Followers

Saturday, December 27, 2014

update banjir singgit

ASSALAMUALAIKUM

selamat petang, moga kita dalam rahmat ALLAH.

Dah hampir seminggu la kan pantai timur banjir, dan rumah sy termasuk lah tu.

berhari hari tak dapat contact keluarga mesti perasaan kacau bilau kan. moga ALLAH jaga hati kalian, ikhlas dan redha atas setiap ujian dan dugaan,

tahun ni keluarga sy bepindah awal,  sehari sebelum pencawang elektrik tutup dan sebelum air naik tutup bumbung rumah. alhamdulillah. mereka selamat.

gundah gulana hati ni terputus khabar tuhan sahaja yang dapat tafsirkan. apatah lagi selang seli dengar berita dari tivi radio, whatsap cikgu kami lemas akibat bot terbalik. dan kemudian selang beberapa hari jenazah berjaya dijumpai dengan pertolongan ALLAH dan usaha pasukan penyelamat.

masyaALLAH, dugaan bukan untuk calang calang orang. sy doakan cikgu sy ditempatkan bersama para solihin yang ALLAH janjikan tempatnya disyurga abadi, insyaALLAH.

yang sihat alfiat, yang tidak ditimpa musibah, yang tidak ditenggelam air. panjatkan syukur seling doa, moga ALLAH Terus rahmati kita. T_T

pagi tadi waktu dalam kelas sy dapat berita kapal terbang AIR ASIA hilang dari radar, ALLAH. "lost contact". ALLAH... ALLAH.. selamatkan kami dari sebarang musibah. T_T

makin tenat negara kita,. makin tenat dunia kita.

moga dimudahkan semua urusan. dan minta doakan keluarga sy terlindung dari sebarang malapetaka. doa yang sama sy balikkan untuk kalian juga, =) moga ALLAH REDHA KITA.


Thursday, October 2, 2014

memujuk hitam

rajuk menyusup

getar seluruh dikma. 
gegak segenap maya!

memujuk hitam
biar jadi putih hendaknya.

hitam bukan kotor
putih bukan pelopor,

memujuk hitam

raung raung
sgenap lohong
ajak hingga terlopong.

dibilik kosong
ada bolong dan lubang tergohong.

teriakkkkkkk sama dia.

sudah dibilik kosong
teriak pantul melopong.

sudah lah.
jangan memujuk hitam
takkan putih jadinya

sudah lah
jangan memujuk lupa
takkan hilang cintanya. 

ceruk sana, 
di ajak balik sama
di suruh lupa
takkan diikut dia.

sudahlah
jangan memujuk hitam
takkan putih jadinya

sudah lah memujuk lupa
takkan hilang cintanya. 

--diberi teguk rindu
dalam gering cinta bertemu.

lalu
masih mahu disuruh buang?
sedang cinta utuh bersarang.

sudahlah memujuk hitam.

--arjuna buah hati dinda,rajuk tak kekal lama. 


Wednesday, October 1, 2014

vaksin

 suatu hari,
aku kesal sama hidup.
lalu aku tanya Tuhan
mengapa?

--lupa aku Tuhanku telah lama memberi jawab-

(sifat sifat yang baik itu) tidak dianugerahkan melainkan kepada orang orang yang sabar dan juga tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang mempunyai kelebihan yang besar. (surah yusuf:35)

rundum duka semalam mengoyak gumpal darah beku yang namanya hati.
aku tanya lagi sama Tuhanku.
mengapa aku.
apa salah aku hingga kau berikan aku
satu demi satu kepayahan hingga
hatiku menggoyah.


-- wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersediahlah serta bertawakal lah kepada Allah supaya kamu berjaya. (Surah al imran ayat 200) 


Tuhan berapa lama lagi aku harus sabar. Getir ini terlalu payah Tuhan.
Hingga bila lagi aku mesti lalu. Tiada daya tuhan!
Lupa aku Tuhan jadikan aku hambanya. Lalu DIA jua berhak keatas apa nya aku.


-- dan sesungguhnya kami tetap akan menguji kamu agar kami mengetahui orang yang berjuanh dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar kami dapat mengesahkan (benar atau tidak) berita mengenai keadaan kamu --
(Surah muhammad ayat 31)


-- patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan" (surah al ankabut ayat 2) 


Tuhan. Aku juga impi syurgaMu.
Cuma dayaku tiada.
Dunia ini bukan tempatku.
Pulangkan aku ke syurgamu
Dengan engkau berikan aku rahmat yang tiada sudah.
Tuhan,
Lelah ini aku pulangkan padaMu.
Cuma kejaplah Engkau pegang hatiku!
Jangan lepas ia mentadbir sendiri walaupun sesaat cuma.
-- sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan --
Sabarlah
Sabarlah
Sabarlah selagi daya wahai bakal penghuni syurga.

surah Al insyirah 


1) bukanlah kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) 

2) dan kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan islam)

3) yang memberati tanggunganmu (dengam memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya) 

4) dan kami telah meninggikan bagimj : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat nabi dan berbagai kemuliaan) 

5) oleh itu maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap tiap ksukaran diberi kemudahan

6) ( sekali lagi ditegaskan) : bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan
Demi Tuhan

Letakkan sandaran pada tali Allah nescaya tiada kan hilang lagi tempat kebergantungan.
_________________________________________________________________________________



Ini nama dia : vaksin hidup


Sy tulis waktu sy rasa hidup ini sudah tidak punya apa apa.
Hidup ini kelam ditinggal dari semua

Sendiri.

Pada apa lagi mahu digantung harap agar secebis tabah resap ke dalam hati.

Hari hari pujuk.
Sabar.

Nyata ianya gagal.
Nyata ianya tidak mudah seperti yang kita tuturkan.
Sabar dan ikhlas.
Allah letakkan ganjaran syurga kerana payahnya ia untuk digapai.
Sy bisik pada jiwa kontang,
ALLAH tidak pernah tinggal sy sendiri
Cuma sy yang lari dari Allah.
Sy lah yang mesti kembali pulang.

Ini penawar untuk sy.
Yg sy gali dalam kitab Allah, Allah suruh sy jadikan ia pedoman untuk kita ummah muhamad.


Tulisan ni. Untuk sayembara puisi cari jalan pulang.
Semoga kitalah ummah yg rasul tunggu di lepasan titian sirat ke syurga.



Pada yang pernah lalu jalan kelam.
Pada yang pernah hanyut ke jeram 
Pada yang pernah lunyai dalam jijik noda
Pada yang pernah berhenyak dosa
Pada yang pernah lupa Allah murka
Pada yang pernah bersulam nista
Pada yang pernah disinis cela
Pada yang pernah menempa dusta

mari sy bisik sebuah cerita gembira,

Tuhan kita senantiasa ada.
Tiada Dia meninggal kita,
Tiada Dia memilih rupa dan masa,

cuma
kalau hidup berkalung dosa
jangan biar kekal pilih jalan neraka


busuk bagaimana pun
hina bagaimana pun
lewat bagaimana pun

pulanglah.
balik lah.
selagi ada sebuah sempat.
kejarlah.

Demi TUHAN, pemilik  jagat ini.
Aku katakan,
Allah sebaik baik pengatur dan pelindung yang ada.

Kotor noda
hitam likat
dusta caci
---yang kau tempa

saat seluruh dunia meludah durja ke arah kamu,
DIA ada. sentiasa ini.

Saat seluruh dunia mencebik jijik ke arah kamu,
 DIA ada, takpernah tinggal. menunggu kembalinya kita!!

 calit noda dan dosa
membalut segumpal.

bagaimana pun ia,

carilah masa,
Buang.

Demi TUHAN, yang tidak pernah lokek memberi limpah
meski cela kita terlalu likat!
malu sungguh diri ini.

vaksin yang menarik cela ini
tiada lain,
Al- karim kiriman YANG MAHA PENYAYANG.

sungguh,
Yang memujuk diri ini kembali sesudah cela lapis
Quran.

yang memujuk diri ini kembali tatih mencari sinar sesudah sesat,
Quran.

Sungguh.

lambat bagaimanapun ia,

tiada mengapa.
asal kembali perlahan.
memadai ia

TUHAN kan ada.
SYURGA NERAKA DIA EMPUNYA,
serah segala.
biar DIA yang menilai kita.

=)

Friday, August 22, 2014

celaka berserak.

tahu apa rasa selepas kau humban babi
pada aku 
setelah kau bilang babi itu jangan dekat.

tahu apa rasa kau curah arak
setelah kau cerita pada aku
hamis tengik bau air setan itu
mencanak sampai ke hempedu!

tahu apa rasa?
 lebih celaka dari kau jilat darah  hanyir merembes!

ciss

semalam yang cerita pada aku

tentang sabar
tentang ikhlas
tentang angguk faham jiwa
tentang jalan seiring sampai syurga
tentang hidup ini sementara
bukan kau???

dan hari ini tiba dirasuk apa
kau persetan kata
yang kau hembur aku.
atau sudah lupa.

nah ini dia yang aku bilang tu hari

yang ada depan depan aku
semua baik baik
jalan bongkok menunduk
bersongkok,
yang sengih tak lekang.
yang suara lunak di pendengaran
kalau belakang
hanjing!!
kalau belakang
babi bertambun!!



ni dia. aku jumpa.


paling paling,
-kau bagikan aku angguk
--senyum yang dalamnya inti sinis.
berlapik sebaris gigi
--tabir ikhlas. walhal tiada ia.


 belum sempat aku pusing,
toleh kebelakang,
kau sudah bisik celaka ditelinga dia.
kau sudah ludah jeliknya sama aku .

serak segala celaka,
 durja.
melata.

dan hari ini aku tau mana mahu cari sebuah celaka
celaka
yang kau tempa untuk aku sedekat lama

kau tahu mana babi bertambun yang kau boleh dapatkan.
mulut yang manis manis saja bicaranya
bukan yang awalnya buak celaka ada bersama..



cisss
 



Thursday, August 21, 2014

celaka dan babi bertambun

yang benci benci realiti
yang sanjung sanjung tak pijak
 -- lakon.

depan santun
belakang babi bertambun

nahh hidup!!
hadap!!

yang ada depan depan aku
semua baik baik
jalan bongkok menunduk
bersongkok,
yang sengih tak lekang.
yang suara lunak di pendengaran
kalau belakang
hanjing!!
kalau belakang
babi bertambun!!

nah hidup kau,
celaka pun kau.
hadap!!

yang benci benci realiti,
bibir muntah buah celaka
mencarut minda
tiada santun
yang tinggal membedah dikma!


yang itu nyata!

ahh persetan segala cerita yang aku kata
kau peduli pun tiada..

paling paling,
-kau bagikan aku angguk
--senyum yang dalamnya inti sinis.
berlapik sebaris gigi
--tabir ikhlas. walhal tiada ia.

yang memberi buah celaka
memuntah lahar bicara
itu ia.
yang ajar kau pijak pada paksi nyata!!
hidup ini bukan kau pinta
mereka bagikan kau bahgia.

caci maki kau telan
semua jadam
rupanya dari "mereka" yang baik baik saja
tidak pernah kata celaka
tidak pernah menghina durja
depan depan mahu mencela katanya
--tiada.

dan

suatu masa
yang memberi buah celaka
memuntah segala durja

itu lah nyata!!
hakikat yang kau sedang tempa.

konon konon
 itu semua nista.
usahlah.

hidup kau,
sejuta kali kau kata pada dia
sekerat pun tak bermakna
kalau dia tidak pilih untuk ada.

hidup kau
tak usah kau kata pada dia
begini begitu kisah dia

kerna dia
cuma bersandirwara.

lelah kau hela
desah kau lepas
cuma kau yang rasa
dia, tidak pernah belas.

 buah celaka mencarut minda
membedah  dikma


pelajari ia,

celaka
nista


telan saja.

suatu masa

kau tahu mana babi bertambun yang kau boleh dapatkan.
mulut yang manis manis saja bicaranya
bukan yang awalnya buak celaka ada bersama..

bukan!


itu nyata. 

