Followers

Wednesday, January 29, 2014

duhai sayang

lenaku tersentak
dengan teresak. 

ku baca nota pendek kirimanmu
aku tersenyum sayu.

duhai sayang,
aku janji menjadi dayang
untuk kau seorang.

sebak.

sayang, 
aku rindu semua tentang kita, 
semua yang mengingatkan adalah tentang bahagia.

gelakmu
senyummu
pekertimu
semua aku rindu.

duhai sayang 
kau pulang untuk hari bahagia
menjadi puteri raja
idaman teruna,
janji kita aku kan ada bersama
di hari bahagia
janji kita
aku kan ada bersama
meneman kau di singgahsana.

duhai sayang, 
meski janjiku mati,
aku mahu kau mengerti
gelodak jiwa ini
pedih sekali 
pabila janji tidak terpatri.

maaf.
aku yang kilaf.

duhai sayang,
biar aku tidak di sisi
di persandinganmu nanti
aku mahu kau sedari
kau lah bidadari yang bertakhta di hati,
yang paling jelita di jagat ini

puteri jelita
puteri kayangan dewa
aku kirim doa bahagia
untuk kau tempuh alam cinta
moga sejahtera hingga syurga
bersama putera raja. 

puteri jelita
puteri idaman raja, 
betapa aku hilang separuh nyawa
rasa sakit tersiksa
mematri janji dusta
untuk sentiasa ada.

duhai sayang,
doaku dari kayangan
untuk puteri tersayang,
moga kau tersenyum riang
meniti hari mendatang.

janji ku mati
maafkan aku puteri
bukan aku tak sudi
ini suratan ilahi,
menguji 
agar aku teladani
semua yang terjadi.

puteri sayang,

semoga bahagia
hingga ke syurga.


~~ kalau lontarkan teriak, 
tempikku tiada suara, 
tinggal gema 
bersiulan
memantul sebak.



luka membasah
bagai dilapah
sesalku tiada noktah, semua punah. 

30012014/6:30/n9



Tuesday, January 28, 2014

dusta bukan untuk bunda

lewat petang, 
titis titis rahmat luruh ke bumi usang. 
dan aku membasah pulang.

titis titis rahmat luruh ke bumi
melebar sayap untuk menyuburi nurani

kalau kumat bibir lancar lempar dusta, 
nyata ia tidak pada bunda,
kalau tutur lancang nafi duka
sahih ia bukan sama bunda.

lewat petang,
aku tidak juga pulang.

mendongak langit 
mencari spirit
harapnya ada ketenangan menggamit. 

teleku aku di bahu jalan ini, 
di landasan keretapi,
mendongak ke arah ufuk khirmizi
tidak lain, merenung nasib diri
mana tempat lagi mahu ku pergi
jalan yang tiada duri. 

titis titis rahmat luruh
aku biarkan ia membasah tubuh
titipkan basah itu serap ke dalam ruh
biar tetap utuh
tidak meruntuh. 

teleku senja 
kembalikan rindu aku pada bunda,
apa kabar bunda di desa
mohon baik baik sahaja
dibawah rahmat ESA. 

teleku senja balikkan rindu pada bunda,
aku rindu wajah tua bunda
mata sendu bunda
urat kasar tangan bunda
tutur cinta bunda
pujuk rayu bunda
usap manja bunda
sungguh aku rindu pada dia
bunda! 

titis titis yang aku benci
mengalir lagi
deras basahi pipi.

bunda,
kuasa apa yang kau guna
hingga kau dengar teriak duka 
walhal jeritku tiada suara. 

jampi apa yang kau ada
hingga aku tidak mampu berdusta
tika suara serakmu mencium gegendang hati, luruh jiwa
tika bisikmu memecah senja
berderai laju air mata. 

bunda, 
tabah mu aku mahu tahu dari mana?
gagah mu menahan cela apa punca?
derai tangis mu atas sengsara siapa yang seka?
derita dijiwa siapa mereda?
siapa bunda?
kemana semua ia?
bawakkan padaku bunda
pinjamkan padaku bunda!
aku mahu teladaninya!

bunda,
jasad ini ada kerana kau ada,
hati kita bersuara bunda.

aku pekakkan jiwa dari mendengar teriak mu
aku pekakkan telinga dari dengar suruh mu
aku pekakkan raga dari dengar rayu mu.

