnya beda ammar dengan saya tiada tara. ibarat zarah yang hancur berkecai.
allah.. kematian ammar, menghidupkan kembali jiwa saya dan barangkali jiwa jiwa ummat islam seantero dunia. maha suci ALLAH membuatkan kepergian ammar sarat dengan sejuta hikmah dan teladan yang kita perlu jadikan pedoman.,

pada malam kematian ammar, seorang ammar junior, (kalau dilihat dalam video diatas, diceritakan oleh emak ammar,, ada seorang budak yang juga bernama ammar dari sik kedah) telah bermimpi ammar telah bertemu bidadarinya dalam keadaan yang sangat cantik. ALLAHHH.. berjujuran air mata sy.. tak tertahan. beruntungnya ammar.. engkau pemuda pilihan ALLAH.
bukan sahaja berakhlak mulia, tetapi memiliki jiwa mujahid yang kental.

lagi berjujuran air mata saya apabila dimaklumkan bapanya bahawa jenazah ammar masih suam suam, elok dahi tepercik peluh walhal jenazahnya dimandikan dalam bilik sejuk selepas 44jam meninggal.
ALLAH.. dikebumikan satu perkuburan dengan ayup al-ansari iaitu tuan rumah yang menumpangkan nabi berjihad selama 90 tahun sebelum meninggal. allah.. penghormatan didunia sahaja sudah begitu.. lalu saya siapalah cuma. ALLAH..

tempat yang sama, Ada muhamad al-fatih di perkuburan itu. Muhamad alfatih adalah pembuka kota konstantinopel.
Ada khulafa uthmaniah. Kalifah uthmaniah terakhir.
Ada maulana jamaludin rumi- ahli sufi. 
Ada badiuzzaman said nursi- penyelamat aqidah bangsa turki. Yang dirobek oleh barat. 
Adanya recep tayyip erdogan-pemimpin umat islam yang mempunyai visi ummatik.


ALLAH..

ammar, di ajar tiga pekara utama:
- ikhlas
-sungguh sungguh
- berkhidmat untuk orang lain.

sy masih belum habis menggeledah kehidupan Ammar. namum apa yang saya harapkan.. ALLAH terus pilih saya. dari kisah Ammar ini.. ALLAH buka hati saya yang penuh noda hitam, yang berabad terkatup rapat, penuh dusta, medampingi ilmu allah.. memilih jalan redha ALLAH.

saya mahu ALLAH terus temukan saya dengan orang yang mempunyai semangat hebat seperti ammar, kalaupun bukan sehebat ammar..memadailah dia memiliki secebis kental ammar. temukan saya dengan orang orang yang apabila mendampinginya mengingatkan saya hakikat kehidupan abadi selepas kematian. meminjam kata kata jalaludin rumi- jalaludin rumi- kematian itu adalah permulaan kehidupan yang abadi.

sy akui.. kematian ammar ini.. menghidupkan jiwa jiwa yang sudah lama mati. dan sayalah yang memiliki jiwa itu. astargfirullah.. sy lah si pendosa itu.. 
maka beruntung ibu dan bapa ammar.. melahirkan anak soleh yang ALLAH pilih untuk jadikan tauladan kepada ummah hari ini. 

sy tidak tahu bagaimana cara untuk sy suarakan.. khabarkan.. bahawa kematian ammar ini.. benar benar membelah jiwa saya. membasuh mata buta saya.. memcuci nanah dosa, noda hitam yang bersarang dalam hati kelam saya. kisah ini juga yang menampar hebat minda dan hati saya bahawa kubur gelap itu tiada berteman. ditinggalkan sendiri. tiada sesiapa melainkan bekalan amalan yang dicari di dunia hari ini.. ALLAH..

kubur itu bergelap gelita tanpa cahaya...berlingkar cuma ular berbisa beserta jengking kala, jika tiada penghijrahan dari saya saat ini. 
kisah ini mengingatkan saya bahawa tiada lain selain al-quran sahaja peneman kegelapan itu.. juga memberi amaran kepada saya bahawa mati itu tidak pernah mengenal usia dan siapa. bahawa neraka yang ALLAH janjikan azab pedih yang tiada tandingnya. nauzubilallah.. tak mahu saya huni.. bahawa kubur kian menyempit hingga mengeriukkan rusuk rusuk becantum kiri dan kanan. ALLAH..ALLAH..ALLAH.. 