Wednesday, August 20, 2014

istikharah chenta

bersaksi chenta atas chenta,
dalam tasbih cintaku ini.


ku seru namamu dalam rapid sepertiga.
ku lontar sebuah rindu kala terjaga
namun sahutan tiada.


aku gali kepingan potrait,
ternyata masih anda cinta yang tercalit
membuai rindu, ralit.

dan sebuah rindu
aku kira tiada siapa mahu
ia bertamu
jika nanti hujungnya tiada ketemu.

tempik teriak
aku laung namamu seluruh ceruk
tiada sahut.

kau,
mayanya sahaja ada
--aku kira ianya nyata.

kau,
yang aku puja,
--aku kira perasaan itu nyata
menjelma
bisa di rasa.

rupanya maya sahaja.
barangkali ia.
--aku cuma meneka.

langsung sepertiga
ku lontar sebuah rindu di kala jaga.
--sahutan kekal tiada.
jerit.
--sahutan kekal tiada.
sunyi menerpa.

langsung sepertiga,
ku seru namamu pada DIA,
dalam isktiharah chenta.
--teriakku ini juga tiada gema
tiada sahut yang bersuara
menyata ia ada.
sama
--tiada apa.

cumanya
pecah jerit teriak terlontar,
berbalas damai.
esak tangis sebuah rindu
ada balas dari Empunya.
 ia tetap maya.
cuma bedanya ia mengubat duka.

dulu
teriak jerit menyeru kamu
pinta kau balas rindu aku
diseru hari hari tiap waktu
pintaku moga kau tahu
rasa cinta yang bertamu ini untuk kamu.
ya!!! kamu!

langsung sepertiga
kau
aku seru berkali kali tiap waktu
dalam rindu

pintaku

--kalau suatu hari nanti
istikharah chenta ini
jawabnya bukan untuk dimiliki,
aku cuma mahu kau pergi
pergi,
--dari maya dan realiti.

pintaku,

--kalau suatu hari nanti
istikharah chenta ini
memberi sebuah tahu
bahwa engkau bukan yang ditunggu,
aku cuma mahu
kau berlalu
bersama semua kepingan rindu.

aku seru namamu
dalam sendu
yang syahdu.
semoga TUHAN tahu,
yang aku tak pernah  henti mendoakanmu.

hidup aku dalam semalam
masih.
 semalam yang memberi bugar
kekal.

--
 hingga hari ini terasa nyaman bekalnya.

hidup aku dalam semalam
yang engkau beri teguk kasih
aku kan simpan
biarpun pedih.

aku pilih untuk benamkan
--rasa cinta
--rasa kasih
--rasa rindu
--rasa damai
untuk kamu.

biar kekal
dalam jasad
terkunci rapat.

aku damparkan
sebentang harapan
agar KHALID makbulkan
dan engkau akukan

demi TUHAN,

istikharah ini
aku kirimkan sama
berbondong impian
agar Tuhan makbulkan,
dan aku aminkan.












Sunday, June 22, 2014

sebuah rasa

sebuah rasa
yang hadir tak kau pinta
tidak kau suka
namakan rasa itu sebuah rindu.

sebuah rasa
yang yang tidak ada penghujung
datang tidak mampu dibendung. 


tempik teriak padang dinding hidup
gema memecah hening!
pantul balik ia pada dasar
yang pasaknya sebuah rasa
rindu!

sebuah rasa
hadir tidak aku pinta
tidak aku rela
tidak aku sengaja
da ia ada.
bukan maya.

rasa yang takdaya aku hambat
makin lama makin mendekat
 peluk erat
makin rapat.

rindu
aku terjemahkan pada kamu
datang bertemu
tidak kira waktu,
meski saat buntu atau keliru.

sebuah rasa
hadir tanpa aku pinta
tidak aku rela
tidak aku sengaja
dan ianya ada. 
bukan maya.

sebuah rindu. 



Monday, June 2, 2014

yang kurang tak cukup

pernah satu tika
kita rasa semua tak kena?

dimana
--
orang semua gapai jaya
kita saja yang gagal mendakap duka
orang semua punya kereta
kita saja yang berbasikal tua
orang semua punya rumah di kota
kita saja menyewa di pangsa.

pernah satu tika?
kita rasa kitalah yang paling malang
tidak punya wang
semua kenalan tiba hilang
tiada satu pun datang.

pernah satu tika
kita rasa kita mahu dia
tapi dia tidak pandang pun kita,
dia dan mereka menjengah sana
tinggal saja kita
yang jalan pulang membawa duka.

pernah satu tika

kita rasa kita sudah cukup gigih bekerja
tapi duit tidak pernah ada
hujung bulan berpuasa
kerempeng perut setiap masa.

pernah satu tika

kita rasa kita lah yang lebih rajin menelaah dari dia
tapi keputusan dia lebih hebat dari kita
walhal die dari pagi ke senja tidur saja
malam keluar bersuka ria
tidak seperti kita
menceruk di hujung beranda
menelaah sehabis daya.


pernah satu tika

kita rasa kita lah yang bertunggang terbalik
membuat yang terbaik
sampai detik
kita yang di ejek
dipandang jelik
dia yang menempa baik,
dia yang disanjung pendidik.

pernah?

pernah kita rasa kita lah paling malang
hingga setiap peluang
tidak pernah menjengah datang
untuk kita rasa nikmat menang.

mari.
mari sy khabarkan satu berita tenang.

duduk lah.
tarik nafas hilangkan lelah
kita sebenarnya pura pura tabah,
tidak mahu mengaku kalah
tida mahu jatuh rebah.

kan kita sudah cukup kuat
menepis sendat
dengat seluruh kudrat.

kurang tak cukup
selagi tajuknya diri ini manusia
sampai kapan pun ingin tidak terkatup
ada saja kehendak jiwa
yang mahunya sama seperti mereka
ya.. mereka diluar sana.

pun sekali sekala
duduk diam
paut sila
renung dalam.

--apa kilaf kita
hingga
segala usaha tercangkut
semua doa tidak satu pun sangkut
semua cita tidak bertaut
semua harta hilang kelaut
semua tempat tiada berpaut.

--
mari paut sila
membuka minda

--apa sekali pun
kita sedaya yang ada sudah tekad meninggal cela yang ada
kita semahu yang ada mahu meninggal semalam yang celaka
kita semampu yang ada ingin kembali hidup bahgia
kita sebaik mungkin mahu pulang cari pencipta
mahu kejar syurga yang katanya semua indah belaka.

cuma
terkadang kudrat menipis
terkadang kesabaran mengikis
terkadang mengah melawan arus

--
jalan pulang dirasa jauh
tidak terdaya menentang musuh
lantaraan dugaan bertali arus.

selagi tajuk hidupnya hamba
jangan kita lupa,
kita ada penciptanya
yang setiap geri dilihat sana
yang setiap inci diperhati DIA
yang setiap laku dinilai Pecipta

jangan kita lupa,
kita ini tiada upaya
sedang jasad pun pinjaman cuma
lalu apalah saja diri kerdil tidak bermaya.

yang kurang tak cukup

rasanya ada
kan ada selagi kita hamba
kan wujud selagi jadinya manusia

cuma,

saat hati
 disentuh rasa kecewa
 dirundum duka nestapa
 diasak rasa pedih merobek luka

--bisikkan pada ia,

dunia ini bukan tempat kita
dunia ini bukan tempat akhirnya
dunia ini tidak pernah ada bahgia
dunia ini tidak pernah janji adilnya

selain ianya milik Tuhan sekalian alam jagat raya.

--bisikkan pada ia,
bertahan saja selagi upaya
Tuhan kan ada
tidak pernah meninggal kita.

pulangkan segala pada DIA
yang MAHA BIJAK mengatur cara
moga pulang kita bekalnya mulia
untuk cukup menjadi penghuni syurga.

===puchong==09:57==03062014







Sunday, May 18, 2014

melambung tuah yang aku lupa

dalam duka,
saat menggesa sapu air mata,

aku sangka,
tika itu aku lah yang paling derita.
hidup dalam gelita
siang malam menelan duka
menyeka air mata. 

aku sangka
tika rebah jatuh tak bengah
aku lah yang paling parah
luka berdarah mengalir basah.

aahhhh
 hidup ini rasa seperti tiada sedikit cahya pun
keluh keluar dari kerongkong melantun balik dari bilik kosong.
jerit keluar dari urat  merih tersekat dalam malam likat. 

ahhhh betapa aku benci!!!
rasa tersekat
mahu beli tiada mampu
mahu langkah tiada sepatu
mahu cari tiada waktu
mahu teman tiada mampu
mahu kerja tiada yang mahu
lalu jadi lah aku pengemis dibahu jalan itu. 

dan lewat senja
kala hujan mula mereda
aku pulang ke kuala,

aku temui seorang tua,
lelaki yang bening matanya. 
beteleku di hujung pangkin sana,

aku duduk diam di jeti
mata kejap memerhati,
entah apa yang dicari. 

mata bening itu toleh ke arah ku.
tertusuk rasa ikhlas nun jauh dipaku,

mata bening itu melemparkan sejuta bicara. 

aku angkat tapak sepatu
gerak menuju situ
sementelah dia hanya tersenyum tanpa menoleh aku.

pangkin usang dihujung jeti, 
aku duduk di situ, di tepi lelaki tua yang tak bermaya. 

tangan ia berurat kasar, biru timbul. 
legam kulit dibakar mentari rakus. 

hati ini tiba tiba rasa ngilu. 
ada sebuah rindu yang hadir tanpa aku tahu. 
rindu --sepasang mata ayah. 

aku dan dia, lelaki tua itu, 
diam sahaja
tiada apa apa bicara antara kami, 
tangan dia lincah menjahit jala,
dan aku pura tenang dengan bekal senyum tiada rasa. 