maka jadilah aku
hati yang membatu.

bunda, 
esak tangismu kerna aku
derita jiwamu kerna angkuh aku
pujuk rayumu tak henti untuk aku
caci maki mereka untukmu demi aku
apa aku peduli!

yang mahu aku satu, lari!
bawa diri
jauh dari neraka duniawi!

bunda, 
titis jernih itu aku kenang sampai mati
teriak suaramu memanggil aku kembali
masih ngiang hingga hari ini.

bunda, 
kau yang tidak pernah serik
mengajak aku balik. 

bunda, 
derai tangis mu kerna aku bukan setitis
bukan sehari merembes
tapi berkali kali
dan kau tetap harap aku kembali. 

biar pun aku rindu
kepingin mendengar suaramu
belai manjamu.
lunak zikir mendodoiku saban waktu
namun, hati aku tetap membatu.
kelu dalam sendu. 

bunda,
kalau kau tahu
dosa noda aku 
pasti kau buntu
pastu kau menangis sayu. 

satu pun ilmu darimu
tidak aku turuti,
tidak aku teladani
tidak kau contohi.

maka jadi lah aku
yang berhati batu. 

bunda, 
bicara kita kekal antara dua
dalam doa tika sepertiga
aku kirim pada maha ESA
biar DIA rahmati bunda
supaya tempatnya disyurga. 

lewat senja, 
teleku aku balik pada bunda
dia saja yang aku ada
yang dengar teriakku meski tanpa suara
yang sentiasa ada untukku kala duka mahupun bahgia.


biarpun senja
aku mahu kau sedar
aku sudah pulang
balikku seperti yang kau teriak.
bunda, 
biarpun senja
aku mahu khabar
aku sudah pulang
balikku seperti yang kau ajak.

jadi aku hari ini
kerna kau yang restui
jadiku hari ini 
kerna kau yang ajari

tak pernah jemu
mendidik hati batu
mengajak aku kembali bertemu
menyeru berkali kali dalam doamu
walau tidak aku tahu. 

kau, 
yang tidak pernah serik
mengajak aku balik
biar sejuta yang mengherdik
mengeji kau tanpa selidik.

kau tetap disitu,
tunggu aku tanpa jemu,
kerna katamu
aku amanahmu
yang kelak akan dihisab satu persatu
tika bertemu Tuhan yang satu.

bunda,
derhaka ini aku
yang berhati batu
tapi aku mahu kau tunggu
tiba waktu
aku pasti balik bertemumu.

ini janji aku. 


~ bunda, ini dia peneman aku. 
yang kau beri padaku
kala aku rindu
kala aku buntu
kala aku keliru
ia menemani aku.

bunda, 
hari demi hari aku menepis
mengikis.
agar noda kian nipis
biar harapan cuma tipis. 

sampai waktu, 
kita pasti bertemu. 
mengurai rindu
ini janji aku. 

28012014/17:49/nilai





Monday, January 27, 2014

Yang setia

tiada yang setia selain Kekasih utama.

selagi nadi berdenyut
ada getar bibir menyebut,
selagi itu ada cinta dari kekasih utama
yang tiada pernah alpa seperti kita. 

kalau mahu bicara erti setia
pulangkan saja kepada kekasih utama
nescaya tiada galang gantinya.

pejamkan mata arjuna
tidur sahaja
jangan pernah memikirkan dunia
pasti esok ada baiknya. 

selagi DIA masih ada,
yakinku tiada pernah dilupa.

dunia pernah berdusta,
memberi janji bahagia
tapi semua tidak pernah ada
tidak percuma
kalau bukan dengan pencipta.

kekasih setia sentiasa disisi, 
takhenti memberi
meski aku takpenah sedari
rahmat yang menyelubungi.

saban waktu, 
alpa itu aku,
yang selalu mengadu
dunia tidak adil untukku
semua penipu.

arjuna, 
tidur saja. 
tuhan itu ada.
tiada pernah tinggalkan kita
walau kita sering lupa akan DIA. 

kalau pun derita,
esok pasti ada sinar bahagia.
ada
pasti ada
kerana tuhan tidak pernah tinggalkan kita. 

