Followers

Sunday, May 18, 2014

melambung tuah yang aku lupa

dalam duka,
saat menggesa sapu air mata,

aku sangka,
tika itu aku lah yang paling derita.
hidup dalam gelita
siang malam menelan duka
menyeka air mata. 

aku sangka
tika rebah jatuh tak bengah
aku lah yang paling parah
luka berdarah mengalir basah.

aahhhh
 hidup ini rasa seperti tiada sedikit cahya pun
keluh keluar dari kerongkong melantun balik dari bilik kosong.
jerit keluar dari urat  merih tersekat dalam malam likat. 

ahhhh betapa aku benci!!!
rasa tersekat
mahu beli tiada mampu
mahu langkah tiada sepatu
mahu cari tiada waktu
mahu teman tiada mampu
mahu kerja tiada yang mahu
lalu jadi lah aku pengemis dibahu jalan itu. 

dan lewat senja
kala hujan mula mereda
aku pulang ke kuala,

aku temui seorang tua,
lelaki yang bening matanya. 
beteleku di hujung pangkin sana,

aku duduk diam di jeti
mata kejap memerhati,
entah apa yang dicari. 

mata bening itu toleh ke arah ku.
tertusuk rasa ikhlas nun jauh dipaku,

mata bening itu melemparkan sejuta bicara. 

aku angkat tapak sepatu
gerak menuju situ
sementelah dia hanya tersenyum tanpa menoleh aku.

pangkin usang dihujung jeti, 
aku duduk di situ, di tepi lelaki tua yang tak bermaya. 

tangan ia berurat kasar, biru timbul. 
legam kulit dibakar mentari rakus. 

hati ini tiba tiba rasa ngilu. 
ada sebuah rindu yang hadir tanpa aku tahu. 
rindu --sepasang mata ayah. 

aku dan dia, lelaki tua itu, 
diam sahaja
tiada apa apa bicara antara kami, 
tangan dia lincah menjahit jala,
dan aku pura tenang dengan bekal senyum tiada rasa. 

---ia beri aku teguk senyum ikhlas 
dari celah celah gigi rongak 
ikhlas yang takmampu aku teroka. 


sesak dada ini lebur 
saat mata tua itu sorot ke tangkai hati


tiada kata pun. 
tiada suara pun,
cuma puing puingnya datang dari sebuah jiwa.

---betapa jiwa itu
memberi aku kudrat 
memberi aku hela nafas 
memberi pasak 
memberi tegap.

--betapa senyum yang tiada suara
memberi aku sebuah mata yang terbuka

--betapa aku lupa tuah yang menggunung. 


aku masih toleh ke sana, 
arah mereka yang ketawa riang gembira dengan harta lebih sejuta,
hingga terasa robek jiwa
taraf tak sama
harta tak penah ada,

walhal,
aku lupa menjengah ke belakang sana
arah mereka yang menghimpit digilis dunia
terjatuh pecah segala jiwa
tapi hidupnya tetap ada
tetap sama bahagia
dimilik cukup segala apa
hanya dengan Allah yang Esa.

Betapa aku lupa, kaya itu barangkali membuat aku leka,
hingga Tuannya memberi aku jalan tak sama
pesan agar aku tidak leka
menggunung tuah yang aku lupa
dek terlalu daki tembok dunia
mengintai  hilai tawa mereka mengutip harta
--- hingga lupa
jalannya pasti tak sama

lalu mengapa masih lupa menggunung tuah yang aku ada. 












Wednesday, May 14, 2014

titik titik kejap

cerita seloka
cerita penglipur lara,

aku bukan penulis sohor
yang mengarang cerita dari pena bisa. 
aku cuma penglipur lara
menulis demi sembunyi gusar. 

selama aku tinggal ia
tidak pun sekali aku harap ia kembali semula
ia--aku letak di sini nama bagi arjuna.
jelik pun kisah arjuna, 
takkan pernah habis pena muntah di tinta. 

ia-- yang aku tinggal lebih sepurnama,
tinggal tanpa aku mahu ia dan cerita ada
tinggal dengan nama,
aku mahu ia bawa semua cerita bersama
tidak kira suka atau derita.

dan. jadi kelunya apa.

ia, setelah berpurnama
datang menjengah aku.
datang kali ini menerpa
memeluk erat daku 
hilang bicara
kaku dan kelu.

ia
menerpa
memaut kejap bahu aku
melunas segala gusar disitu.
ia mencari aku?

dusta, 
kalau aku kata aku tidak balas paut erat ia.
bahkan aku biar ia dalam pelukku selama yang ia mahu,
kalau kejap peluk itu
luruhkan gusar ia, 
selamanya aku rela ia disitu. 

dusta
kalau aku kata, 
bahu yang kau paut 
tidak buat hati ini tertaut.

untuk apa datangnya kali ini!

tempik aku pada gema
sejuta kali pun gelora
datangnya ia tiada aku pinta
pun pergi tidak aku rela.

lalu apa?

ia--datang seketika
meminjam paut yang ada
menternak benih cinta
berserak serata!

lalu bagaimana? 
ia tinggalkan aku,
entah dengan kuatnya apa
untuk aku paut selagi upaya,
tidak aku nampak apa
selain rindu.

titis titis kejap,
melekang rindu.

sungguh aku benci tempik gema
yang lantunnya kosong!!

tiada apa selain sebuah rindu.