---ia beri aku teguk senyum ikhlas 
dari celah celah gigi rongak 
ikhlas yang takmampu aku teroka. 


sesak dada ini lebur 
saat mata tua itu sorot ke tangkai hati


tiada kata pun. 
tiada suara pun,
cuma puing puingnya datang dari sebuah jiwa.

---betapa jiwa itu
memberi aku kudrat 
memberi aku hela nafas 
memberi pasak 
memberi tegap.

--betapa senyum yang tiada suara
memberi aku sebuah mata yang terbuka

--betapa aku lupa tuah yang menggunung. 


aku masih toleh ke sana, 
arah mereka yang ketawa riang gembira dengan harta lebih sejuta,
hingga terasa robek jiwa
taraf tak sama
harta tak penah ada,

walhal,
aku lupa menjengah ke belakang sana
arah mereka yang menghimpit digilis dunia
terjatuh pecah segala jiwa
tapi hidupnya tetap ada
tetap sama bahagia
dimilik cukup segala apa
hanya dengan Allah yang Esa.

Betapa aku lupa, kaya itu barangkali membuat aku leka,
hingga Tuannya memberi aku jalan tak sama
pesan agar aku tidak leka
menggunung tuah yang aku lupa
dek terlalu daki tembok dunia
mengintai  hilai tawa mereka mengutip harta
--- hingga lupa
jalannya pasti tak sama

lalu mengapa masih lupa menggunung tuah yang aku ada. 












Wednesday, May 14, 2014

titik titik kejap

cerita seloka
cerita penglipur lara,

aku bukan penulis sohor
yang mengarang cerita dari pena bisa. 
aku cuma penglipur lara
menulis demi sembunyi gusar. 

selama aku tinggal ia
tidak pun sekali aku harap ia kembali semula
ia--aku letak di sini nama bagi arjuna.
jelik pun kisah arjuna, 
takkan pernah habis pena muntah di tinta. 

ia-- yang aku tinggal lebih sepurnama,
tinggal tanpa aku mahu ia dan cerita ada
tinggal dengan nama,
aku mahu ia bawa semua cerita bersama
tidak kira suka atau derita.

dan. jadi kelunya apa.

ia, setelah berpurnama
datang menjengah aku.
datang kali ini menerpa
memeluk erat daku 
hilang bicara
kaku dan kelu.

ia
menerpa
memaut kejap bahu aku
melunas segala gusar disitu.
ia mencari aku?

dusta, 
kalau aku kata aku tidak balas paut erat ia.
bahkan aku biar ia dalam pelukku selama yang ia mahu,
kalau kejap peluk itu
luruhkan gusar ia, 
selamanya aku rela ia disitu. 

dusta
kalau aku kata, 
bahu yang kau paut 
tidak buat hati ini tertaut.

untuk apa datangnya kali ini!

tempik aku pada gema
sejuta kali pun gelora
datangnya ia tiada aku pinta
pun pergi tidak aku rela.

lalu apa?

ia--datang seketika
meminjam paut yang ada
menternak benih cinta
berserak serata!

lalu bagaimana? 
ia tinggalkan aku,
entah dengan kuatnya apa
untuk aku paut selagi upaya,
tidak aku nampak apa
selain rindu.

titis titis kejap,
melekang rindu.

sungguh aku benci tempik gema
yang lantunnya kosong!!

tiada apa selain sebuah rindu. 








Wednesday, March 26, 2014

sehelai nyaman

---
sampai satu tika,
aku cari mana dia parut yang kau tusuk dahulu
tiada.
aku cari mana darah yang merembes dari nanah yang kau toreh
tiada.
bahkan aku barangkali hampir lupa
jiwa ini juga pernah kau tikam rakus
dan aku masih beri kau senyum bahagia
--sampai penghabisan,
kalau esok kau datang merobek rakus,
nescaya lusa aku masih memberi senyum.
tiada tara kuasa rabbi, pinjamkan aku
dan yakin sekali aku
ini bukan kuasa cinta.
bahkan khaliq yang esa.
----

sehelai nyaman,
kurnia dari Tuhan. 

memberi aku titis titis damai
yang tak mampu aku ungkap 
selepas datangnya  derita 
yang tak terucap.

sehelai nyaman
kurnia dari Tuhan,

memberi aku peluang
meski aku terjunam berulang ulang.

kasih tuhan,
mengirimkan aku damai,
setelah di titipkan duka dan derita.

damai dari tuhan,

aku tidak mampu luahkan dengan bicara kasar ini.
demi tuhan, 
ia diberikan kepadaku
dengan nilai keihsanan yang Maha agung.
 

aku tidak punya bicara apa 
selain sebuah tenang.

-------

yang mencarikkan hati ini,
bukan namanya selain adam.
yang membelah jiwa terluka 
bukan namanya selain adam.
yang membenih bahgia dan cinta
bukan namanya selain adam.
semua ia.

didatangkan dia kepadaku
entah asbab apa,
hingga hari ini pun aku masih memujuk 
didatangkan ia pasti bersulam hikmah.    

-.-

satu tika dahulu,
ia mengetuk jiwa,
menghulur piring piring bahgia
menyantap bersama.
ia yang sama,
memberi kotak kotak tawa
tersulam hilai cinta.
dan terkemudian,
ia juga yang membalut racun
tinggal dimuka pintu
tak tertutup 
menyerak benih durja
hingga teranap seluruh pondok gembira.

ia,
yang datang mengetuk sopan
memberi aku harapan
saban hari berubah kelakuan
hilang santun dalam pedoman.

ia yang sama
yang datang mengetuk sopan
menusuk jiwa dengan belati tajam
terbenam dalam
darah hanyir berserakan.
dan ia tinggalkan,
tak toleh meninggal pandang.

seusai subuh,

ia datang lagi bertandang,
aku sambut kunjung beralas dulang
memberi ia ruang
demi menolak keruh diempangan. 

yang datang bertandang,
ia yang sama seperti semalam.

membaja sama di taman idaman,
membelai nyaman di laman.

yang sama,
menusuk sabit 
sakit tiada rasa
yang ada darah likat
membasah dada
hilang seluruh kudrat.

--

datang lah,
tikam lah,
tusuk lah,
robek lah.

aku tiada apa.

cuma
kalau kau cari parut duka.
ianya tiada.

bekal rabbi padaku atas duka
tiada tara.

demi sehelai nyaman ini,
kuasanya dari rabbi.
aku kunci 
rasa benci
kalaupun kembali
ia cuma untuk teladani
bukan untuk disimpan mati.

yang datang membenci
tak mampu aku hadapi
kalau bukan kurniaan rabbi. 

**yang ada pada aku
tinggal sebuah tenang.
**yang ajar aku
luka sebuah duka.

hidup ini lebih bermakna 
kalau derita dekatkan kita pada pencipta. 

Friday, March 21, 2014

di gari lepas tak lari

gerimis membasah bumi
membuai mimpi
mengulit kala dinihari.

titis titis membasah hingga ke hati,
redup sendu dirasai,
mendodoi indah si puteri.

gerimis membasah bumi,
menyimbah dingin terus ke nurani
meneman hati menyanyi.


di gari bagaimana hingga lepas pun tak lari, 

lewat semalam,
ia mendatangi puteri,
memberi ukir senyum
terus terkejap cinta disanubari. 

dewasakti turun kebumi, 
melihat sang puteri
mengulit mimpi
dengan cumbu yang diberi.

gari apa hingga tiada dipagari
bukan berkunci
dan puteri tidak betah menanti,
hari demi hari walau tiada janji. 

arjuna dewasakti, 
turun ke mari, 
menyimbah cinta ke bumi, 
di taman sang puteri. 

peluk kejap tubuh gagah
membuai hari jadi indah
luruh semuah resah
terpadam semuah gundah
terbayar rindu sudah.

peluk hangat resap cinta
cumbu mesra membuai bahagia, 
harapnya ia bukan racun berbisa
tunggu waktu padamkan tuannya. 

dewasakti,
turun kemari
membuai hari hari
merungkai resah yang terpatri.

peluk hangat
pegang erat
hati ini terkatup rapat.

di gari lepas tak mahu pergi,
setia menanti
biarlah nanti
tiada bahagia bakal diberi
si arjuna dewasakti.
biar
biar sampai mati 
indah ini digari. 

yang hidupkan ia
kejap peluk arjuna
yang senyumkan tawa
cumbu asmara arjuna
yang taburkan bahagia
kejap erat dada perkasa
yang kirimkan duka,
sedikit cuma
biarkan ia.

pun kalau arjuna
membubuh racun dalam dakap ia tidak mengapa
sedia ini ada
pun kalau arjuna
menyuntik candu dalam cumbu mesra
tidak mengapa
sedia ini sudah lama ada. 

tak betah menjadi setia,
bukan dia. 

dia, 
memilih kejap dan erat arjuna
walau ia tahu janjinya bahagia selama
tidak pernah ada. 
pun memadai seketika
untuk dikenang selama nyawa ada
biar indah indah saja.

di gari apa lagi kalau bukan cinta
itu sahaja.
berikan ia cinta
tegukkan ia bahagia
sulamkan ia senyum tawa
lepaslah takkan kemana
ia membubuh buta
takkan meronta untuk intai bahagia luar yang ada. 

dan arjuna,
kalaupun yang membubuh racun itu ia
tidak pernah dipersoal apa.
biarkan saja.


gerimis membasah
pulangkan resah.
buai mimpi indah. 