tak terluah. tak terkata. tak terungkap.tak terlafaz. 

cuma doakan untuk saya. supaya ALLAH tetap memberi saya taufiq dan hidayah. 
tetap memberi saya kesabaran yang luar biasa. tetap menghadiahkan ikhlas dalam hati saya. 
cuma tolong tolong.. tolong.. doakan saya supaya ALLAH tetap memberi saya peluang dan ruang untuk kembali mencari redha ALLAH. supaya ALLAH terus menganugerahkan pendamping pendamping hebat kepada saya...yang mendekatkan dan mendidik hati sy supaya tidak penah lupa akan ALLAH.. tidak penah lupa akan nikmah kemewahan.. tidak pernah akan lupa akan hakikat syurga dan neraka itu PASTI!

ALLAH..
 tenggelam aku dalam noda dan dosa
angkuh berjalan dipentas dunia
walhal aku alpa
jasad ini ihsan ALLAH.
bernafas pun ihsan ALLAH.

ALLAH..
malu aku 
merungut
melalut
resah
gelisah
walhal kurnia ALLAH itu percuma. 

maha suci ALLAH..Pemilik jagat dan cakerawala.. yang menggerakkan hati hati manusia.. 
maka gerakkanlah hati aku ke arah redha-MU
maha suci ALLAH pentadbir sekian alam. yang mentadbir selurun kitaran alam semesta
maka tuntunlah hati aku ke arah redha-MU
tadbirlah hati aku ke arah jalan lurus-MU

ALLAH..ALLAH..ALLAH
aku tak miliki apa apa selain kurniaan ihsanmu
tiada upaya ALLAH..T_T

Monday, December 9, 2013

didikan jiwa

assalamualaikum dan selamat petang. moga kita terus dalam rahmat dan redha Allah.

awal november lalu, kita di dihebohkan dengan kehilangan saudara ahmad ammar ahmad azam. semua status di laman sosial menceritakan perihal kematian ahmad ammar, lalu sy tertanya tanya siapa dia ahmad ammar ini hingga semua meratapi kepergiannya. bagaimana cara kematian beliau sehingga semua orang merasakan kesayuan yg sama.

lalu sy mencari kisah kematian ammar di internet. artikel demi artikel sy jengah dan baca. masih belum puas. tidak menjawab cara kematiannya. hinggalah sampai pada satu 'page', ada seseorang telah menyiarkan video ammar, dari kecil hingga pengkebumian beliau.

sy sabar menunggu waktu rehat, sebab waktu itu sy dibilik training. sy tak bole 'view'  video itu.
kemudian, sambil sambil itu sy baca page ustaz hasrizal jamil, beliau menceritakan perihal ammar yg menjadikannya idola dalam mencari ilmu sejarah turki uthmaniah. sy skrol penulisan ustaz hasrizal sampai habis. kemudian beralih ke artikel yg lain. ada gementar dalam hati ini. allahu.

kemudian video ammar sy tengok sampai habis. tanpa sedar air mata sy deras mengalir. tiada silu. entah mengapa sy terasa begitu terkesan. terasa begitu hebat si lelaki muda yg biasa biasa sahaja itu.

bagi yg ini melihat video ammar,
ini salah satu link yg sy baca. http://www.nizarazu.com/siapa-sebenarnya-ahmad-ammar-ahmad-azam/


maha kuasa Allah. siapa dia ammar ini. pemuda malaysia? apa yang dia lakukan hingga ketika kematiannya seluruh turki memberi penghormatan kepada jenazahnya. di kebumikan bersama sahabat nabi. subahanallah.. di sembahyangkan jenazahnya oleh ratusan malah mungkin ribuan jemaah. di usung bergilir gilir ke kawasan perkuburan oleh lautan manusia. allahuakbar..