yang setia,
yang maha mendengar cerita
yang sentiasa ada saat bahagia atau derita
itu pencinta utama. 
segala milik DIA.

arjuna.. 
tidur saja,
kalau duka Tuhan ada, 
usaha selagi terdaya,
doa selagi upaya, 
tuhan ada.

selagi Tuhan masih ada,
pedulikan manusia
mereka kadangkala 
hanya sibuk mencerca
walhal jatuh bangun kita bukan hal mereka.

arjuna,
cita yang setia
tetap ada disana
pulang saja
kembali pada pencipta.

selagi tuhan masih ada. 


rahmat DIA melangit luas, tiada pernah yang tercela
penuh hikmah belaka. 




Sunday, January 26, 2014

hipokrit kita untuk mereka atau dia?

kalaupun mampu, 

senyum ini sembunyikan duka
harapnya ianya bukan bersifat sementara
senyum ini tenggelam kan derita
harapnya bukan bersifa seketika

kalaupun mampu,
senyum ini selitkan bahagia
walau hanya pura pura
ternampak pada baris baris gigi rongak
meski sebenar hati berpetak.

mari hamba cerita, 
kisah putera hipokrit sering berdusta.

putera, 
kalau pandang wajah ia,
siapa pun bisa terpesona,
hatta hamba sahaya macam saya.

wajah mulus
berkumis nipis
membunuh hati gadis gadis.

sini hamba bisik, 
kisah putera cakap berlapik
tak pernah bertempik
suara gemersik
alun lagu klasik
kala santai bersama gundik.

satu tika,
hamba dipanggil putera
hamba sahaya?
ya hamba sahaya dipanggil putera raja,
tentu jiwa bergelora
memendam rasa dari kejauhan sana.

kata putera, 
biar jadi rahsia pertemuan kita. 
saya diamkan saja, bimbang tuanku murka.

putera raja
kacak bergaya
berdada sasa, 
siapa sangka senyumnya tiada gula. 

hamba lukis potret tuanku
sesekali mata bertemu
hamba tersipu malu, 
tertunduk diam membisu 
lidah menjadi kelu
sedang masih tersipu sipu.

wajah hambar tuanku, 
hamba tahu
dalamnya ada pilu
entah apa yang bertamu. 

kalaupun mampu
tersenyum palsu
bersifat konkrit
menjadi hipokrit. 

kalaupun senyum itu kekal disitu
sampai waktu
akan hamba tahu
kerna mata tiada pernah mampu menipu.

baris gigi rongak
menyembunyi gelodak.

kalaupun senyum itu ada
ianya hipokrit saja
minda bergelora
hamba pandai meneka
dari mata yang berkaca.

hipokrit tanda kita dewasa
dewasa mengawal minda
dewasa menyembunyi rasa
dewasa menjaga jiwa.

tiba masa,
hamba percaya
hidup ini tiada satu pun sia sia
kerna itu janji pencipta.


Friday, January 24, 2014

roda itu bulat



assalamualaikum dan selamat petang. 

moga kita masih dalam rahmat Allah. sentiasa. amin.

hidup ini perumpaannya seperti roda. itu kata mereka. yaaahh. roda. putaran silih berganti, ada masa di atas, ada ketika dibawah. 

maha suci Allah yang sentiasa memberi rahmat kepada diri kita walau bagaimana pun keadaan kita alpa kepada Allah. alhamdulillah. 

kali ini sy mahu ceritakan bagaimana kilaf yg sy lakukan memberi tamparan hebat kepada seluruh hidup sy hari ini dan esok esoknya. 

sepuluh tahun yang lalu, kita tidak pernah tahu apa yang akan kita lalu hari ini, malah tidak pernah tergambar apa hakikat kedudukan hari ini meski kita telah menulis *perancangan masa depan untuk sepuluh dan dua puluh tahun akan datang! yaah alhamdulillah lah kalau semua perancangan dalam senarai kita berjaya dengan cemerlang 100%. Allah murahkan rezki. alhamdulillah. tapi bagaimana kalau senarai kita sepuluh tahun lalu tidak pernah ada kisah duka, tiba tiba ada hari ini.?
bagaimana kalau senarai kita tidak pernah ada kisah kehilangan selama hayat tiba tiba ada. Allahurabbi. perancangan Allah sebaik yang ada. sy selalu ingatkan diri. hikmah ada! yakin! Allah ada, yakin! 