Friday, March 14, 2014

marhaen cuma

assalamualaikum dan selamat petang. moga rahmat Allah yang melangit luas ini dititip dikit kepada kita. hamba sahaya. 

maha suci Allah yang punyai segala yang ada. tuan segala kerajaan langit dan bumi. pemilik segala jagat dan cakerawala. Allahhuakbar, pulangkan kekuasaan kembali padaMu Tuhan dengan lafaz alhamdulillah, kerana telah meminjamkan secubit rahmat kepada diri kerdil ini. Alhamdulillah. 

menghampiri dunia ke pengakhiran suatu yang sering dituturkan mudah. namun dalam sedar atau tidak sy yakin, kita yang leka ini ada perasaan getar dalam dada yang tak terluah. 

menyaksikan pergolakan antara ummah, baik di dalam atau di luar negara. sudah cukup merundum jiwa marhaen sy. jangan dikira lagi kisah ummah saudara seagama kita di palestin di syiria di iran di afganistan di kemboja di afrika. pandang saja ummah di dalam negara kita. begolak. bermewah mewah. hidup melarat. bertempik menunding sana sini mecari salah engkau dan dia. saban hari bersuka ria menari dandut berdisko riang di  malam minggu, meneguk arak dan todi. Allah. Allah. pandang sahaja di sini. sudah cukup merobek jiwa dan naluri. 

secukup manakah kebaikan kita yang ada yang membolehkan kita layak ke syurga. sekebal manakah kita hingga enteng memandang kejahatan yang akan menolak kita junam terus ke neraka nauzubillah. 

kalau kira kelayakan ilmu untuk bercakap soal syurga neraka, dosa pahala, baik jahat. tidaklah selayaknya sy. namun bukan tiket layak atau tidak, tiketnya..  mana mahu bawa jasad ini kalau Allah nanti palingkan rahmat kepada kita. nauzubillah. sy tak punya apa apa kelayakan. tidak punya apa apa kepakaran. lalu sy pilih untuk menjadi penimba ilmu. mohon allah pilih sy. insyaAllah. 

sebelum ini sy pernah tulis, jalan kebaikan jangan kita kira ia enteng. bisik syaitan tidak pernah henti meniup cuping cuping telinga ketrurunan Adam a.s. selagi belum khiamat. 

jika ada peluang, dampinglah diri bersama para ilmuan agar hati dan nurani terdidik. 

kadang kala, kita sering bertanya 'kenapakah Allah takmahu makbulkan doa aku' 'kenapalah Allah sanggup beri aku ini dan ini walhal aku telah lakukan ini dan ini' 'kenapalah Allah tidak memberikan aku ini dan ini sedangkan aku telah usaha untuk dapatkan ini dan ini' 

keluh kesah. apatah lagi saat ditimpa musibah bertalu talu. lagi lah bertambah ngilu. 

kalau ujian diberi tika kita bermewah mewah bersenang senang barangkali kita tidak sedar yang diterima itu ujian. 

yang kita sedar, yang kita rungut saat Allah berikan ujian dan musibah yang mensusahkan keadaan kita. barangkali seperti bocor tayar saat nak pergi kerja dihari ada mesyuarat penting. barangkali juga seperti takdapat nak bayar sewa rumah bulan depan. nampak enteng bagi kita mungkin, tapi untuk dia? Allah sahaja yang tahu hikmahnya apa, mampunya siapa. 

demikian, janji Allah tidak pernah akan membenani hambanya melainkan ianya mengikut kemampuan. dan tiada yang sia sia selain penuh berhikmah. ujian atau musibah, Allah utuskan untuk kita supaya kita yang leka ini akur kuasa mutlak tidak ada pada kita, dan kita cumalah hamba sahaya. 

pun begitu, saat ditimpa musibah dan ujian, bukanlah senang seperi yang kita tuturkan. ianya perit. ianya payah. dan ianya menuntut keikhlasan kesabaran bahkan keredhaan. bukan mudah. 

bukan mudah mahu bisikkan pada hati menerima segala jenis kepayahan dengan keberlapangan dada. bukan mudah! sekuat bisikan kita pada hati agar berlapa dada, agar yakin Allah ada, agar ikhlas, agar redha, sekuat dan segigih itulah syaitan yang dilaknat Allah membisik bahkah melaung kembali bisikan bisikan celaka kepada kita agar kita kufur. Allah. lindungi hati ini Allah. 

lemah tak berdaya Allah. 

meredah hari hari mendatang dalam dunia dipengakhiran ini bukan mudah. lalu memilih jalan Allah juga bukan lah semudah memuntah dakwat atas buku mencatit diari untuk hari ini dan semalam.   

musibah demi musibah menimpa dan mendatangi kehidupan kita hari ini. pandanglah ia dari sudut mata hati. pandanglah ia sebagai teguran dan amaran dari Allah buat kita yang tidak pernah tidak leka!!! 


kuliyah oleh ustaz badlishah mengenai tanda tanda kiamat, nyata membuka nurani sy. 

Allah..
betapa aku tiada upaya selain pertolongan dariMu yaAllah. T_T 

untuk sahabat. cari lah buku, baca lah. carilah guru. tuntutlah. kita berada di pengakhiran. mari kita usaha mecari redha Allah agar kita menjadi sebahagian ummat muhammad yang diberi syafaat oleh baginda, dan kita adalah hamba yang Allah berikan kasih sayang keampunan untuk ditempatkan disyurga. amin yaAllah. 

untuk saya sendiri. Allah getar jiwa ini tak terluah. dosa mengunung tinggi ini apa sempat terampun sedang hari hari ini pun sy masih jahil dan alpa. walhal peringatan dalam al-karim sedari dulu lagi sudah jelas dan nyata. yang memandang enteng dan remehnya sy. maka jadi lah sy sebahagian dari orang orang yang rugi. astarghfirullah. balikkan kembali hati ini ke jalan yang benar. 

doakan sy semoga sy terus dipilih Allah untuk diberi taufiq dan hidayah. 
doakan sy agar kebaikan sy yang tak seberapa ini apabila dihisab nanti melayakkan sy masuk kesyurga Allah yang abadi.
doakan sy agar kejahatan sy yang menggunung tinggi ini sempat terampun dan pabila hitung nanti tak tersangkut di titian sirat. nauzubillah. 

mari kita pulang kepada asal. 
mencari redha dan ampun dari allah. 
mari. 
mari kita cari jalan benar yang akan membalikkan hati kita pada hakikat kelurusan dan terus mencari redha ilahi. insyaAllah. 

mari kita munajat agar Allah tetap menjaga kita dan seluruh keturunan kita dari siksa kubur dan azab api neraka. 



mati sekali namun hidup bukan!

assalamualaikum dan selamat petang. moga kita terus di bawah rahmat dan redha Allah. 

negara kita masih berselubung sendu dan duka atas kehilangan kapal terbang MH370. kehilangan yang masih tiada punca. maha suci Allah yang mentadbir seluruh alam ini, maka kehendak Allah pasti kita tak daya menghalang, pun tidak kita ketahui hikmah mahupun musibah apa dari perancangan allah ini. namun yakin lah, ianya berhikmah, bahkan tidak pernah bersia sia. Innalillah. kepada Allah kita kembali. 

saya, dia, anda, kalian mahupun mereka, kembali kita kepada satu sahaja yakni Allah. agama apa pun di dunia ini kita anut, rumah apa pun di dunia ini kita huni kenderaan apa pun di dunia ini kita tunggang, baliknya kita sama berpakaikan kafan putih, jika islam. berbaringnya tiada bernyawa tinggal jasad semata. Allahuakbar. 

saya perhatikan dari jauh. ramai yang terlalu lantang melabel, mencemuh, menguar kan pendapat sendiri, tidak kurang yang memberi suntikan positif memohon keluarga mangsa kuat dan tabah. memohon doa, supaya Allah mudahkan urusan. apa pun pendapat yang mereka pegang, apa pun ayat pedas yang mereka laung saya yakin tidak lain mereka hanya mahu mangsa MH370 kembali dengan selamay insyaAllah. ataupun paling tidak ada kesudahan untuk menantian merek. *mudah mudahan. 

peristiwa demi peristiwa yang menimpa negara merengut hati kecil sy. sy yang tiada upaya selain memohon pertolongan dari Allah melalui doa. doa yang entah mustajab atau tidak. dek kilaf yang terlalu banyak. allah. di mula dengan banjir, kehilangan hampir semua harta benda, kemudian kemarau yang berpanjangan.. dan sekarang musibah kehilangan MH 370. allahurabbi.. sy lihat pincangnya iman kita hari ini makin jelas. saya sendiri yang jahil, terasa remangnya tatkala membaca bait bait pendapat umum die dada media. bukan tiada yang berinput positif, berpandu akal dan iman, ada! cumanya banyak juga yang bercakap demi  mahu bercakap semata. yang bercakap mari kita berdoa supaya Allah balikkan MH370 sambil sebelahnya ada bukan mahram sedang berpelukan! ***contoh! 
ada juga yang bercakap ini petanda akhir zaman, kiamat sudah dekat! tapi masih berpelacuran bermaksiatan. **contoh! allah allah. sy tidak menunding jari ke arah mereka mengatakan mereka keji dan saya lah yang mulia. tidak tidak sama sekali. namun dalam hal ini, kesannya menikam dalam ke hati saya kerana mana tahu sy sebahagian dari mereka yang lalai itu barangkali. 

doa saya terhijab selama ini mungkin kerana dosa dosa saya menebal dan membalikkan doa saya kembali barangkali mahu saya lebihkan taubat. barangkali mahu saya cucikan dosa mulut dan mata. barangkali. tiada siapa yang tahu ia apa selain Allah. **terus berbaik sangka. Allah itu rahman dan rahim. 

kisah dajjal, sy suka menonton tv alhijrah pukul 6 petang. kupasan untuk tajuk tanda tanda kiamat satu persatu di kopek, di siat dihurai. tusuk terus ke dasar hati. Allah.. betapa sengsaranya zaman kedatangan dajjal itu. apa sy mampu perjuangkan islam yang sy anut sedari kecil lagi? T_T  apa saya mampu pertahankan kalima syahadah dibibir dan kejapkan dihati ini tika saat dikecam dajjal laknatullah itu nanti. nauzubillah. sy takut. sungguh. kalau saya ini sudah rasa pincangnya hati melihat mewah dan bebas mereka bersulamkan duit dalam harian, apa nanti mampukah saya memilih api seperti nabi pesan berbanding air yang dajjal janjikan? Allahhhhhhh sy takut. 

matikan sy dalam iman Allah. 
matikan sy dalam syahadah allah. 