anak muda ini siapa?  ibu bapa ammar siapa? beruntunglah ammar dan ibubapanya. masyaAllah.
tidak dapat menahan kesedihan. laju air mata sy mengalir. walhal ammar bukan siapa siapa pada sy, malah sy tidak pernah kenal beliau sebelum cerita kematian ini tersebar. untuk apa sy menangis?

esakan sy ini, sy kira bukan menangisi kepergian pemuda itu. tapi lebih memberat kepada rasa kehilangan  atas kepergian seorang pemuda hebat yang yg baik perkertinya semasa hayat. sy rasa, insaf. apa kematian sy nanti dirasai kehilangan atau disyukuri ketiadaan?

apa hayat sy, sy mampu menjadi ammar yg banyak jasa dan baktinya kepada islam? pada sy ammar bukan lah saingan bagi bandingannya dengan pemuda zaman rasulullah atau para sahabat. kalau kita baca sirah islam, tentang kisah para sahabat, lebih hebat perjuangannya. tp apa yg sy mahu katakan di sini.. nilai kesantunan ammar seperti pemuda zaman rasulullah.
allahuakbar.

ibu bapa ammar mendidik dia bagaimana hingga pekertinya begitu indah dan santun?  subahanallah.

seusai tengok video, sy langkah ke artikel yg lain. belum puas sy cari siapa ammar ini. sy baca kisah oleh ibu dan sahabatnya. masyaAllah.. semua membicarakan tentang pekerti mulia ammar. beruntungnya ammar. semasa hanyatnya disenangi, ketiadaannya ditangisi malah dikagumi lagi.

lalu sy toleh dalam diri sy, bagaimana hayat sy ini? apa mati sy pula bagaimana? keseorangan dikubur ditemani ular berbisa nauzubillah. atau ditemani alquran penerang kegelapan?
sy menangis. takut. rasa diri tiada apa apa jika dibanding dengan ammar yg usianya baru mencecah 20thn tetapi jasa dan bakti seluruh dunia dicurah. allah.

kisah ammar menekan jiwa sy. begitu memberi impak yg sgt besar dalam diri sy. hingga saban malam saat sy liat bangun qiamullail, sy terus teringatkan kisah kematian ammar ini,, sy jadi malu. malu pada Allah..diberi nikmat yg pelbagai, tapi masih leka.

rentetan dari video ammar, setiap hari malah setiap waktu sy memikirkan kematian sy. amalan sy. nasib sy ditinggalkan dikubur bagaimana? apa amalan sy diterima? T_T.
alhamdulillah, sy berasa beruntung ditemukaj dengan kisah ammar, yg membuatkan sy berasa dekat akan kematian. memberi sy rasai nilai keinsafan yg maksima. harapnya rasa ini kekal dalam hati sy buat selamanya. insyaAllah.

kemudian, sy terjumpa video dr.MAZA yg bertajuk SAKINAH.   satu lagi penyuntik ketenangan sy temui. alhamdulillah.

https://www.facebook.com/chaleacharito/posts/10200779168754483

video ini juga sy kira vaksin untuk sy.  sy rasa terpujuk. sy gagah untuk mahu terus melangkah. redha allah itu tunjang utama. pada sy yang jahil dan sentiasa leka ini.. ujian sekecil cuma pon dirasa berat membatu di bahu. mudah mengalah, keluh kesah. sedang sy lupa sebenarnya janji sy menjadi mukmin bertaqwa ini sedari luhmahfuz lagi. sy lupa dan semakin alpa apabila diturunkan kebumi dan dilimpahi nikmat yg pelbagai.

sy mohon Allah terus dekatkan sy dengan insan insan yg mampu memberi didikan jiwa kepada sy, agar terus dekat dan memlilih jalan redha ilahi. sy mohon allah terus memberi sy hidayah tanpa henti hingga hujung usia sy.

sy mohon agar Allah terus tuntun hati yg, tetap, walaupun sy tidak seperti ammar.

Allah.. allah.. allah. pilihlah sy. untuk terus diberi hidayah.
moga allah pilih sy, kita dan kalian untuk mendiami syurga abadi.

amin.