namun, kadang kadang sy tergelincir. ia.. kalau sudah nama manusia.. saat genting adalah saat berperang dengan nafsu serakah mahupun amarah! ia kan? Allah nafsu nafsi. 
lalu kerana ini sy rebah akibatnya. jatuh tersungkur hingga takmampu bangkit lagi! ya ianya tahun ini. kesan perbuatan dari sepuluh tahun yang lalu. namanya kilaf. kilaf.. dosa. noda. hitam.kelam.

kalau manusia menjadi alpa dek kerana dua perkara yakni kekayaan dan kemiskinan, maka antara celahan kealpaan itu sy ada di sana. ya saya! 

sering sy tangisi, mengapa Allah.. terjadi itu dan ini. mengapa Allah hilang itu dan ini. mengapa Allah ambil itu dan ini. mengapa sy. mengapa sy yang lalu jalan sukar ini. sering sy tempikkan soalan mengapa itu dan ini dalam benak. hingga sy lula dek terlalu banyak soalan ini, sy mungkin akan menjadi manusia yang tidak mensyukuri nikmat iman dari Allah. nikmat islam dari Allah. nauzubillah. 

lalu, suatu hari, Allah benar benar berikan sy tamparan hebat. kali ini benar benar. sy hilang harta, hilang teman, hilang kepercayaan, hilang pekerjaan, hilang segala. =). hilang. ianya tiada dalam sekelip mata! nah bahana ini dari tangan sy sendiri. sy yakin. tiada dari mereka dan kalian. 

yang lemah dan kurang sabar itu sy, yang memberontak dengan amarah juga sy. maka mula lah hati merungut rungut, menyesali hidup, memarahi itu dan ini, meratapi ini dan ini. alpa. leka. sedang waktu itu sy tidak sedar  iblis sedang bergelak ketawa dengan panjang taringnya hingga kelangit tujuh tertawakan kejatuhan sy, sy yang tidak sabar, tidak redha, tidak ikhlas. barangkali tanpa sedar ianya berlaku, tapi tetap sy! Allah.. astargfirullah. 

saat sy diuji kesihatan, kewangan, persahabatan, perkerjaan, kepercayaan dengan semua serentak. sy hilang arah. hilang nilai kerohanian yang padahal selama ini dicucuk dengan ilmu nunnn jauh kedasar hati saban hari. masih alpa. masih leka. masih juga lagha. 

alhamdulillah.. sy ditemukan Allah dengan beberapa insan, rakan baru. yg sy rasa ianya benar benar kiriman dari Allah untuk menampar hati sy. 
saat sy jatuh, masih ada lagi orang yang sanggup menghulur tangan, memberi tempat berpaut untuk bangun, padahal tangannya pun penuh darah! 

yang pelik, sy tidak peduli dengan tangan berlumuran darah itu, tanpa fikir sesaat pun tangan itu berada dalam genggaman sy. darah ia terpalit penuh di tangan sy. sedikit di baju dan hijab sy. sesudah bangun, baru terasa mualnya, sy kesat tangan berdarah itu dengan kain perca. sy pandang ia, benak ini mula bertanya, siapa dia? mengapa masih gigih menarik sy, walhal tangannya juga luka berdarah, hanyir bugar baunya. 

lalu tanpa tahu siapa dia, dia bawa sy ke rumahnya. rumah itu membusuk, dalamnya ada lengkap segala benda haram yang tak perlu sy nyatakan satu persatu. cuma memadai kalau sy kata ia haram, maka ianya ada dosa bersama, sy masih terdiam. kelat menelan liur. rumah apa ini. tapi jengkelnya sy tinggalkan dalam hati sahaja. biar disitu, ada jiwa yang perlu sy hormat. =)

sy teliti rumah itu, dalamnya ada bau hanyir darah yang masih bugar, ada secebis palitan hitam yang membusuk tapi baunya kalis untuk mereka. ada luka yang sudah bernanah, memburuk membuktikan luka itu tiada pernah dibersihkan waima sekali. sederet di hujung dinding sy nampak ada  seketul daging hitam. sy kelu, liur terasa kelat. masih kaku membisu. hanya mampu tersenyum kelat seribu. 