T_T  

kita lupa. sering. yang mati ini cuma sekali. namun harus kita ingat hidup kita nanti ada lagi bukan sekali sahaja disini, sudahnya kebangkitan dua disana, sana yang abadi. 

maha suci Allah. 

musibah ini sy kutip berhikmah. takdaya saya tarik teman teman masuk ke gelanggang perjuangan saya. namun saya harap Allah pilih saya, dan makbul doa saya supaya saya dan mereka kembali kejalan yang benar, jalan yang allah redhai, jalan pencinta rasul dan agama suci islam. 




Allah dampingkan hati aku dengan orang yang mencintai agamamu,
agar hidup dan matiku tidak ada matlamat lain selain redha dan syurgaMu.
Allah temukan aku dengan pencinta pencinta agamaMu agar jahilku tepimpin dek ilmu mereka yang mencintai ilmu dan agamaMu melebihi lautan mewah dunia. 
Allah kunci hati aku dengan kunci taqwa, agar damping hatiku dengan teus mencari rahmatMu dunia dan akhirat. 

bagaimana mahu bisikkan pada jiwa kosong ini bahawa jiwa jiwa yang beriman tidak pernah tandus selagi ada iman dan taqwa.  
bagaimana mahu bisikkan pada  jiwa kontang ini bahawa kesukaran yang ada ini penuh hikmah di hari mendatang!? 
bagaimana?

bagaimana aku mahu bisikkan pada taulan bahawa jalan taqwa ini payahhh namun wajib kita turut. bagaimana? 
bagaimana mahu aku bisik pada taulan, 
marilah kita pulang pada rabbi, tinggal jalan maksiat tinggal haram dan celaka. bagaimana? sedang aku sendiri tewas. mahu pimpin mereka bagaimana atau paling tidak mahu ajak bagaimana. T_T tiada upaya Allah selain doa kudus dari aku yang hina. 

kalaupun nabi kekasih Allah rasul tercinta diuji hebat, lalu aku siapalah cuma. T_T

Sunday, March 2, 2014

puisi rindu lagu cinta

puisi rindu, 

aku karang puisi rindu
untuk kamu penghuni kalbu.

di dada tinta cinta
pena laju memuntah cerita
cerita rindu
rindu kamu
dari aku. 

puisi rindu

aku tak punya daya
untuk menolak cinta
yang hadir tidak kira masa
menyenyak indah dalam jiwa
meski aku tak pernah pinta. 

aku seperti hilang upaya
menyimpan cerita 
menyembunyi rasa
menyorok cinta
yang aku kira tunasnya
makin membaja
walhal tidak pernah dijaga
hatta disiram benih cinta.

hati membelah
saban hari rasa gundah
menunggu sudah
duduk tak betah, 
mandi pun serupa tiada basah. 

puisi rindu,
aku karang saban waktu,
tika rindu bertamu
ini sahaja yang aku mampu
mengirim bait bicara buat kamu
di angin lalu. 
moga Tuhan sampaikan bisik padamu
aku rindu.
rindu kamu
rindu detik kita bertemu
rindu detik kita bersatu
satu tika dahulu.

puisi aku tiada seni asmara
tiada ayat menguntum jiwa
membuai cinta sang dewa
tiada apa apa
sekadar puisi dari jiwa
yang mengurai kata
tulus, tiada rasa
selain sarat dengan cinta
dan sekeping setia. 

kalau tika ini
kau rasa dingin
mencecah di dada hati, 
itu bisik dari aku bukan puteri.

kalau tika ini
kau nafi,
kau kata tiada aku disanubari
tiada aku dalam hari.
pun aku tetap disini
tidak mengharap cinta bersemi
tidak.
kerna
tiada apa janji terpatri
selain kau yang meninggali
sebuah jiwa dala, kenangan untuk diingati.
barangkali sampai mati.

kala senja kelmarin
aku lemparkan rindu yang tersimpan
jauh nun di hilir semantan,
aku kira mana mungkin ia mudik 
kalaupun ada cebisan terpercik
tak mampu basahkan carik.

nahhh  belum pun embun datang,
rindu yang aku hantar pulang
makin enak bertandang,
mengisi segenap ruang
mencicip cinta kembali bertandang
apalah daya aku menghalang. 

arjuna
bawakan cinta ini bersama
saat kau pergi ke ufuk tenggara.
aku bilang bawa ia,
takmahu aku terima
bibit bibit cinta ini makin membuta
memamah jiwa 
saban senja
mendodoi angan sulam tawa bahagia
bahagia semalam, yang sementara
sedang esoknya tiada apa
selain jiwa sengsara
mengenang sejarah kita!

puisi cinta,
ini sahaja yang aku ada
untuk mengubat jiwa
menyembuh duka.

aku biar saja
sepoi menolak jendela 
kala senja.
aku tiada upaya
mengunci waktu
dari terus datang bertamu.


-------------------------------------------------



Tuesday, February 18, 2014

timba timba racun?

perigi buta
dalamnya tiada apa.

kalau cinta buta,
isinya banyak sia sia.

*ini seloka saya,
jangan ada yang mencela. <-------- ^_^v

di timba timba, 
rupanya racun!
yang ini bukan seloka,
bukan juga pantun. 


timba timba
rupanya racun. 
cinta didamba
benci melantun.

arjuna,
arjuna si adam yang saya cerita,
masih ingat siapa dia?
demi adam si arjuna
ada hati yang terluka,
ada jiwa yang gelora, 
tetap di biar saja,
mekar demi bau cinta,
arjuna si dewa raja
pemilik cinta buta.

widuri,
dia siputeri tempohari
 yang pilih sepi,
hampir saja menggari hati,
terlupa akan cinta yang setia dinanti,
merajuk barangkali. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pesan arjuna pada widuri:

kalaupun terpisah mereka
antara dua benua,
adam tetap ada,
meski serunya dalam doa saja.

kata arjuna,
kalaupun jaraknya bukan sedepa,
jangan berduka,
adam tetap ada
pada tika widuri pinta.

wahai puteri,
jangan berjanji sehidup semati,
risau nanti memakan diri.

satu detik,
saat kau sakit
seru dalam ratib
nescaya tuhanmu padamkan titik
bugar dari perit
meski tiada tabib.

kalau nanti adam tiada dipangku
saat kau benar perlu,
bisikkan rindu
kirimkan seru pada angin lalu,
pasakkan doamu
jangan pernah ragu
tuhanmu ada membantu
menyampaikan padaku
bila tepat waktu.

kalaupun benua antara kita,
jangan berduka,
kau ada dalam doa sentiasa
takkan pernah aku lupa.

adam kan sentiasa ada
dalam apa pun ia,
hidup bersama bau cinta
kekal sampai bila bila.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dalam rajuk 
dia hampir terlupa
kisah dia yang tak bertajuk
rupanya ada racun bertimba timba

widuri
tekad membuka gari
tiba nanti, suatu hari
kisah arjuna dia serah pada Rabbi.

dalam rajuk,
arjuna datang memujuk. 

kisah tidak bertajuk
itu kisah lapuk,
jangan pernah kembali mengetuk
biar rajuk tak berpujuk.

widuri,
dia leka membuka pesan
butir butir masih dalam ingatan
entah kapan dapat dilupakan
kisah arjuna dari lipatan. 

yang ditimba timba racun
yang di timba timba candu
membuka pesan jangan sampai melantun
takut nanti menyulam rindu.










Friday, February 14, 2014

tempik tak lepas tempeleng! tempeleng kau! tuiii

salam sejahtera kepada seluruh ummat muhamad. moga terus dalam redha allah. 

moga kita adalah antara hamba yang terus dititip rahmat dan taufiq oleh allah azzawajalla. amin. 

mengungkap bait kata, sabar sememang tiada pernah berbatas" mahu atau tidak, hendak atau enggak. angguk hati itu fakta. bukan kesabaran kalau masih berbatas. tapi kalau di nama pun rakyat marhen hamba sahaya.. tentu tentu, kesabaran sering diuji. bukan sekali. malah berkali kali. tanpa sedar. yang ujian itu adalah tarbiah dari Allah. 

dan sy lah manusia marhen lagi sahaya itu. yg hari hari kilaf masih menyelubungi, namun hari hari juga tak serik tanam azam nak jadi hamba yang baik. 

kita, kalau namanya manusia. yang asal usulnya tanah. tentu tidak dapat elak dari berselubung dengan dosa. kan? suci tara mana pun kita ni label layaknya. pendosa. titik. 

ok. berbalik tajuk asal. 

isu kita hari ni, kalau duduk di kampung terutama.. petang petang wajib besembang atas pangkin bawah pokok pelam. takpun pokok asam jawa. kalau tak pon depan beranda umah mak siah. dari beranda mak siah ni.. ceritanya bukan takat kisah pokok asam jawa, kisah pokok pelam taksempat ranum dah rembat dek kera pak mat. bukan takat tu. tapi nuhaaa sampai ke kisah anak mak siti tak kawen lagi, kisah anak pak busu belaja tinggi tinggi tapi takat keja kilang, tu belum campur kisah anak kak semah tiba tiba kawen tak buat kenduri nam ari tujuh malam lagi. haaa nampak beranda mak siah punya efek...tuuu sampai ke kolumpo cite die. 

sini mak siah. kite nak bagi tau. 

mak siah, mak esah. kak bidah. cik farah, 
kisah hidup kau taknak pulak canang kalau buruk. nak canang yang baik je. kalau yang buruk je sume kisah orang. sume nak gebang. buruk kau. mujur orang tak canang. kira baik seribu rahmat tau? tunggu sikit mase lagi. jangan sampai kita senseng lengan bawak golok kontot panjat tangga umah mak siah! ingat tu! jangan! 


fuhhhhh urut urut dada istighfar. 

