Followers

Monday, February 9, 2015

cerita tiada suara

cerita seloka
cerita tiada suara
yang ada senyum kelat cuma.


satu dan dua
itu dia cerita yang ada.

cerita tiada suara.

sampainya satu masa,
aku undur dari segala.

bukan merajuk berduka
bukan memencil membawa jiwa
cuma mengundur untuk seketika.

tiada apa yang membelah cerita
selain diam seribu bahasa
melarik sejuta gundah dijiwa
memadai ia.

sampai satu masa
aku tekad henti dari segala.

bukan merajuk berduka
bukan memencil membawa jiwa
cuma mencari waktu untuk melepas lelak sedetik cuma.

cerita tanpa suara
jerit tak kedengar
gelak tak kesima
tawa tiada desirnya
esak tiada hibanya.

tiada apa.

4 comments :