tapi, nun di sudut sana, dibalik langsir sana, sy nampak ada kepingan wangian. itu untuk apa? ada hiasan quran. ada. ada disana. 

sy toleh ke arah penghuni. mereka tersenyum. barangkali memahami gelodak hati sy yang semak diserbu sejuta tanda tanya, status hidup mereka apa. mereka dtg mendekat, dihulur sejadah. dan beberapa kelengkapan. di suruh yang bukan muhrim, keluar. sebagai tands mereka hormat sy tetamu yang berkurung dan bertudung itu. sy lega. alhamdulillah. mereka masih menghormati sy. 

tidur malam itu, langsung sy tidak lena. otak berselirat fikir semua perkara yang tak sudah. kalih ke kanan dan kiri, malam rasa panjang, dingin mencengkam sampai tulang. ngilu. esoknya, mereka sediakan sy sarapan. halal. walhal hidangan mereka errr errr ada yang tidak. sy terharu. subuh subuh bangkit masak untuk sy. orang yang entah dari ceruk mana. tak ubah macam pengemis, malah lebih hina mungkin. 

usai makan dan bersihkan diri. sy mengorak langkah. mahu kembali. *walhal arah dan tempat ya masih tiada. tangan sy dipaut. erat. mereka ajak duduk. ditanya soalan asas, yg cukup sekadar tahu siapa sy. mereka ajak sy berborak. dicerita kisah kisah tangan berdarah, bau hanyir, daging hitam dalam nada bersahaja. selang seli gelak ketawa. tampak bersahaja. sy tak nampak mana gusarnya. T_T

sy mampu membisu sahaja. tiada sy yang petah berbicara. kemudian, mereka bawa sy cari jalan pulang. mereka beri sy teguran, katanya Allah menguji kerana Allah sayang sy. mereka kata mereka jauh dari Allah.. tapi Allah masih berikan macam macam. tiada sukar dan getir. kata mereka, jangan pilih jalan mati, kerana mati lebih sukar, jangan pilih jalan diam kerana jalan diam tidak bawa apa apa. jangan pilih kekalahan padahal tak tau lagi bila mahu bertanding.  

pangggggggg

itu tamparan! sy seolah ditampar. yaaa. benar! 

Allah. Allah. Allah. 

sy tiba tiba teringat Allah itu ar-rahman, juga ar-rahim. maha pemurah maha penyayang. Allah bersifat pemurah untuk semua orang, tapi bagaimana dengan maha penyayang? sy diam. diam untuk seluruh hari itu. 

malam itu lagi sekali, mereka bawa sy makanan, mereka beri sy duit. mereka beri sy pakaian. mereka beri sy kekuatan. padahal mereka bukan siapa siapa. hidup tidak pernah kisah halal haram. apa mereka peduli. tapi mengapa mereka yakin hidup ini tidak ada istilah kalah dan rebah. sedang sy?

malam itu sy menangis sepuas puasnya. tak mampu nak berfikir, tak mampu nak lelapkan mata. 
pagi tu sy bangun dengan mata membengkak. sy mahu pulang kerumah. sy ada barang yg perlu dikemaskan sebelum berpindah. tiba tiba sy terima panggilan. sy terfikir fikir apa perlu sy jawab. deringan berakhir. sejurus itu telefon berbunyi lagi, dengan berat hati sy angkat. belum pun sempat memberi salam air mata sy berderai laju. mendengar suara cinta hati dihujung talian benar membuat sy kalah. luluh. sebak. lemah tak berdaya. 

sy diam seketika. menjawab salam selepas lama membisu. satu persatu soalan menembusi gegendang. pedih. tajam. menusuknusuk. tapi sarat kebenaran. sy diam. tak perlu sy jelaskan lagi, segalanya telah pun terjadi. apa pun alasan sy, sy fikir biar sy simpan dalam dalam. ada ain yg perlu sy jaga rapi walau saat itu hati dan hidup sy hancur. punah. sy fikir tidak perlu sy jelaskan satu persatu, kerna kasut saya tidak sama saiznya dengan dia. jalan sy tidak sama. buatannya tidak pernah sama. sy tidak sekali pun terlintas mahu menjelaskan keadaan kasut sy yang penuh darah, kerikil mencengkam, sendat dan padat. tidak. dan tidak akan pernah. biarlah. memadai sy dengar suaranya. kata katanya. meski dalam perbualan dia tidak akan mampu faham keadaan sy sebulatnya, kerana dia dan sy datang dari permulaan yang berbeda. rumahnya berbeda, tangganya taksama. jalannya kerikil lain, hiasannya tidak serupa. titik.