صبر

ok baik. kite sabar! sebab mak kite pesan, biar sampai orang ludah kite, senyum lah. nabi pun pernah diperlaku sedemikian rupa. tu mak kite pesan. mak kite die punye sabar nunnnnnnn tahap dawai besi, tapi kan kite punya sabar nipis lagi dari tali rafia. bukan tali rafia tau, nipis lagi! ingat tu! yihhhhhh tunggu tahap aku toyoh mulut dengai cabai burung.. 

kite tau anak mak siah, anak mak esah, kak bidah tu baik baikkk je. tak macam kite, tauuuuu. kite tau sangat! tapi takpayah la tiap kali kite balik kau sebok nak tutup lampu,selak langsir intai kat tingkap demi nak intai jantan mane anta kite. demi nak tau balik kali ni ole ole ape kite bawak balik bagi mak kite. takpayah lah sebok! 

lagi satu, takpayah nak sebok tanya kite abad bila nak kawen nak itu nak ini. kite takde mase nak pikir jawapan sopan ape nak bagi kat kau. sebab kite ni tahap hipokrit senyum je kalau jumpa kau sebenarnye. tapi demi mak kite yang tak penah ajar suh kite toyoh mulut orang tua yang busuk die lebih busuk dari bangkai bab*, kite cube jugak kontrol. sampai mase kite rase nak kawen kite bagitau kau ye.. mane tau kau dah simpan duit nak sponsor kite kawen, tu yang takjemu jemu duk tanya soalan sama nambelas kali sehari. huhhh 

kalau pun kau jenis cakna sangat kat jiran tetangga, takpayah la sibuk duk canang kat orang mak kite da senang sekarang.. kereta anak anak mak kite sederet sampai ke jalan raya. sampai takmuat orang nak lalu. 

nanti satu hari, kalau kite dengar lagi ayat untung lahhh anak nak die dah kaye. dah la duduk umah kerajaan, takpayah bayar sewa, bantuan dapat. anak anak keja gaji banyak. tau la kite nak bagi ayat penyata apa kat kau. nanti! 

dulu waktu mak kite ade anak 6 orang sume kecik kecik, dengan ayah kite sakit, tak kerja ade kau tau? dulu waktu mak kite pindah randah kena halau ngan penyewa sebab bayar duit sewa lima ringgit sehari nak cukup kan 20ringgit sedebuk tak mampu, ade kau datang tanya? 

kite ni bukan lahir lahir jadi macam hari ni. dulu waktu kite kecik, mak kite pindah randah bawak kite, pimpin abang kakak cari bangsal buruk nak beteduh. bangsal buruk upgrade sikit je dari reban ayam tu rumah kite tau. rumah! rumah yang kite sayang. 

tak sape tau, mak bawak anak anak die pindah randah bekali kali sebab cukup bulan je tak mampu nak bayar duit sewa. bukan taknak bayar langsung. tapi tak mampu nak bayar sedebuk 20inggit. mak cakap, bole bayar 5inggit je satu hari tapi tuan rumah taknak macam tu. nak seketol 20ringgit. dah tak mampu, padan la muka. pegi berambus! mak cakap waktu tu mak dalam pantang lahirkan kite. nangis nangis kakak ngan abang takut orang herdik mak. tiap kali tuan umah datang kutip sewa, abang ngan kakak sembunyi bawah para. takut tuan rumah tau ada orang dalam rumah. dalam pantang tu mak kena halau, kakak balik dari asrama tolong mak cuci sekolah buruk yang orang tinggal, mak cakap kami pindah situ. ayah sungguh sungguh cuci sekolah buruk tu sebab nanti kami nak pindah situ sementara ayah sembuh, dapat cari rumah lain. tak lama lepas tu. da siap cuci. da siap tampal lobang kat dinding, dahhh ade orang gi berak kat situ. penagih dadah gi berak sebab tu tempat die main judi. nanti kami pindah situ, dah takbole main judi la. nangis mak. tapi sampai ari ni mak tak bagitau arwah ayah, yang mak taknak duk situ sebab penangih gi berak lepas penat cuci. mak tak bagitau ayah sebab takut nanti jadi gaduh. cari rumah lain pulak, tak lama lepas tu rumah baru kena ribut, atap tercabut. pindah lagi. lagi lagi lagi. sampai lah rumah sekarang ni. sampai lah anak anak mak dah besar panjang dah bole kerja bagi duit kat mak pulak. 

itu baru kite cerita kisah pindah. 

belum cerita kisah abang kena hina ngan cekgu sebab pakai kasut pempuan. belum cerita kisah abang kena rotan ngan cekgu sebab pakai seluar pendek gi sekolah. belum cerita kisah anak anak mak bawak bekal duit 20sen. sampai separuh jalan teguk air paip sebab haus bukan main. belum lagi.

saru hari nanti, kite lapang lapang, kite teringin nak gi duduk atas beranda mak siah. nak cerita kat mak siah hal kite adek beradek. biar mak siah bukak hati tu luas luas jangan nak busuk melampau sangat. 

tak saba kite nak cite pasal abang kite kene hina ngan cekgu pasal abang pakai kasut pempuan. 
abang ngan kakak gilir gilir pakai kasut. macam ni, bila kasut kakak tak muat, mak akan beri kasut tu kat abang, tak kesah la kasut tu da belobang depan nampak stokin sket pon, asal tapak tak kopak dah cukup. boleh pakai lagi. jadi bila abang pakai kasut tu, sah sah pesen kasut pempuan. kawan kawan gelak. abang balik cite kat mak, mak cakap nanti lepas musim tengkujuh ayah dapat duit mak janji beli kasut baru kat abang. tapi sekarang mak pujuk abang gi sekolah pakai kasut tu dulu. abang memang jenis dengar cakap. jadi abang pakai je kasut tu, esok tu cekgu gelakkan abang, cekgu cakap "mak awak takpandai tengok kasut pempuan ngan kasut laki laki ke? sampai belikan awak kasut pempuan ade zipzack ni. ni kasut pempuan. suruh mak awak beli kasut baru. awak takmalu ke pakai kasut pempuan!" **abg cakap sampai ari ni die tak lupe muka cekgu tu! tapi mak salu cakap kat abang, jangan dendam. nabi taksuka. biarlah. maafkan saje.

abang nangis, nangis sebab malu. nangis sebab kawan kawan gelak. tapi abang dah tak balik bagitau mak, sebab semalam mak dah janji nanti ayah ade duit mak belikan kasut baru kat abang. abang diam je.  
esok tu, abang gi sekolah macam biasa. waktu tu sekolah baru kuatkuasakan pakaian seragam wajib pakai seluar panjang. tapi abang takpakai seluar panjang lagi. abang pakai seluar pendek yang mak beli tahun lepas. elok lagi. abang balik bagitau mak, cekgu suruh beli seluar panjang. sekarang ni dah takboleh pakai seluar pendek. peraturan baru. mak pesan kat abang. bagitau cekgu, beri mak masa sikit lagi. nanti dapat duit upah siang ikan ngan kukur kelapa mak beli seluar baru. ~~~ duit upah siang ikan taksampai sepuluh ringgit je sehari. kalau secupak 30sen, sebesen besar tu tak sampai 5kilo pon. siang sampai buruk buruk tangan tecucuk tulang. upahnya taksampai 10inggit. tapi mak gigih jugak. mak ambik upah kukur kelapa, giling cili kering, basuh kain orang. abang jual otak otak. ayah kalau tak ke laut, musim tengkujuh jahit pukat je kat jeti. ayah dah tak bole kerja berat lepas eksiden tu. kaki ayah patah. sebab tu mak keje banyak tempat. ~~
abang gi pakai seluar pendek tu lagi, cekgu cek sorang sorang sape yang degil pakai seluar pendek jugak cekgu rotan. abang degil, maka abang kena lah rotan. abang tak nangis. die diam je. balik rumah pun tak bagitau mak. sampai lah mak tengok peha abang bebirat kesan rotan, baru abang cakap kenapa. mak pujuk abang, mintak maaf ngan abang, esok mak janji gi sekolah jumpa cekgu. mak bangun gi ke dapur, kite tak tau pun mak nangis kat dapur. sebab mak buat buat sibuk tiup kayu api nak masak bubur nasik. 

cakap hal bubur nasik ni.. ni peberet kite. dulu mase kecik kecik mak salu buat bubur. dah besar besar ni baru tau mak masak bubur nasik sebab nak jimat. kalau ade beras segenggam mane cukup bagi 6orang makan. jadi kalau buat bubur nasi kan nanti jadi banyak, bole makan ramai ramai.
 abang salu tolak  tolak, sembunyi belakang kakak kalau mak suruh pegi hutang beras sekilo kat kedai. pegi hutang kejap je.. nanti ayah balik kelaut ade lah duit gi bayar hutang tu. kakak malu. sbab da kerap sangat utang. intai dari jauh je dulu. bile orang dah takde baru kakak ajak abang lintas jalan gi kedai tu. pakcik kedai tu tok guru quran kakak ngan abang, baik pakcik tu. salu bagi mak macam macam kalau mak beli barang kedai die. 

kite ngan abang ngan kakak salu bawak bekal gi skolah. abang kite duaorang. kami gilir gilir gi skolah. kalau hari ni abang nombo satu ngan kakak nombo satu dan kakak nombo dua dah gi skolah. abang no dua tak gi skolah. kalau hari ni abang nombo dua gi skolah kakak no satu tak gi skolah. kami lima beradik memang jarang sangat dapat gi skolah semua. tapi abang nombo dua salu ngelat, die salu ofer diri taknak gi solah. time tu kite tak tau lagi die ngelat, kite rase die baik sangat sebab salu korbankan diri tak gi sekolah. dah besar ni baru tau die ngelat. ceitt. kite sekolah bawak duit duapulohsen. beli nasi lemak je. **time tu nasik kat skolah duaposen je pinggan kecik. sekarang takde singgit dua ringgit takpayah berangan nak beli! air dah ada, mak siap letak sorang satu. kalau balik sekolah hari panas haus sangat, kite teguk je air paip. nak beli air oren tepi jalan tu mane ade duit dah. 

rumah kite ade pelita ayam.tau tak pelita ayam tu macamana? pelita ayam tu ayah buat guna kayu. tinggi dalam dua jengkal. ada tempat letak minyak tanah. bekas kaca. pelita minyak tanah ni kite panggil pelita ayam. tak tau lah kenapa panggil ayam. padahal taknampak pun kaitan ayam dengan pelita ni. hurmmm nanti lah kite tanya mak kenapa bubuh nama ayam. :p
nak tau tak? pelita ayam ni, salu tu bakar rambut kite. tengah tengah sebok kacau abang ngan kakak buat keje sekolah..  srotttt rambut ilang. bau hangiiiiiiit. haaa tu la duduk rapat rapat lagi kat pelita tu. kan dah hangus rambut. kalau bangun pagi hidong hitam tu tak pelik hahahha kena jelaga pelita ayam tu. minyak tanah kan jelaga die itam kemain. hahahah 

rumah kite takde letrik, takde air paip. mak kite gune pelita ayam. guna telaga. masak pulak gula dapur kayu. gosok baju guna sterika arang tu, perhhh berat ok. air telaga kan sejuk. kalau nak gi sekolah. kite ngan  abang nombo dua salu ngelat, takmandi ngan kakak abang yang lain, bangun lambat sikit. kakak abang dah sekolah menengah. diorang gi sekolah awal. sebab bas datang awal, kalau lambat nanti takde bas. kite ngan abang nombo dua sekolah rendah, dekat jugak la ngan rumah. jadi kul 7 baru bangun. mak jerang air bagi kitorg mandi. takut sejuk. ngelat kan? tak tau pun tindakan tu mengada sangat. sampai buat abang kakak yang lain bising, mak manjakan kami sangat, hihihi. 

