Followers

Friday, September 4, 2015

aku bukan Tuhan



aku mahu lari
aku mahu bersembunyi
aku mahu tidak tergari.

aku mahu pagari kau
aku mahu dekati kau
aku mahu kuasai kau.

tapi aku bukan tuhan.

sedang kudratku pun tiada. 

samar loteng menyembunyi desah.
entah kelibat apa yang tampak resah

kau
kalau aku punya kudrat
aku mahu kau terus mendekat
aku mahu peluk kau erat
melepas seluruh rindu yang menjerat.

tapi aku bukan tuhan.
pastinya apa dimahu aku
belum tentu dijanji baik padaku

dan
kerana tuhanku
DIA ratu yang satu. 

KN-1709

No comments :

Post a Comment