cuma, katanya sy lembikk! cengeng! taksudah kalah dan serah. padahal tahu yang hidup ini roda. lumrah. kalau tergilis jangan merengus. kalau bebas melangkah jangan bongkak. kalau di atas, jenguk kebawah, kalau dibawah sudah berjaga jagalah. ada gilirannya. 

yaa. hanya mampu sy akui, sy yang lembik cengeng tiada kudrat untuk menapak lagi setelah seluruh jiwa sy tercarik, baju melusuh, kudrat menipis, keringat merembes membusuk pakai seluruh hari sy, telapak kaki sy tertusuk kerikil, merabak sepatu sy. bagaimana mahu sy orak langkah ini lagi?? 

sy matikan talian. benak meligat! Allah.. berikan kekuatan. kalaupun kepayahan ini aku tak mampu hadapi tolong jangan tinggalkan aku sendiri mentadbir hati hitamku. 

Allah, kalau benar ujian ini tarbiyah dariMu, maka aku mohon biar ia menjadi penghapus dosa aku yang menggunung tinggi. 
Allah tiada upaya aku kalau bukan tanpa pertolongan dariMu. 
astarghfirullah.. selamatkan akidah aku. aku rupanya tergolong dalam mereka yang tidak mensyukuri nikmatMu. Allah Allah.. Allah. selamatkan akidahku. 

lalu petang itu sy tekad balik kerumah. sy pulang bersama darah darah membusuk. luka luka bernanah. tapi saya janji, akan sy bersihkan sampai habis. akan sy ubatkan sampai sembuh. biar berparut pun ia nanti, sy janji sy akan tetap ubatkan. 

tangan sy penuh dosa, hati sy penuh noda. jadi apa kurang sy dengan dia. dia tangan berdarah pun masih mampu menarik sy. masih mampu berkata tuhan itu ada!! nyata sy lah lebih jahil dan hina darinya. 

selagi belum habis nyawa dari badan ini. selagi itu hidup ini ada pelbagai ragam. namanya kehidupan. rencah kehidupan. Allah. sy mungkin di uji hebat kali ini. permulaan tahun baru yg sarat dengan sejuta keserabutan. tapi baru sy tersedar. ianya memberi tamparan supaya sy bangun! bangun denganpenuh kesedaran yang hidup ini bukan mudah. kerna janji syurga dan neraka itu ada. dan syurga itu penghuninya bukan manusia yang tidak pernah rasa sukar tika dibumi. 

sy masih dengan luka sy, nanah ini pun masih belum habis dicuci. cuma sy harap ada lagi peluang dan ruang untuk sy. mohon Allah redha. sy penah tergelincir, jatuh ke lembah kelam. tapi kali ini sy tekad, takkan pernah sy lalu jalan sama ini lagi. 

Allah menampar hati sy dengan memberi ujian demi ujian. menemukan sy dengan orang orang yang sy tak pernah terfikir menjadi sebahagian dari kenalannya. allah temukan sy dengan yg haram, kotor dan jijik. supaya sy mencermin diri sy yang tidak pernah sempurna malah sarat dengan palitan dosa yang tidak habis. malah barangkali lebih jijik dari dia yg hari ini bergelumang dengan dosa dan noda. mana sy tahu kalau suatu hari nanti dia lebih baik dari sy. insyaAllah.. sy doakan. Allah temukan sy dengan mereka barangkali mahu sy sedar, nikmat iman dan islam itu milik Allah, tiada siapa mampu menukar hakmiliknya. 

allah terima kasih kerana menemukan sy dengan mereka yg sering dipandang jelek, tapi sy yakin hati mereka masih kekal  dengan fitrah manusia yakni suka pada kebaikan. hatta pabila ditanya kepada seorang pembunuh pun, mereka pasti jawab mahu masuk syurga, kerna apa, fitrah kebaikan itu datangnya dari Allah. menciptakan manusia dengan kebaikan. sy yakin, mereka bukan mahu memilih jalan kelam itu tetapi mereka terjebak dalam jahil dan tidak mampu meninggalkannya. sy faham. bemar benar faham. jika tiada iman, ilmu maka segalanya jadi makin memburuk. tiada jalan selesainya. 