hidup kite ngan adik beradik susah sangat. tapi kami tak rasa susah. elok je seronok. mak cakap Allah sayang kami. sebab tu tak bagi kami kaya. takut nanti dah kaya kami jadi lupa diri. **mungkin! 

hal kami adik beradik takpernah makan nasi ayam. tak pernah dapat beli buku cerita yang orang datang jual ngan van kat skolah, tak pernah dapat beli air kotak yang orang salu datang jual kat skolah. tak dapat gi lawatan sambil belajar. sume takdapat. kalau dapat pun kite sorang. kite lah yang salu dapat itu ini.. dapat makan kepsi time jamuan akhir tahun kat skolah. dapat gi lawatan sambil belajar ke kuala terengganu. kite sorang je. yang lain mane penah dapat. kite dapat macam macam sebab time tu abang nombo satu dah keje. abang dah abis spm. abang keje ape tah tak tau, tapi selalu bagi mak duit, kakak no dua pun keje. balik sekolah, kite selalu cari tak jumpa. nak suh ajar buat keje sekolah pun payah. mak cakap kakak keje kat kedai makan kat bandar. balik sekolah kakak tak balik rumah lagi, malam baru balik. kite ingat lagi kakak selalu bawak balik nasi ayam bagi kami makan. abang no dua pun same. die keje kat kedai baiki kete. mak salu bising baju abang kena minyak. nanti takde duit nak beli sabun. nak sental minyak kat baju kena pakai sabun banyak. bile masuk skolah menengah, die dah tak pegi bengkel kete. die pegi keje kedai makan pulak. dapat makan free. baju pundah tak de kena minyak hitam lagi, mak pun dah tak marah abang. abang dah besar. sampai ari ni abang no dua tu pandai baiki kete, kalau lori rosak, kontena rosak, orang selalu mintak abang baiki. itu  kalau abang cuti lah. 

sampai ari ni pon kite je yang belaja tinggi tinggi sampai ijazah, sampai master nanti insyaAllah.. kite sorang je, abang kakak takboleh blaja tinggi demi nak anta adek adek gi sekolah. nanti kalau abang kakak belaja tinggi lame pulak. lambat pulak nak dapat keja. lambat lah nak boleh tolong mak. jadi abang ngan kakak belaja sampai diploma macam tu je. demi nak cepat dapat keja. *sebab tu jugak kite sedeh kalau keje gaji ciput dan takboleh nak hulur duit kat mak abang kakak seringgit dua kupang. memang lah tak mintak. tapi. mengenang mereka puasa demi nak bagi adek duit, dan adek itu adalah kite. hurmmm allah je tau kite urut urut dada sebak bila baru tau kesah ni lepas kite da dapat ijazah. lagi sebak bile tau mak banyak hutang tiap kali nak anta kite daftar asrama. *kite lah yang selalu untung. tapi berguna tak banyak mana. **T_T

kami dah besar!! semua orang nampak rumah mak kami ade kereta sederet sampai penuh jalan. 
semua orang cakap itu cakap ini. **nak je kite tempikkkkkkk kat kau, zaman sekarang ni kereta bukan kehendak tapi KEPERLUAN! memang tak mati kalau takde kereta tapi kereta tu perlu, nak gi kerja takde kereta pun payah. lainlah kalau kau nak anta kite hari hari, takpon kite takyah gi kerja, kau bagi kite duit bulan bulan bayar segala hutang kite, bayar segala duit loan PTPTN kite tu! nak takkk??? 

tapi kau tahu ke, sebelum kami jadi besar ni. apa kami lalu?
kau tahu ke abang kite kat kolej dulu selalu puasa, bebuka ngan biskut jagung cicah air. 
orang sibuk duk cakap mak dah tak patut duk umah kerajaan lagi sebab kami adik beradik gaji beribu riban. 
***peluh peluh kite tahan sabar. sini aku bawak kau gi bank tengok duit aku riban tara mana sampai kau sebok resah gelisah gebang tiap tangga rumah orang! 

kau!!

kau tak tau mak aku hutang keliling pinggang demi nak anta ayah g spital bedah dahi. ayah eksiden teruk. ayah taksedar diri lame kat spital tu. mak takdapat pegi jaga ayah, kami sume kecik. ayah pulak masuk spital jauh. satu hari tu mak gi lawat ayah. doktor cakap ayah kena hanta gi hospital lagi besar, dahi ayah luka teruk, ayah dah takcam orang,  mak anggukkan aje, mane nak cekau duit, mak tak ikut ambulan, abang no dua kecik lagi time tu, kite pulak menyusu. mane bole naik ambulan. mak balik hutang duit ngan orang. tebal muka toksah,cakap lah. esok esok tu  baru mak dapat gi tengok ayah, tu pun mak tumpang ambulan sape tah yang nak anta pesakit gi spital yang same ngan ayah. 
sampai kat ayah, mak cakap tak kenal ayah. doktor tunjuk katil ayah. muka ayah dah lain. ayah pun tak sedar lagi. mak cakap. misi tu datang tengok luka ayah. misi tekejut dahi ayah berulat. luka tak bersih, misi kat spital lame xbuat betol betol.  mak cakap dahi ayah luka teruk sampai bila korek korek dapat sebotol ulat. 

ye betol la kami dah besar sekarang, kami dah ade keje.
tapi kau tau tak dulu mak kite berhutang sana sini demi nak anta anak anak gi belaja. 
kau nak bayar ke hutang tu untuk kami? 

waktu kami kena ludah. kau pun tak pandang, nak datang tolong apatah lagi. 
ehhh waktu kami dah besar panjang pun kau nak bising lagi?
kau ni pesen nak makan pelempang aku kot. 

kite kadang kadang rase macam nak hempuk je kau. tau tak?
kite nak buat kenduri pun kau cakap. 
kite nak pasang langsir baru pun kau telek.
kite  keje tak balik balik pun kau nak tau.

kisah kite tak kawin sampai ari ni toksah cakap lah..
itu dah mual.
kisah kite belaja tak habis habis pun sama jugak. 
kau duk kepoh sampai bile kite nak blaja je, tak nak balas jasa mak ayah, 
itu jangan cakap lah. 
lali. 


kau kan. 
sampai mase. 
kite tenggek kat tangge tu.
tau lah. 

huhhhhhhh


Saturday, February 8, 2014

miskin kaya, kita pilih jalan mana, syurga neraka.

assalamualaikum. moga kita dalam rahmat dan redha Allah. 

Allah yang tak pernah henti memberi peluang dan ruang. supaya kita pilih jalan kebaikan. 
maha suci Allah yang mentadbir setiap inci gerak hati manusia. allahuakbar. 

demikian, yang maha pemurah dan pengasih meminjamkan anggota dan jasad beserta roh kepada kita. moga kita memanfaatkan kearah kebaikan.


buku ni da lame sangat sy beli. hobi sy selain jalan makan tido menulis, sy suka beli buku. beli je. hihi baca suka jugak tapi err belum jadi hobi yang takleh tinggal. erti kata lain, kalau tak buat sehari jadi ketagih sampai makan tak kenyang. haa gituuu. metafora sangat. 

hal suka beli buku ni sy rasa sy jangkit dari mak, beliau suka beli buku dan baca serta khatam berkali kali. kalau sy beli baca dan khatam sekali itu hebat. hahahah tapi pelik ke tak, sy sekarang jatuh cinta ngan buku buku. antara buku yang sy suka tenung lama lama korek isi perut buku atas ni. buku ni biasa biasa. cuma barangkali sesuai untuk sy yang baru berjinak nak dekatkan hati likat ni dengan qiamulail. sebenarnya.. sy nak cakap. kemain payah nak jadi baik! nak istiqamah jadi baik!! lantak orang lain cakap senang je, -kita yang "decide" benda tu, Allah bagi akal, da besar bole fikir sendiri.--haaaaaaa kemain senang gebang kan? nak cakapnye senangnye diorg nak jadi baik tak macam sy. alhamdulillah. untung awak. sy jeles sebab sy perlu usaha lawan nafsu amarah nafsu serakah, kental jiwa raga bakul,  jatuh bangun balik, tak baik baik tapi nak jugakkkkk jadi baik haa.

buku ni sedikit sebanyak pujuk sy, -- lea, nak baik bukan mudah. ** lea nak pilih jalan redha Allah bukan senang macam makan kacang yang beli kat pasar malam tu. tak lea tak! peduli lah orang cakap ape. diorang tak suap kau makan hari hari cukup 25tahun. tak. paling paling yang ade tepuk bahu kau ajak bangkit dari kelam seketol dua. tu pun tak selalu kau nak harap mereka! --

baik, sy akui jalan duri berkaca adalah jalan yang benar, memang jalan ini yang wajar sy pilih. bukan hiway,bukan jalan tar siap standbai lampu isyarat takut kang eksiden. bukan ok bukan! ingat tu! 

allah. setimpal mahu syurga balasannya.. ternyata bukan mudah macam sy taip taip tulis kat blog ni. tak mudah macam sy cakap hari hari dengan ali kat pantry time bukak bekal. siyes tak mudah! 

tak percaya terserah kan. hidup kita takkan nak sama dengan dia. 

hidup kita, 
kalau lahir lahir jadi anak luar nikah, 
nak ubah macam mana?
takkan nak tepuk tangan yey yeayyyy kalau dah satu dunia keji. 
hidup dia,
untung lah dia lahir lahir ada mak ayah atok nenek sambut siap rebut rebut nak dukung.
alhamdulillah. 

hidup kita, 
kalau lahir lahir mak ayah duduk pondok usang 
takkan nak suruh mak ayah ubah cara hidup mereka esok tang tu jugak
demi taknak kita malu dunia hina kita sebab hidup papa kedana meleret.
hidup dia, 
untung lah ada dreba tunggu jemput tiap kali lepas beli jajan kedai mak bedah ujung kampung.
biarlah rezki dia mewah harta melimpah nampuluh keturunan tak habis, 

hidup kita, bukan kita yang ada kuasa tentukan A, tentukan B. bukan! kita ada tuan milik. rancang la macamana tiptop kalau CEO tak setuju, jangan harap bole buat! nanti kang kalau degil jugak lingkop lah kampeni. sama macam kita la. rancang itu ini sampai dua halaman tak habis lagi, sudahnya.. kalau Allah tak nak bagi lagi, takkan jadi jugak. Jangan degil.

berbalik pada topik pilih kaya atau miskin, syurga atau neraka! 

sebab apa sy cakap nak jadi jahat sekelip mata setengah je da jadi. nak jadi baik pon sekelip mata boleh jadi. nak? taknak? ada sebab semua ni.

sini nak cakap. yang lahir lahir ada famly mak ayah atok nenek tolong piat kalau tak nak solat mengaji bagai haaa alhamdulillah. untung kau. takpelik kalau terus je jadi baik. ***bukan takde yang jahat.ada, tapi payah sikit. 

yang lahir lahir mak ayah takpenah solat? macamana? tak tau pun dalam dunia ni ada perkataan solat mengaji. haaa yang ni ,macammana? kemain dia rasa dia dah cukup baik, cuma takpernah solat. tak taupin tak solat dosa, bezina dosa, curi dosa, judi dosa! tak tau pun! dulu mak tak penah bagitau pun, ayah tak cakap pun. mak ayah sibuk cari duit, kang tak kebendang nanfi dapur takberasap. kang kalau tak g meeting gaji tak masuk. turun sebelom subuh jammed atas jalan kul sepuluh baru sampai opis, celah mana nak solat mana sempat. orang cakap senang laaa. copp jangan pandang lekeh. ini hakikat! kisah benar. ada berlaku dalam masyarakat kita hari ini. nak cakap apa?