cuma sy mohon, Allah pegang hati mereka dan memberi mereka taufik  dan hidayah supaya kembali seperti sy. dan janji sy, sy akan terus berjalan tanpa toleh kebelakang. sy mahu suatu hari nanti, tangan yang berdarah itu tadi, yang pernah menarik sy untuk bangun, yang pernah memberi sy kekuatan, akan kembali sembuh. tidak berdarah dan bernanah lagi. sy akan kembali. pasti. 


sy cuma mohon allah jangan tinggalkan sy mentadbir hati sy sendiri.T_T. 

sungguh sy tidak mahu jatuh kedalam jurang gelap itu lagi. sungguh. 


sy juga mohon terus diberi nikmat iman dan islam agar sy mensyukuri setiap inci kehidupan sy hari ino.


allah., temukan sy dengan orang orang pabila sy berdamping dengannya, ia mengingatkan sy pada Allah. 

allah. allah. allah. ikhlas itu payah. redha itu juga bukan mudah. sabar. sabar itu benar indah. 






Tuesday, January 21, 2014

lereng kelam

lereng lereng kelam

diredah saban waktu, 
makin menuju
makin gelita yang ditemu.

lorong sunyi,
tiada yang menemani
menapak sendiri.
memijak duri duri.

ahhhhhh
jalan bahagia luas terbentang
tapi satu pun tidak mendatang?
mengapa!!!
jalan bahagia yang terang benderang
nunnnn di seberang
tidak mampu aku renang!

yang ada
lorong kelam penuh derita
mencoret kisan luka
memamah hati tiap masa!
derita!
senggara!

lereng gelita
aku mahu tinggal ia
mana cahaya
mana punca
aku mahu berlari ke arah sana
keluar darinya!! 

bawalah aku. 
bawa!
aku merayu.




Wednesday, January 8, 2014

terkebetulan atau terancang

tika nadi berdenyut laju,
jantung debar tak menentu,
kepala memberat buntu,
ia hadir bertamu.

terkebetulankan ia?

aku tidak pernah ketemu 
satupun jawapan penentu. 

demi janjiku
tidak akan bertamu dalam hidupmu
aku benarkan hatiku membisu.
bukan tiada rindu
tuhan saja tahu
hati ini remuk seribu.

terkebetulankah ia, 

hingga kau hadir meski seruku tiada suara
tika rindu mengigit tangkai jiwa,
aku hanya mampu bicara di dalam saja
omong tanpa suara,
yang ada hanya air mata 
mengiring teriak cinta.
menempik pun tiada kata,
jerit kekal bergema tiada suara!

aku tidak seru dengan puisi cinta
pinta kau bawa aku dari derita.
tidak! tidak pernah aku suara
waima sekali cuma. 

namun, terkebetulankah ia

kau hadir tanpa aku duga, 
membuai tunas bahagia
meski sedetik cuma,
aku benar benar rasai ia
bau cinta
terus resap ke jiwa.

kalau pilih derita
bermakna aku bahagia
kerna kau ada.

derita aku kerna yang bertamu 
tidak aku tahu kapan waktu
derita aku, kerna tidak aku tahu
bila lagi kita bertemu
membuai rindu
derita aku, kerna aku tidak pernah temu
titik cinta darimu.

namun, 
aku tetap pilih derita
kerna aku bahgia bersama bau cinta,
bau cinta itu yang hapuskan semua derita.
semua sengsara,
tunjangnya dari bau cinta. 

terkebetulankah ia
atau sebenarnya,
Tuhan memang pinjamkan tuk seketika.
di datangkan terancang agar aku tiada curiga.
tinggal menikmati bau bau cinta
untuk rasa bahagia
untuk aku tiada alpa,
bahawa Tuhan itu ada.
sentiasa!!!
dimana mana pun ia.

terkebetulan atau terancang pun ia, 
tidak mengapa
aku benar benar bahagia, 
menghidu bau ia.
segar melekat dijiwa. 




Tuesday, January 7, 2014

azam tak tertulis.

assalamualaikum dan selamat pagi. 

moga berterusan dalam rahmat Allah. hari kelapan tahun 2014! 

hari hari yang berlalu alhamdulillah penuh iktibar, sarat dengan pengajaran. yang buruk lusuh teruk. tinggal. yang baik indah, damai, cedok! bawak sekali ke tahun ini. 

semakin hari semakin mendekat tarikh kematian. menginjak dewasa. tapi diri tetap sama, masih alpa. Allahu. hati jangan kelam! 

tahun ni sy tak senaraikan azam lagi. azam tergantung dalam hati dan minda. "nantilah..bila ada kelapangan".

alhamdulillah.. tahun yg sy kira banyak mengajar sy supaya lebih berwaspada, lebih bersedia. tahun ini ada pelbagai cerita yang tak mahu sy lupa satu ceritapun. kisah perit, sakit, bahagia berjaya! ianya benar benar memberi teguran kepada hati sy supaya sentiasa berpada dalam apa pun urusan. 

tekad sy yg jelas tahun ini ada satu. HIJRAH! hijrah minda, hijrah hati, hijrah peribadi, hijrah diri, hijrah tempat tinggal. moga Allah redha niat sy, moga Allah bekalkan sy semangat yg luar biasa untuk azam hijrah yg satu ini.

apa yang berlaku sepanjang tahun ini.. yg tinggalkan ia disitu. takmahu sy jengah, takmahu sy intai. memadai sy bawa bersama sebuah pengajaran darinya untuk mara kehadapan. menempuh hari hari mendatang.


lalu sy akui, jalan kebaikan sentiasa ada kejahatan.
jalan kebaikan sentiasa ada halangan,
jalan kebaikan sentiasa ada dugaan.
jalan kebaikan sentiasa ada keseronokan.
jalan kebaikan sentiasa ada pengajaran.


tidak mudah untuk mendamba syurga ilahi.

terkadang sy kalah dan rebah,
terkadang sy mengeluh gagal menahan amarah
ianya bukan mudah seperti mencoret di tinta.
tinggal mencelup pena dan memuntah bait kata, 
tidak. 
tidak pernah mudah melawan nafsu!! 


moga Allah pilih sy.
redha sy



Wednesday, January 1, 2014

luka ubatnya garam

aku cuba nafikan 
berkali kali
tetap ia kembali

aku cuba leraikan
berkali kali 
tetap ia jitu, kekal di situ

aku 
aku kelu
hati ini retak seribu
penuh menyimpan rindu

jenuh nafi
berlari saban hari
menyembunyi diri
akhirnya terjerat mati

aku rindu
hidup dalam kenangan dulu
hari hari rindu bertamu

aku rindu
hidup dalam cinta palsu
yang semuanya dulu

aku rindu
hidup dalam mimpi indah kamu
yang semuanya sudah berlalu

cuma aku yang tidak mahu padam
berlabuh karam
tetap menggamit saban malam

kata orang
luka ubatnya garam

semakin curah semakin membarah
semakin berdarah
likat
mengalir pekat
kulit tersiat

ini dia luka
ubatnya seperti curah garam
pedih
tetap merembes, tabur garam memutih.

huhhhh

keluh berat 
hati sarat
rindu arjuna terjerat
makin lari makin mendekat
makin terikat
kian  rapat
bayang kau memeluk erat.
hingga aku terasa sendat.
kelat. memikul pun berat.

luka ubat dia kau beri garam
tak tahu aku fadhilat didalam
semua pedih terpendam
membenam
aku kalau bisa mahu padam
tapi itu cuma impian saban malam


aku 
bodoh
menunggu istana utuh
walhal hakikat makin runtuh

aku, 
aku tepaksa anggukan hati
yang sakitnya setengah mati..
saban hari
menunggu kau pergi
pergi dari hati ini

hilang upaya
tiada berdaya
menafi cinta kau beria ria
walhal tetap ada.
tidak pernah kemana. 

luka ini
kian parah 
darah membasah
bernanah
dan aku tidak lagi mahu mengalah
cerita cinta aku pada kau tak lagi ada sudah. 


ya 
bau cinta ini segar
seperti kuntuman nailofar
bugar.