Allah. 

kalau lahir dalam zon "jahiliah" atau pernah terjebak dengan zon "kegelapan jahiliah" nak patah balik pergi zaman hijrah, Allah cabaran kemain payah. yang lalu abad ni je tau macamana perasaan tu. 

dulu teguk todi rilek je tak rasa salah. sekarang nak pakai baju tutup bontot sikit pun kemain rasa payah. cuping telinga tu macam macam bisik. --alahhh solat je.. pakai baju sendat nampak tulang belikat pun bukan ade kaitan, yang penting kau solat jugak! -- nahhh baru satu! baru satu!

baru je nak pakai tudung tak nak pandang laki.. baru je nak bukak bangle taknak godek bontot pempuan kat pasa malam dahhh rasa macam hati bisik bisik.. ---halaaa ilek laaaa.. macam la dulu tak penah tengok, lebih dari tu pun dulu ok je.. tengok je pun.. bukan gi sentuh die. =) =) --

angguk dalam hati ke tak, keadaan macam ni selalu berlaku. pernah berlaku dan akan berlaku lagi kepada si pemilih zaman hijrah masihi, pecaya lah. sebab tu sy cakap, dah jadi geng jahiliah nak masuk geng hijrah.. Allah.. susah! susah! sape yang cakap senang. mintak tolong  la datang belah hati ni masuk ilmu banyakbanyak. 

nak istiqamah. huiii kak, susah kak! ari  ni da set jam kat henfon. nak bangun pukul 3:00 konon nak tahajud macam malam tadi, tuptup ralit duk watsap ngan kawan tengok jam dah pukul 2:00. haa tido tido.. jap g nak bangun. sekali jam duk snooze snooze je.. NGANTOK! alaa esok je la bangun. =) payah ke tak?

tengok skop lain pulak

joyah konon nak tobat, taknak dah telan ganja, taknak dah rembat duit boypreng yang salu bangi upah *setubuh dengan dia malam malam. ali dah insaf, taknak rompak kedai mas mak siti lagi, janji lepas ni nak kerja cari duit halal nak hidup elok elok. 

sebulan cari kerja, tak jugak dapat, tak jugak ada yang panggil, joyah tertekan, Ali serabut ayam, nak makan takde duit. hutang keliling pinggang. sudahnya.. joyah terpaksa 'balik' semula jalan lamaa.. ali pun rompak kedai mak sidah ujung kampung tu balik. senang cite. nak jadi baik susah sangat kan? same je. mati nanti neraka jugak. dah banyak dosa. alang alang hidup je la macam ni, bukan ada sapa kesah. cari kawan pun kawan ludah. cari teman pun teman takat tepuk tepuk bahu suh kuat semangat. tu je lah! 

************************************************

Allah. Allah.. ni contoh yang sy tulis, kisah hidup segelintir dari kita. telan kunyah yang haram, bukan sebab taknak yang halal, tapi tak ada jalan. tak ada punca. 

subahanallah.. alhamdulillah Allah temukan sy dengan orang yang banyak membuka hati sy supaya celik! celik dan lihat, hidup ini perit kalau letak Allah jauh dari landasan hidup 

yang enak mengeji, mereka tetap mengeji. yang lantang bersuara mengata itu haram, itu dosa, tetap lantang! walhal seminit takpernah ajak kita duduk berusrah. yang janji dengan kita nak tolong beri itu ini.. gebang macam dia lah pemilik hati yang murah lagi suci, sampai waktu sesen pun tak hulur, yang kita  duk nanti nanti.. janji nak bagi duit buat beli nasi bungkus kedai muttu tepi simpang tu. sampai masa. bayang pun tak nampak, yang hati kita ni mula la sensitif merewang. dulu waktu dia susah kita sanggup berjaga berbulan,, buat overtime, kawan nak pinjam duit dulu. takpelah demi kawan. bukan nak ungkit, tapi kalau da tedesak merempat ni... hati memang tak leh elak duk teringat yang dulu dulu.. yang kita sanggup makan nasi lemak sesudu, lebih tu bagi kawan makan. takut kawan lapar.  tu dulu! time kau senang, ramai lah kawan kau mesej ajak makan cendol ali kat taman tu. ramai lah mesej ajak lepak kat setarbak. dulu. kisah dulu nak elak macamana pun kalau waktu kau merempat nak makan tak cukup ni.. kau mesti ingat jugak lah. takyah tipu la.  

nampak? 

kaya miskin, syurga neraka. dua dua menyumbang. 

miskin melampau:

-terpaksa berjudi, terpaksa mencuri nak bagi anak makan. 
- terpaksa melacur dek kesesakan hidup **terpaksa melacur! puihhh orang dengar akan ludah! tapi takat ludah je lah, takde lepas ludah tu seret pelacur tu, tolong beri nasihat seketul dua,mana tsu die insaf. takpun bawak gi kedai ahcheng suh jadi tukang cuci pinggan ke tukang buat air ke,  takde takde! takat ludah je lah. titik. 

miskin melampau, pun membuat manusia jadi sepantas kilat memilih jurang neraka jahanam. nauzubillah. mohon Allah jauhkan kita dari azab pedih itu.

kaya melampau: 

-takada masa nak solat, sibuk kerja. kau tak faham orang sibuk macamana. kau nak bagi aku makan ke kalau aku tak kerja?
-- duit ada lebih sedekah je lah kat anak yatim, takpayah bimbang nanti mati dapat la pahala dari anak yatim tu. 
--didik anak pakai duit, anak nak apa semua beri duit. sampai kadang kadang siap ada mini bar kat rumah. **biarlah duit aku, ape kau kesah!

kaya melampau tak berpada, pun menarik manusia secepat kilat ke lembah berkawah gelegak timah. nauzubillah. 

kalau sudah pernah lalu ' zon jahiliah' tiba tiba Allah tiupkan hidayah dalam hati.. mahu tukar landasan. mahu pilih jalan hijrah, jalan penuh duri tapi indah. satu saya mohoh, tetaplah disitu. pegang kejap. jangan lepas. Allah ada. biar manusia ludah! Allah ada. biar manusia jelek. Allah ada. benar payah, jangan nafi, tapi yakin Allah ada. 

sy pernah ada dalam zon 'kebencian' tu, sy pernah singgah di zon ' jahiliah' sy tahu bagaimana payah. bagaimana perit nak perang nafsu yang tiap saat membisik tak pernah henti. 
Alhamdulillah. Allah mencampakkan sy dalam jurang kelam seketika, sy kira, itu untuk membersih kelam hati sy. yang makin hitam, tapi tak sy sedar, dek kerana selesa berada dalam zon "baik". yang selesa dengan bisik "alahh nanti da buat ni taubat lah."  "skali ni je., nanti takpayah la buat lagi." sungguh bisik bisik "selesa" ini sebenarnya CELAKA! konon mati lambat lagi, nanti tobat lah. kan boleh. nampak tak celaka apa yang ada dalam bisik tu! 

bila hati dah di titip 'nur' oleh Allah. bila kita dah pilih mahu bertaubat, jangan fikir takkan ada bisik bisik celaka itu lagi, ada! bahkan bertambah mengulit. 'alahh kau bangun pagi pagi solat tonggangtonggeng ni, macam la dapat masuk syurga." " alahh dulu da penah buat, sama jugak kalau buat sekarang ni tetap dosa jugak" nampak? bisik bisik halus celaka tu ada! 

sebab tu sy cakap susah nak jadi baik. Allah lah yang tahu betapa payahnya mencari redha ilahi. 

saran saya, kalau sudah arrahman arrahim tiupkan ruh supaya kita bangkit! pegang kejap. jangan toleh. persetan bisik bisik halus yang mencelakakan kita. pegang lah tali Allah. 

serah diri bulat bulat pada Rabbi pemilik jagat ini. jangan malu mengaku padaNya, kita tiada upaya.. jadi jangan biarkan kita mentadbir hati dan hidup kita sendiri walaupun sesaat. mohon ampun. biarlah bengkak mata menangis akan kilaf silam. biar. Allah ada! ikhlas itu kalau dapat beli dengan emas seluruh lombong pun tak terbayar nilainya. kerna apa? kerna ikhlas itu tak mudah! 

kejap lah pegang pada tali Allah. takkan goyah. takkan bersimpul. yakinlah. tahajud. tahajud. tahajud.
ada bahagia lebih mahal dari emas dalam tahajud. 

cari lah. gali lah. 

bisik celaka takpernah lekang,sentiasa datang. 
kan payah?

tapi, syurga indah Allah memang janjikan kepada mereka yang merasakan kepayahan hidup di dunia, supaya mereka bersenang senang di akhirat sana. 

mari pujuk hati. balik lah.
biar lah payah. ini jalan yang benar.

mari lah balik. 
Allah ada,
tak pernah tinggal kita. walau sesaat. 

buat si pencari redha ilahi, baca lah buku buku yang memujuk hati. 
bahawa Allah takpernah membiar kita sendiri. 
buat penjejak redha ilahi, tahajud lah. kalau pun takdir mati 
biar mati dalam menjejak redha ilahi. 

buat yang masih tercari cari mana jalan kembali, 
balik lah, Allah tak pernah tinggal kita sendiri.